Gejala metabolisme
Sindrom metabolik merupakan satu pengelompokan sekurang-kurangnya tiga daripada lima keadaan perubatan, yakni obesiti abdomen, aras tekanan darah tinggi, aras gula darah tinggi, aras trigliserida serum tinggi, dan aras lipoprotein serum berketumpatan tinggi (HDL) yang rendah.
Gejala metabolisme | |
---|---|
Seorang lelaki yang menghidap obesiti pusat, yakni salah satu penanda utama sindrom metabolik. Beratnya 182 kg (400 lbs), dengan tinggi 185 cm (6 ft 1 in), dan indeks jisim tubuh 53 (melebihi julat normal 18.5 to 25). | |
Pengkhususan | Endokrinologi |
sunting |
Sindrom metabolik dikaitkan dengan risiko untuk menghidap penyakit kardiovaskular dan diabetes jenis 2.[1][2] Di Amerika Syarikat, kira-kira 25% dari populasi orang dewasa mempunyai sindrom metabolik, sebahagian daripadanya meningkat dengan usia, terutama di kalangan kaum dan etnik minoriti.[3][4]
Rintangan insulin, sindrom metabolik, dan pradiabetes berkait rapat antara satu sama lain dengan persamaan pada beberapa aspek tertentu. Sindrom ini dipercayai berpunca daripada gangguan dalaman berkaitan dengan penggunaan dan penyimpanan tenaga dalam tubuh badan. Punca sebenar masih dalam kajian perubatan.
Tanda dan gejala
suntingTanda utama sindrom metabolik adalah obesiti berpusat, juga dikenali sebagai keadiposan visera dan keadiposan bebentuk epal. Ia bercirikan pengumpulan tisu adipos di sekitar pinggang dan tubuh badan.[5] Tanda-tanda lain untuk sindrom metabolik adalah seperti tekanan darah tinggi, penurunan aras berpuasa bagi kolesterol serum yakni HDL, peningkatan aras berpuasa trigliserida serum, kerosakan pada pengawalan aras berpuasa glukosa, kerintangan insulin, dan pradiabetes. Keadaan-keadaan lain yang berkaitan termasuklah hiperurisemia, penyakit hati berlemak yang berupaya untuk berkembang menjadi penyakit hati berlemak bukan alkohol, sindrom ovari polisistik pada wanita atau disfungsi ereksi pada lelaki; dan akantosis nigrikans.
Punca dan hubungkait
suntingMekanisme-mekanisme laluan kompleks sindrom metabolik masih dalam siasatan. Patofisiologi penyakit ini sangat rumit dan sebahagian sahaja yang dapat dijelaskan. Sebilangan besar pesakit terdiri daripada golongan yang tua, gemuk, tidak aktif, dan mempunyai kerintangan terhadap insulin. Tekanan jiwa juga boleh menjadi faktor penyumbang. Faktor risiko yang paling utama adalah pemakanan (terutamanya minuman bergula),[6] genetik,[7][8] [9][10] penuaan, tingkah laku sedentari[11] atau kekurangan aktiviti fizikal,[12][13] gangguan kronobiologi/tidur,[14] gangguan emosi/penggunaan ubat psikotropik,[15][16] dan pengambilan minuman alkohol yang berlebihan.[17] Sindrom ini boleh berlaku apabila seseorang itu makan berlebihan secara berterusan, tisu adiposa akan mengembang secara melampau dan menyebabkan kelipotoksikan.[18]
Dalam satu kajian kohort dengan 89,860 individu terlibat, terdapat hubungkait yang kuat dan positif antara denyutan jantung rehat dan sindrom metabolik berdasarkan satu analisis keratan rentas. Satu penemuan penting mendapati bahawa subjek-subjek yang tidak mempunyai sindrom metabolik pada peringkat awal dengan kadar denyutan jantung yang lebih tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk menghidap sindrom metabolik daripada mereka yang mempunyai kadar jantung rehat yang lebih rendah dalam masa terdekat menurut analisis membujur dalam kajian ini. [19]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "A comprehensive review on metabolic syndrome". Cardiology Research and Practice. 2014: 1–21. 2014. doi:10.1155/2014/943162. PMC 3966331. PMID 24711954.
- ^ Felizola, Saulo JA (2015). "Ursolic acid in experimental models and human subjects: Potential as an anti-obesity/overweight treatment?". doi:10.13140/RG.2.1.4502.4804. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "Prevalence of metabolic syndrome and obesity-associated hypertension in the racial ethnic minorities of the United States". Current Hypertension Reports. 16 (7): 449. July 2014. doi:10.1007/s11906-014-0449-5. PMC 4083846. PMID 24819559.
- ^ "Prevalence and trends of metabolic syndrome in the adult U.S. population, 1999–2010". Journal of the American College of Cardiology. 62 (8): 697–703. August 2013. doi:10.1016/j.jacc.2013.05.064. PMC 3756561. PMID 23810877.
- ^ "Metabolic Syndrome". Diabetes.co.uk. 15 January 2019.
- ^ "Sugar-sweetened beverages and risk of metabolic syndrome and type 2 diabetes: a meta-analysis". Diabetes Care. 33 (11): 2477–83. November 2010. doi:10.2337/dc10-1079. PMC 2963518. PMID 20693348.
- ^ "Genetic determinants of the metabolic syndrome". Nature Clinical Practice Cardiovascular Medicine. 3 (9): 482–89. September 2006. doi:10.1038/ncpcardio0638. PMID 16932765.
- ^ "Genetic versus environmental aetiology of the metabolic syndrome among male and female twins". Diabetologia. 44 (5): 537–43. May 2001. doi:10.1007/s001250051659. PMID 11380071.
- ^ Groop, Leif (2007). "Genetics of the metabolic syndrome". British Journal of Nutrition. 83: S39–S48. doi:10.1017/S0007114500000945. PMID 10889791.
- ^ "Genetics and the metabolic syndrome". International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders. 19 Suppl 1: S52–59. May 1995. PMID 7550538.
- ^ "Association of sedentary behaviour with metabolic syndrome: a meta-analysis". PLOS ONE. 7 (4): e34916. 2012. Bibcode:2012PLoSO...734916E. doi:10.1371/journal.pone.0034916. PMC 3325927. PMID 22514690.
- ^ "Targeting the metabolic syndrome with exercise: evidence from the HERITAGE Family Study". Medicine and Science in Sports and Exercise. 35 (10): 1703–09. October 2003. doi:10.1249/01.MSS.0000089337.73244.9B. PMID 14523308.
- ^ "Association between leisure time physical activity and metabolic syndrome: a meta-analysis of prospective cohort studies". Endocrine. 46 (2): 231–40. June 2014. doi:10.1007/s12020-013-0110-0. PMID 24287790.
- ^ "Short sleep duration predicts risk of metabolic syndrome: a systematic review and meta-analysis". Sleep Medicine Reviews. 18 (4): 293–97. August 2014. doi:10.1016/j.smrv.2013.06.001. PMID 23890470.
- ^ "Metabolic syndrome and metabolic abnormalities in patients with major depressive disorder: a meta-analysis of prevalences and moderating variables". Psychological Medicine. 44 (10): 2017–28. July 2014. doi:10.1017/S0033291713002778. PMID 24262678.
- ^ "Metabolic syndrome and metabolic abnormalities in bipolar disorder: a meta-analysis of prevalence rates and moderators". The American Journal of Psychiatry. 170 (3): 265–74. March 2013. doi:10.1176/appi.ajp.2012.12050620. PMID 23361837.
- ^ "Alcohol consumption and risk of metabolic syndrome: a meta-analysis of prospective studies". Clinical Nutrition. 33 (4): 596–602. August 2014. doi:10.1016/j.clnu.2013.10.003. PMID 24315622.
- ^ Vidal-Puig, Antonio (2013). "Adipose tissue expandability, lipotoxicity and the metabolic syndrome". Endocrinologia Y Nutricion: Organo De La Sociedad Espanola De Endocrinologia Y Nutricion. 60 Suppl 1: 39–43. doi:10.1016/s1575-0922(13)70026-3. ISSN 1579-2021. PMID 24490226.
- ^ "Metabolic syndrome is associated with and predicted by resting heart rate: a cross-sectional and longitudinal study". Heart. 101 (1): 44–9. Jan 2015. doi:10.1136/heartjnl-2014-305685. PMID 25179964.