Suatu simbol peta ialah suatu bahan grafik yang digunakan untuk mewakili suatu ciri dunia nyata di atas peta seperti mana simbol-simbol lain. Simbol-simbol peta termasuk garisan, penanda, kawasan, kawasan padang atau teks, dan simbol-simbol ini boleh menghasilkan perwakilannya melalui bentuk, saiz, warna, corak atau sebarang pemboleh ubah grafik untuk mewakiliki ciri-ciri yang diingini.

Contoh penggunaan simbol peta dalam peta bandar Kangar.

Simbol-simbol peta digunakan bagi tujuan-tujuan ini:

  • Mewakili kewujudan suatu entiti geografi
  • Menunjukkan kedudukan dan perbatasan
  • Mewakili maklumat percirian
  • Menerbitkan, menambah atau mengurangkan estetika peta
  • Menubuhkan suatu gambaran kukuh asas peta untuk menjadikan suatu peta berguna

Pautan luar

sunting