Silat Cekak ialah salah satu daripada seni bela diri Melayu (silat) yang diamalkan di Malaysia. Ia didakwa berasal dari Kedah dan diamalkan oleh panglima Kesultanan Kedah pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin II. Silat ini berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpulan Seni Sari Budaya Seri Kedah (PSSB) yang ditubuhkan pada Februari 1964, kemudiannya ia digagaskan oleh Ustaz Haji Hanafi Ahmad pada Disember 1965. Pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah ditubuhkan oleh Haji Hanafi.

Silat Cekak juga dikenali sebagai Silat Papan Sekeping[1].

Sejarah

sunting

Silat Cekak berasal dari Kedah. Silat ini dipercayai muncul selepas kedatangan Islam di negeri tersebut. Silat ini dahulunya diajarkan hanya kepada para panglima di Kedah untuk menghalang pencerobohan luar ketika itu. Orang yang paling lama diketahui mempelajari silat ini adalah Panglima Ismail yang berkhidmat di bawah Sultan Ahmad Tajuddin. Panglima Ismail suatu ketika pernah mengalahkan seorang Batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) di Kubang Kerian, Perak.

Seterusnya, silat ini diajarkan kepada Panglima Tok Rashid yang ketika itu terpaksa berpindah ke Perak kerana di tempat tinggalnya di Kedah ketika itu diserang wabak taun. Akhirnya, Panglima Tok Rashid mengamanahkan silat ini kepada Yahya Said (Pak Ya Said). Selepas 40 tahun, Ustaz Haji Hanafi mewarisi ilmu persilatan ini daripada Yahya Said.

Silat ini mula dikembangkan di Kuala Lumpur dengan kelas pertama di Kampung Bumiputera dan Kampung Datok Keramat di bawah Persatuan Bawean Putera (1970-19 Ogos 1971) dan kemudian didaftarkan sebagai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).

Perguruan silat

sunting

Di Malaysia terdapat beberapa perguruan silat yang menggunakan nama "Silat Cekak", antaranya:

Silat Cekak Ustaz Hanafi

sunting

Perguruan silat ini diasaskan pada 1994 oleh anakanda Ustaz Hanafi, Md. Radzi Haji Hanafi dengan nama Pertubuhan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUHM)

Silat Cekak Harimau

sunting

Sebuah perguruan silat yang berasal dari Pahang. Silat ini diasaskan oleh Osman bin Nok hasil gabungan dari aliran Silat Cekak dari Palembang, Silat Harimau dan Silat/Amalan Sabilulah. Beliau mempelajari Silat Cekak dari ayahnya, Silat Harimau dari Ahmad Laili dan amalan Sabilullah dari Yahya Dewa[2].

Silat Cekak Pahang

sunting

Nama asal silat ini ialah Silat Kapan. Ia diambil alih oleh guru Pendekar Awang sempena dengan nama guru. Silat ini telah bertapak di Lipat Kajang, Temerloh, Pahang. Kemudian, ia didaftarkan di Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dengan nama Seni Silat Cekak Pahang.

Peringkat

sunting
  1.   - Sijil Rendah (Peringkat Tamat)
  2.   - Sijil Menengah (Jurulatih)
  3.   - Sijil Tinggi (Guru Utama)

Silat cekak juga telah ditetapkan kurikulum dengan beberapa peringkat. Maka, segala ilmu persilatan boleh diturunkan daripada guru kepada murid dan apa-apa penyembunyian ilmu oleh guru dapat dikesan.

'Kaedah asas' diajar iaitu cara-cara menangkis serangan tanpa membalas serang. Terdapat 4 kaedah asas dinamai kaedah A, B, C dan kaedah D.

  1. Peringkat asas - Pelajar akan diajar 20 'buah' atau teknik asas silat cekak berdasarkan 'kaedah asas'.
  2. Peringkat jatuh - Pelajar akan diajar sambungan kepada teknik asas untuk menjatuhkan dan mengunci pihak lawan.
  3. Peringkat potong - Pelajar diajar cara menangkis teknik silat cekak sendiri jika silat cekak digunakan oleh pihak lawan.
  4. Peringkat umum - Pelajar diajar mempraktikkan teknik silat bagi melawan seni bela diri yang lain

Teknik-teknik asas

sunting

Keunikan silat cekak adalah sambil menyerang sambil menangkap. Buah-buah ini diajar dalam peringkat asas, jatuh dan potong

  1. Buah Pertama
  2. Buah Keputusan Gayung Patani
  3. Buah Keputusan Sendeng Atas
  4. Buah Kilas Belakang
  5. Buah Kilas Hadapan
  6. Buah Kidong Kiri
  7. Buah Kuntau Jatuh
  8. Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
  9. Buah Kuntau Kanan Gantung
  10. Buah Hentak @ Keputusan Silat Harimau
  11. Buah Ali Patah Atas
  12. Buah Ali Patah Sudah
  13. Buah Selendang
  14. Buah Gari & Gari Gunting
  15. Buah Paras
  16. Buah Keputusan Pasung Kemanga
  17. Buah Keputusan Terlak
  18. Buah Keputusan Lintau
  19. Buah Hempok
  20. Buah Luncur
  21. Buah Siku Potong

Terdapat beberapa buah yang telah dibuang daripada kurikulum kerana didapati boleh memudaratkan pengguna. Pelajar juga diajar cara menggunakan buah silat bagi menangkis serangan-serangan tongkat serta pisau. Dalam peringkat umum, terdapat buah 'kusyen' iaitu buah silat untuk digunakan semasa diserang dalam keadaan duduk.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Silat Cekak Silat Papan Sekeping...Ilham Pengasas PSSCM; Ustaz Hanafi Haji Ahmad, Mac 1975". PSSCM Putrajaya. 1 Mac 2011. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ Majalah Pendekar, Disember 1992, m/s 18-21

Pautan

sunting