Sideros
Sideros (Bahasa Yunani Kuno: σίδηρος , sídēros , bermaksud "besi") ialah nama untuk tempoh geologi pertama dalam Era Paleoproterozoik dan bermula sejak 2500 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 2300 jtd. Tarikh ini ditakrifkan secara kronometrik bukannya berdasarkan stratigrafi.
Sideros | |
---|---|
Kronologi | |
Pentakrifan semula yang dicadangkan | 2630–2420 Ma Gradstein et al. |
Penurunan pengelasan dicadangkan | Neoarkean Gradstein et al. |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Tempoh |
Unit stratigrafi | Sistem |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Ditakrif secara kronometrik |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA | 1991[1] |
Takrif sempadan atas | Ditakrif secara kronometrik |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA | 1991[1] |
Pemendapan formasi besi berjalur memuncak pada awal tempoh ini. Formasi kaya besi ini terbentuk disebabkan sianobakteria anaerobik menghasilkan sisa oksigen yang digabungkan dengan besi, membentuk magnetit (Fe3O4, besi oksida). Proses ini mengeluarkan besi daripada lautan Bumi, sehingga berkemungkinan menyebabkan warna lautan menjadi kehijauan yang jelas. Akhirnya, dengan ketiadaan saki-baki besi di lautan untuk berfungsi sebagai sinki oksigen, proses itu membenarkan pembentukan atmosfera yang kaya dengan oksigen. Peristiwa susulan ini dikenali sebagai malapetaka oksigen dan sesetengah ahli geologi percaya bahawa ia juga mencetuskan pengglasieran Huron.[2][3]
Tempoh masa yang bermula sejak 2420 jtd sehingga ke 2250 jtd ditakrifkan dengan baik melalui pinggiran bawah pada lapisan mendapan besi, dan disebabkan inilah terdapat nama alternatif untuk tempoh ini yakni tempoh Oksigen. Nama "Oksigen" yang berdasarkan stratigrafi dan bukannya kronometrik ini telah dicadangkan pada semakan tahun 2012 pada skala masa geologi.[4]
Rujukan
sunting- ^ a b Plumb, K. A. (June 1, 1991). "New Precambrian time scale". Episodes. 14 (2): 139–140. doi:10.18814/epiiugs/1991/v14i2/005.
- ^ Kasting, James F.; Ono, Shuehi (2006). "Paleoclimates: The First Two Billion Years". Philosophical Transactions: Biological Sciences. 361 (1470): 917–929. doi:10.1098/rstb.2006.1839. JSTOR 20209693. PMC 1868609. PMID 16754607.
- ^ Kopp, Robert E.; Kirschvink, Joseph L.; Hilburn, Isaac A.; Nash, Cody Z. (2005). "The Paleoproterozoic Snowball Earth: A climate disaster triggered by the evolution of oxygenic photosynthesis" (PDF). PNAS. 102 (32): 11131–11136. doi:10.1073/pnas.0504878102. PMC 1183582. PMID 16061801.
- ^ Gradstein, F. M.; dll., penyunting (2012). The Geologic Time Scale 2012. 1. Elsevier. m/s. 361–365. ISBN 978-0-44-459390-0.