Sidang Kemuncak ASEAN ke-16
Sidang Kemuncak ASEAN ke-16 diadakan di Hanoi, Vietnam pada 8-9 April 2010. Sesi plenari diadakan di Pusat Konvensyen Nasional. Tema kali ini ialah 'Ke Arah Pembentukan Komuniti ASEAN: Daripada Wawasan Kepada Tindakan'.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-16 | |
---|---|
Tuan rumah | Vietnam |
Tarikh | April 8–9, 2010 |
Moto | Ke Arah Pembentukan Komuniti ASEAN: Daripada Wawasan Kepada Tindakan |
Tempat | Pusat Konvensyen Nasional |
Bandar raya | Hanoi |
Pengerusi | Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung |
Persidangan sebelum ini | Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 |
Persidangan seterusnya | Sidang Kemuncak ASEAN ke-17 |
Selain Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung selaku tuan rumah, semua pemimpin-pemimpin utama dari negara-negara ASEAN menghadiri majlis perasmian. Satu-satunya pengecualian adalah Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva yang terpaksa membatalkan rancangan menghadiri sidang kemuncak ini ekoran tunjuk perasaan di negara itu.[1]
Hasil
suntingPerjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) mestilah dipatuhi. Beberapa negara ahli termasuk Malaysia belum mengiktiraf beberapa keputusan yang dicapai sebelum ini. Infrastruktur seperti landasan kereta api, hubungan udara serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) harus dibangunkan bagi memenuhi hasrat Komuniti Asean. Seharusnya tidak ada sekatan dan pergerakan rakyat lebih bebas. Projek landasan kereta api Singapura-Kuoming dan landasan kereta api berkembar di Malaysia belum siap.[2] Perjanjiaan Perdagangan Barangan Asean (ATIGA) akan dilaksanakan bulan Mei, manakala Perjanjian Pelaburan Komprehensif Asean (ACIA) pada Oktober.[3]
Satu lagi hasil yang dicapai pada sidang kemuncak ini ialah penubuhan Suruhanjaya Asean mengenai Pemupukan dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-Kanak. Antara matlamat suruhanjaya itu ialah untuk menjamin keadilan dan kesamarataan dapat dinikmati oleh dua kumpulan tersebut, yang merangkumi 50 peratus daripada keseluruhan 550 juta penduduk ASEAN.[3]
Rujukan
sunting- ^ Sidang Kemuncak ASEAN Ke-16 Berlangsung di Vietnam CRI Online
- ^ Realisasikan Komuniti ASEAN[pautan mati kekal] Utusan Online
- ^ a b Usaha Realisasikan Pembentukan Komuniti Asean Terus Dipergiat Bernama