Siatika
Siatika ialah kesakitan yang turun dari bahagian rendah belakang tubuh ke kaki.[1] Kesakitan ini boleh turun menerusi bahagian belakang, luaran atau hadapan kaki.[3] Ia sering bermula dengan tiba-tiba selepas aktiviti seperti mengangkat berat tetapi ia boleh bermula secara sedikit demi sedikit.[5] Kesakitannya sering diterangkan sebagai "mencucuk", "berdesup" atau "ngilu". Biasanya, gejala hanya muncul pada sebelah badan sahaja. Namun sesetengah perkara boleh mengakibatkan kesakitan di kedua-dua belah. Sakit belakang rendah kadangkala turut hadir. Rasa lemah atau kebas boleh terjadi di mana-mana tempat pada kaki yang mengalami siatika.
Siatika | |
---|---|
Nama lain | Neuritis siatika, neuralgia siatika, radikulopati lumbar, sakit radikel kaki |
Pandangan hadapan menunjukkan saraf siatik menuruni kaki kanan | |
Pengkhususan | Ortopedik, neurologi |
Gejala | Sakit di bahagian bawah kaki dari bahagian bawah belakang, kelemahan atau kebas leg[1] |
Kerumitan | Tidak dapat menahan najis[2] |
Permulaan biasa | 40s–50s[2][3] |
Tempoh | 90% masa kurang daripada 6 minggu[2] |
Punca | Hernia ceper tulang belakang, spondilolistesis, stenosis tulang belakang, sindrom piriformis, ketumbuhan pinggul[3][4] |
Ujian angkat kaki berlunjur[3] | |
Kayap, penyakit-penyakit pinggul[3] | |
Rawatan | Ubat sakit, pembedahan[2] |
Kekerapan | 2–40% orang pada suatu-suatu masa[4] |
sunting |
Kira-kira 90% kes siatika terjadi akibat ceper tulang belakang tersembul keluar dan menekan pada akar saraf lumbar (pinggul) atau sakrum (tulang kemudi).[4] Siatika juga boleh berpunca akibat salah satu tulang belakang teranjak ke hadapan (spondilolistesis), menjadi sempit (stenosis tulang belakang), sindrom piriformis, ketumbuhan pada pinggul dan kehamilan.[3] Ujian angkat kaki berlunjur selalunya dapat membantu membuat diagnosis.[3] Ujiannya positif jika apabila kaki diangkatkan semasa berbaring telentang, rasa mencucuk berlaku secara tiba-tiba dengan pantas di bawah paras lutut.[3] Dalam kebanyakan kes, pengimejan tidak diperlukan.[2] Walau bagaimanapun, pengimejan boleh dibuat jika pesakit mengalami masalah menahan najis, kekebasan atau kelemahan yang teruk, gejala sudah lama berlarutan atau syak terdapat ketumbuhan atau jangkitan.[2] Tanda-tanda ini juga serupa dengan gejala penyakit pinggul dan jangkitan seperti kayap (sebelum kemunculan ruam).[3]
Rawatan awal biasanya menggunakan ubat sakit.[2] Walau bagaimanapun, bukti yang mengesyorkan ubat sakit dan pengendur otot untuk digunakan kurang mencukupi.[6] Secara amnya, pesakit disyorkan untuk meneruskan aktiviti harian mengikut kemampuan mereka.[3] Selalunya siatika akan pulih dengan sedikit masa; dalam kira-kira 90% orang, gejala hilang dalam masa kurang daripada enam minggu.[2] Jika kesakitannya amat teruk dan berlarutan selama lebih daripada enam minggu, pembedahan boleh dipertimbangkan.[2] Walaupun pembedahan sering mencepatkan pengurangan sakit, faedah jangka panjangnya tidak jelas.[3] Pembedahan mungkin diperlukan jika komplikasi berlaku, seperti kehilangan keupayaan untuk menahan najis.[2] Banyak rawatan, termasuk kortikosteroid, gabapentin, pregabalin, akupunktur, tuam atau ais dan manipulasi tulang belakang, mempunyai bukti keberkesanan yang tidak mencukupi atau lemah.[3][7][8]
Bergantung pada bagaimana ia ditakrifkan, kurang daripada 1% ke 40% orang akan pernah mengalami siatika.[4][9] Siatika biasa terjadi dalam lingkungan umur 40 dan 59, dan lelaki lebih kerap terkena berbanding wanita.[3][2] Siatika telah dikenali sejak zaman purba.[3] Penggunaan pertama perkataan siatika yang diketahui berasal dari 1451.[10]
Rujukan
sunting- ^ a b "Sciatica". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 March 2018. Dicapai pada 2 July 2015.
- ^ a b c d e f g h i j k Institute for Quality and Efficiency in Health Care (October 9, 2014). "Slipped disk: Overview". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2017. Dicapai pada 2 July 2015.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n Ropper, AH; Zafonte, RD (26 March 2015). "Sciatica". The New England Journal of Medicine. 372 (13): 1240–8. doi:10.1056/NEJMra1410151. PMID 25806916.
- ^ a b c d Valat, JP; Genevay, S; Marty, M; Rozenberg, S; Koes, B (April 2010). "Sciatica". Best Practice & Research. Clinical Rheumatology. 24 (2): 241–52. doi:10.1016/j.berh.2009.11.005. PMID 20227645.
- ^ T.J. Fowler; J.W. Scadding (28 November 2003). Clinical Neurology, 3Ed. CRC. m/s. 59. ISBN 978-0-340-80798-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2020. Dicapai pada 5 November 2017.
- ^ Koes, B W; van Tulder, M W; Peul, W C (2007-06-23). "Diagnosis and treatment of sciatica". BMJ : British Medical Journal. 334 (7607): 1313–1317. doi:10.1136/bmj.39223.428495.BE. ISSN 0959-8138. PMC 1895638. PMID 17585160.
- ^ Markova, Tsvetio (2007). "Treatment of Acute Sciatica". Am Fam Physician. 75 (1): 99–100. PMID 17225710. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-02.
- ^ "Anticonvulsants in the treatment of low back pain and lumbar radicular pain: a systematic review and meta-analysis". CMAJ. 190 (26): E786–E793. July 2018. doi:10.1503/cmaj.171333. PMC 6028270. PMID 29970367.
- ^ "Risk factors for first time incidence sciatica: a systematic review". Physiother Res Int. 19 (2): 65–78. June 2014. doi:10.1002/pri.1572. PMID 24327326.
- ^ Simpson, John (2009). Oxford English dictionary (ed. 2nd). Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0199563838.