Siapa Tak Mahu
"Siapa Tak Mahu" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza, dikeluarkan pada 16 Oktober 2020 sebagai single ketujuh dari album studio ke-19 beliau, ManifestaSITI2020 (2020) dan sebagai lagu tema siri drama Lelaki Lingkungan Cinta.[1] Ia merupakan hasil nukilan John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna dan Omar K. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, diarahkan oleh Ghazi Maslan.[2]
"Siapa Tak Mahu" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nurhaliza | ||||
daripada album ManifestaSITI2020 | ||||
Dilancarkan | 16 Oktober 2020 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Format | Muat turun digital, media penstriman | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 2:59 | |||
Syarikat | Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Malaysia | |||
Penulis | John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna, Omar K | |||
Penerbit | John Jeevasingham, Omar K | |||
Kronologi single Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Muzik video
suntingMuzik video rasmi untuk "Siapa Tak Mahu" telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 800 ribu tontonan di YouTube sejak dilancarkan.[2][3] Diterbitkan oleh Zeel Production, muzik video "Siapa Tak Mahu" diarahkan oleh Ghazi Maslan, dan dibintangi oleh Hun Haqeem[4] dan Mira Filzah.[5][6] Muzik video difilemkan di Jalan Tangsi, Kuala Lumpur pada penghujung Julai 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam muzik video, Siti memegang watak sebagai perisik, beliau memberi perumpamaan "menyamar menjadi beberapa watak". Ia menjadi muzik video pertama yang menggunakan banyak persalinan.[7]
Ulasan kritis
suntingDalam ulasan retrospektif beliau mengenai ManifestaSITI2020 di Malaysiakini, Hania Rafei menganggap "Siapa Tak Mahu" "tidak berada dalam senarai yang dikeluarkan sebagai single" dan menambah "...agak janggal sedikit bila mendengarnya [...] Ternyata ia tidak kurang bagusnya".[8]
Format dan senarai runut
sunting- "Siapa Tak Mahu" – 2:59
Persembahan carta
suntingCarta (2020) | Kedudukan carta |
---|---|
Carta RIM (Domestik) | - |
Carta 40 Suria FM | - |
Carta ERA 40 | - |
Carta Top 40 HotFM | 3 |
Rujukan
sunting- ^ Norfaezah Sakri (3 Julai 2020). "Siti Nurhaliza lega ManifestaSITI2020 lancar selepas tiga bulan tertangguh - "Hikmahnya saya dapat rakam sampai puas hati"". mStar Online. Dicapai pada 4 Julai 2020.
- ^ a b Asraf Adied (18 Oktober 2020). "The Power of Tok Ti! Dipuji orang luar, MV Siapa Tak Tahu mencecah 800 ribu". Astro Gempak. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (18 Oktober 2020). "Siti teruja video muzik Siapa Tak Mahu viral". Berita Harian. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Oktober 2020). "Hun Haqeem tak percaya berlakon dalam muzik video Tok Ti". Harian Metro. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ Asyraf Roslan (17 Oktober 2020). ""Ini barulah kualiti MV untuk living legend" - Peminat teruja tonton video muzik Siti Nurhaliza". Astro Awani. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ Qarami Hashim (17 Oktober 2020). "Siti Nurhaliza intip 'Jekfer' bercinta dengan Mira Filzah - "Ini perancangan sebelum saya berehat"". mStar Online. Dicapai pada 8 November 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (18 Oktober 2020). "Siti jadi 'spy' menyamar". Harian Metro. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ Hania Rafei (6 Julai 2020). "ManifestaSiti2020 tak kurang beza dengan album 14 tahun lalu". Malaysiakini. Dicapai pada 9 Julai 2020.
- ^ "ManifestaSITI2020, album by Siti Nurhaliza". iTunes Store (MY). Apple. 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.
- ^ "ManifestaSITI2020 by Siti Nurhaliza". Spotify. 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.