Shushtar
Shûshtar (Parsi: شوشتر) adalah sebuah kota kubu yang terletak di wilayah Khuzestan, barat daya Iran. Kedudukannya adalah kira-kira 92 km dari Ahvaz, pusat wilayah ini. Ia didiami penduduk seramai 89,255 pada tahun 2005. [1]
Shushtar | |
---|---|
Fail:Shushtar.JPG | |
Negara | Iran |
Wilayah | Wilayah Khuzestan |
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Nama rasmi | شوشتر |
---|---|
Inskripsi | 2009 (sesi ke-33) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Central District, Iran |
Koordinat | 32°02′59″N 48°50′54″E / 32.0497°N 48.8483°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingSemasa zaman Elam Shushtar dikenali sebagai Adamdun. Pada zaman Achaemenian, namanya adalah Šurkutir. Nama modennya, Shushtar, berhubung kait dengan nama kota purba lain, Susa (atau Shush, dalam sebutan Parsi), dan bermaksud "lebih besar (atau lebih baik) daripada Shush."
Apabila Shah Sassanian Shapour I mengalahkan maharaja Rom Valerian, beliau telah mengarahkan tawanan tentera Rom untuk membina sebuah jambatan luas yang panjangnya melebihi 550 meter, dikenali sebagai Band-e Qaisar ("Jambatan Caesar").
Dinding kubu purba telah dimusnahkan semasa akhir pemerintahan era Safavid.
Orang dan budaya
suntingSepertimana kumpulan etnik Parsi lain, orang Shushtar, mengekalkan warisan budaya unik sejak zaman purba, dan dialek Parsi berbeza kepada kumpulan ini.
Bahasa
suntingDialek Shushtar dipertuturkan di Shushtar dan ia adalah satu dialek bahasa Parsi.
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- Hosting, Domain, Web Design and ... In Shushtar
- Visiting Shushtar Photo Essay
- Hamid-Reza Hosseini, Shush at the foot of Louvre (Shush dar dāman-e Louvre), in Persian, Jadid Online, 10 March 2009, [2].
Audio slideshow: [3] (6 min 31 sec). - Pictures of Shushtar on Fotopedia Diarkibkan 2012-12-09 di archive.today.
Koordinat: 32°03′N 48°51′E / 32.050°N 48.850°E
Templat:World Heritage Sites in Iran Templat:Khuzestan Province