Muhammad Shuhaimi Bin Zulkefli (Shuhaimi Zulkefli) seorang pengarah muda yang dilahirkan di Ayer Hangat, Pulau Langkawi, Malaysia pada tanggal 21 April 1988 dan berusia 36 tahun (ketika rencana ini ditulis).

Latarbelakang

sunting

Dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana di Kampung Kilim Geopark, Langkawi sejak tahun 1988 sehingga menginjak remaja sekitar tahun 2001. Ayahnya, Zulkefli Ahmad seorang peniaga pakaian pantai yang juga penoreh getah serta nelayan di Kampung Kilim, berasal dari Taiping, Perak berkahwin dengan Hasnah Ali penduduk tetap Langkawi. Hasnah Ali adalah kakak kandung sulung kepada pengarah prolifik Osman Ali.

Pendidikan

sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kilim pada tahun 1995 sehingga 2000. Melanjutkan pelajaran ke Al Madrasah Al Alawiyyah Ad Diniah, Arau Perlis sekitar tahun 2001 sehingga 2002. Selanjutnya ke Maktab Mahmud Langkawi tahun 2003 dan seterusnya Maktab Mahmud Alor Star, Kedah pada tahun 2004 sehingga 2006.


Beliau ingin melanjutkan pengajian ke Al Azhar, Mesir selepas berjaya lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) namun membatalkan hasratnya dan mengejar cita-cita menjadi seorang Pengarah Filem.


Beliau graduasi dengan cemerlang dalam Diploma Filem & Video di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada tahun 2007 sehingga 2010.

Kerjaya Seni

sunting

Beliau mula terlibat dalam pementasan seni persembahan pentas ketika berusia 13 tahun dan mula mengarah filem pendek sejak berumur 17 tahun untuk tayangan majlis sekolah.


Filem pendek pertana hasil karya tulisan, terbitan dan arahan beliau sendiri iaitu 'AKU' (2007) dihasilkan tanpa pengalaman dan ilmu penerbitan dengan kos penggambaran hanya RM4.00 telah memenangi Anugerah Filem Pendek Pelajar Malaysia (2008), Anugerah Filem Pendek Astro Kirana Shortfilm Award (2008), Sinematografi Terbaik.


Mula terlibat dalam bidang penerbitan filem serta komersial sejak tahun 2007 dan berjaya mengarahkan pelbagai penerbitan TV dan filem.

Pengarahan Drama TV

sunting

Beliau mula mengarah untuk tayangan televisyen tempatan sejak tahun 2008 bermula Dokumentari 'Jatuh Cinta PLKN' untuk RTM dan cinema ad.


Telemovie pertama arahan beliau sejak tahun 2013 sehingga 2024 berjudul 'Raya Nora Jambu', Milik Siapa Syurga Itu, Hanya Segenggam Setia, Pencuri Kota, Lara Perindu, Rentap, Bukan Teman Stereotaip, Rekah Di Jari Kak Long, Syurga Yang Tersia, Terlajak Nikah dan lain-lain lagi.


Drama pertama arahan beliau sejak tahun 2016 sehingga 2024, berjudul Imam Mudaku Romantik, Cik Serba Tahu, Kerna Syurga Bukan Percuma, Melankolia, Cinta Bukan Kristal, Wanita Milik Tuan Putra, Jalan Sesat Ke Syurga, Destinasi Ukhuwah, Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah, Ustazah Robotik Pinjaman Syurga dan banyak lagi.


Pelbagai tajuk filem juga dihasilkan beliau sebagai Penolong Pengarah termasuk filem Ombak Rindu (2010)