Shinigami
Shinigami (死神) (Dewa Maut dalam Bahasa Melayu) berasal daripada perkataan Jepun yang bermaksud , secara literal, 'Dewa Maut'. Maksud perkataan shinigami juga boleh merujuk kepada dewa-dewa yang berkaitan dengan kematian.
Pada hari ini shinigami sering muncul dalam cereka Jepun.
Shinigami dalam media
sunting- Dalam Bleach, shinigami merujuk kepada sejenis pekerjaan yang menghantar roh makhluk yang sudah mati ke alam yang lebih baik melalui Soul Burial. Kurosaki Ichigo dan Kuchiki Rukia ialah contoh Shinigami yang wujud dalam Bleach.
- Dalam Death Note pula, shinigami adalah makhluk yang mencabut nyawa manusia dengan menulis nama mereka di dalam sebuah buku nota khas yang dikenali sebagai Nota Maut. Baki jangka hayat manusia yang mati ditambah kepada jangka hayat shinigami yang mencabut nyawanya.