Sheena Liam
Sheena Liam (Bahasa Cina: 粘 悦 馨; pinyin: Nián Yuèxīn lahir pada 7 Mei 1991) merupakan seorang model fesyen antarabangsa keturunan Cina Malaysia dan pemenang pusingan kedua Asia's Next Top Model.[4] Beliau pada asalnya berada di bawah kontrak tiga bulan awal dengan Storm Model Management di London, dan kontraknya dengan agensi itu baru-baru ini diperluaskan setahun kerana kemampuannya untuk menempah kerja cetakan dan landasan pacu semasa perjalanan pertamanya ke London.[5] Sebagai pemenang Asia's Next Top Model, beliau muncul dalam penyebaran dan pada muka depan isu Mei 2014 Harper's Bazaar Singapura/Malaysia. Beliau juga menerima SGD 50,000 dari FOX dan kereta Subaru XV.[6] Beliau juga menjadi wajah baru TRESemmé untuk salah satu kempen mereka pada tahun 2014.
Sheena Liam | |
---|---|
Kelahiran | Sheena Liam Yue Sheen 7 Mei 1991 |
Pekerjaan | Model fesyen |
Ketinggian | 1.74 m (5 ka 8 1⁄2 in)[1] |
Pemenang pertandingan kecantikan | |
Agensi | Storm Models, London Hollywood Models, Los Angeles[2] Metropolitan Models, Paris[3] Muse Models, New York |
Warna rambut | Perang |
Warna mata | Coklat |
Kehidupan awal
suntingSheena mula bekerja di set sebagai pelakon tambahan rancangan TV ketika beliau berusia 12 tahun.[7] Ini membolehkan beliau membuat kemunculan di iklan TV sebelum memulakan kerjaya pemodelannya dengan editorial untuk majalah Seventeen pada usia 15 tahun. Beliau mendapat pengalaman landasan untuk membantu kawan-kawan yang berada di Sekolah Reka Bentuk.[8] Pada 2010, pada usia 18 tahun Sheena memenangi pertandingan peragawati yang mana bakat beliau dikesan oleh Amber Chia.[9]
Asia's Next Top Model
suntingSheena merupakan salah seorang daripada dua wakil Malaysia di dalam musim kedua, di samping Josephine Tan, 23, dari Pahang, dan merupakan salah seorang daripada 16 finalis untuk pertandingan ini. Di dalam siri ini, Sheena mengatakan beliau mewarnakan rambutnya sebagai penghargaan kepada idolanya, mendiang Daul Kim.
Sebelum memenangi pertandingan, beliau berjalan di beberapa pertunjukan fesyen di Asia Tenggara termasuk, Zakwan Anuar,TRESemmé Indonesia, Beatrice Looi, Denny Wirawan, Sofyan Kwan, Mel Ahyar, Sapto, Staccato dan PU3; dan muncul dalam beberapa majalah fesyen di Asia Tenggara seperti Glam Mag Malaysia, Juice Malaysia, KL Lifestyle Malaysia, Grazia Indonesia, InStyle Indonesia, dan semestinya, Harper's Bazaar Singapura dan Malaysia sebagai sebahagian daripada hadiah kemenangannya. Beliau juga telah dimodelkan untuk Naked & Co., TRESemmé, Street Fashion KL, Tongue in Chic, Bimbo Aswan, Kaer Kazami, Zakwan Anuar, dan Adila Long.
Kerjaya lain
suntingBeliau kini menjelajah di beberapa negara bagi tujuan pemodelannya. Beliau diwakili oleh Storm Model Management di London, Metropolitan Models di Paris dan Hollywood Model Management di LA[10][11][12]
Pada Minggu Fesyen London Musim Luruh/Panas 2014, beliau berjalan untuk Fashion East, Mariana Jungmann, Ones To Watch dan Simone Rocha. [13]
Persembahan pemodelan termasuk Diane Von Furstenberg pada Musim Gugur 2015 dan Opening Ceremony.
Sheena juga ditempah untuk editorial di majalah seperti Hong Kong Tatler, The Prestige Hong Kong, Elle, Harpers Bazaar, Cleo, Design Scene. Beliau juga muncul dalam iklan cetakan untuk Haflins Fall 14, Moxham AW14 Collection, Lisa King London S/S 2015.
Kehidupan peribadi
suntingPada 2014, beliau memenangi pertandingan menulis cerita Reader's Digest untuk cereka seram.Ernest Zacharevic adalah tunang kepada Sheena Liam.[14]
Rujukan
sunting- ^ "Sheena Yee Liam". Fashion Model Directory. Dicapai pada 20 October 2015.
- ^ "Sheena.L". Hollywood Model Management. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-20. Dicapai pada 16 January 2017.
- ^ "Yue.S". Metropolitan Model Management. Dicapai pada 16 January 2017.
- ^ "Asia's Next Top Model winner Sheena Liam is your typical girl-next-door". The Star Online. Dicapai pada 16 April 2014.
- ^ "5 Things to know about Sheena Liam". Be Asia: fashion, beauty, lifestyle & celebrity news (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 March 2016.
- ^ "Asia's Next Top Model winner Sheena Liam is your typical girl-next-door - People | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 8 March 2016.
- ^ Lee, Iris. "Sheena Liam: Defying The Model Stereotype [Exclusive Interview] | iMoney". iMoney Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 March 2016.
- ^ Lam, J.C. "Malaysia´s Next Top Stars [Interview] | The Star". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 December 2016.
- ^ Car, SifuIwebsite = CarSifu.my. "Time to Shine Sheena] | CarSifu" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 December 2016.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-04. Dicapai pada 2017-10-02.
- ^ "Sheena.L". Hollywood Model Management. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-20. Dicapai pada 16 January 2017.
- ^ "Yue.S". Metropolitan Model Management. Dicapai pada 16 January 2017.
- ^ "London Fashion Week, Spring/Summer 2015; Tuesday, September 16, 2014". Asian Models Blog. Dicapai pada 16 January 2017.
- ^ {{Cite Dia melamar Liam, 26, melalui tulisan pada papan tanda besar di Lithuania Julai lalu.|url=http://www.malaysiaresume.com/contribute/sheena-liam%7Ctitle=Malaysia’s Résumé - Sheena Liam|website=www.malaysiaresume.com|access-date=8 March 2016}}