Shamsuddin Abd Ghaffar

YB Senator Dato' Shamsuddin Abd Ghaffar (lahir 1949) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) lantikan Dewan Negeri Perak. Di peringkat parti beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat.

YB Senator Dato'
Shamsuddin Abd Ghaffar
DPMP (Perak); KMN; AMN
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Negeri Perak
Menyandang jawatan
20 Disember 2024
PenggalKedua
Dalam jawatan
20 Disember 2021 – 19 Disember 2024
PenggalKedua
Maklumat peribadi
Lahir1949 (umur 75–76)
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Pencalonan senator

sunting

Shamsuddin pernah menjadi calon Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Negeri Perak pada 2018. Walau bagaimanapun, beliau tewas kepada calon parti pemerintah dalam pengundian oleh ahli dewan negeri[1].

Anugerah dan pengiktirafan

sunting
  •   Malaysia
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 1993
    • Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) - 1999
  •   Perak
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) - Dato' (2006)

Rujukan

sunting
  1. ^ Shamsul Kamal Amarudin dan Zahratulhayat Mat Arif (Ogos 13, 2018). "DUN Perak pilih senator". HMetro. Dicapai pada 20 Disember 2021.