Shahurain Abu Samah
Shahurain Abu Samah (lahir pada 23 Disember, 1986 di Kajang, Selangor) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Negeri Sembilan. Dia juga merupakan pemain bawah 23 tahun kebangsaan.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Shahurain Abu Samah | ||
Posisi permainan | Sayap kanan | ||
Kerjaya remaja | |||
Tahun | Pasukan | ||
2003-2005 | Selangor | ||
Pasukan kebangsaan | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln (Gol) | |
2006- | Malaysia B-23 | 1 (0) |
Shahurain merupakan pemain skuad Piala Presiden Selangor sebelum menyertai skuad senior Negeri Sembilan bersama Kunanlan Subramaniam.
Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009, Shahurain menjaringkan gol pembukaan Negeri Sembilan dan mendapatkan sepakan penalti untuk Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia buat kali kedua sejak 1948.