Shaharom Husain

penulis dan sejarawan Malaysia

Shaharom Husain adalah seorang Tokoh Guru, sejarawan dan budayawan dan giat sebagai seorang penulis khususnya dalam genre drama teater Malaysia yang giat menulis sekitar tahun 1940-an sehingga 1950-an.

Shaharom Husain
Kelahiran(1919-11-04)4 November 1919
Kampung Peserai Batu Pahat, Johor, Malaysia
Meninggal dunia2 Oktober 2008(2008-10-02) (umur 88)
PekerjaanTokoh Guru, Sejarawan, Budayawan, Penulis

Antara nama pena yang pernah digunakan oleh beliau ialah "Dharmaya", "Mashhor Malaya", dan "Shabi". Beliau telah menulis semula buku Tawarikh Johor (1950) dan menghasilkan buku Sejarah Johor dan Kaitannya Dengan Negeri-negeri Lain (1995). Allahyarham Dr Shaharom Husain pernah mendapat anugerah Tokoh Guru Johor, Tokoh Guru Kebangsaan, Anugerah Budayawan Johor, Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan (UKM) dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan (UPSI).

Pendidikan

sunting

Dr Shaharom Husain mendapat pendidikan awal di Sekolah Peserai, Batu Pahat sehingga darjah empat (1928-1934). Beliau menyambung pendidikannya dalam darjah lima di Sekolah Melayu Bagan Tinggi (1935-1936). Pada tahun 1939, Shaharom Husain melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (sekarang UPSI) sehingga 1941. Semasa Perang Jepun, beliau turut mempelajari Bahasa Jepun. Pada 1958 beliau terpilih untuk memasuki Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bahru.

Beliau kemudian mengikut kursus Bahasa Inggeris secara pos (Australia) pada tahun 1962. Pada tahun 1963, Shaharom Husain mengikuti kursus prauniversiti secara bertulis (jarak jauh) dalam jurusan Bahasa dan Kesustrastaan Indonesia di Fakulti Sastera Universiti Nasional, Indonesia. Akhirnya pada tahun 1972, beliau memperoleh kelulusan Sarjana Muda Sastera.

Beliau mengajar di MPSI dari tahun 1946-1951 dan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Baharu (1952-1974). Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba dan tokoh pendidikan Tan Sri Prof Dr Awang Had Salleh pernah menjadi pelajarnya di MPSI. Antara buku yang pernah diterbitkan mengenai beliau ialah  Penulisan Mengenai Shaharom Husain Dalam Akhbar Berita Harian (1959-1991).[1]

Antara hasil-hasil penulisan Shahrom Husain adalah seperti berikut:

  1. 10 Julai 1511
  2. Hantu Laut
  3. Korban Sungai Muar atau Lelehan Darah di Pantai Bentan (1948)
  4. Tun Fatimah (1948)
  5. Jiwa Melarat
  6. Seri Nara
  7. Keris Laksamana Bentan
  8. Lembing Awang Pulang Ke Dayang (1957)
  9. Bermandi Darah Di Sungai Johor atau Riwayat Hidup Hang Nadim Hulubalang Melayu (1949)
  1. 'Lawyer Dahlan'
  2. 'Tun Seri Lanang'
  3. 'Tongkak Kerajaan Johor'
  4. 'Si Bongkok Tanjung Puteri'
  5. 'Di Atas Pentas'

Biografi/Autobiografi

sunting
  1. Biografi Perjuangan Politik Dato Onn Jaafar (1985)
  2. Memoir Shahrom Husain

Kajian

sunting
  1. Antara Pengarang-pengarang Melayu dan Karyanya
  2. Kajian Novel Hantu Laut
  1. Melihat Australia 1
  2. Tawarikh Johor
  3. Kesan sejarah Tanah Ayer
  1. ^ Uqbah Iqbal, Penulisan Mengenai Shaharom Husain Dalam Akhbar Berita Harian (1959-1991), Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2015.