Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

ketua jabatan kerajaan di Negeri Sembilan, Malaysia

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ialah ketua pentadbir utama bagi Kerajaan Negeri Sembilan. Jawatan ini dilantik oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi mengetuai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Penyandang jawatan terkini ialah Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim yang dilantik pada 6 Jun 2023 menggantikan Dato’ Seri Dr Razali bin Ab Malik.[1]

Setiausaha Kerajaan Negeri

Negeri Sembilan
Jata Negeri Sembilan
Penyandang
Mohd Zafir Ibrahim
sejak 6 Jun 2023 (2023-06-06)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
GelaranYang Berhormat
Bidang kuasaNegeri Sembilan Sunting nilai ini di Wikidata
InstitusiPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Sunting nilai ini di Wikidata
PusatWisma Negeri, Negeri Sembilan
Dilantik olehKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Tempoh jawatantidak ditentukan
Penjawat sulungChe Othman Mohamed
(1 Februari 1948 - 27 Jun 1949)
Dibentuk1 Februari 1948; 76 tahun yang lalu (1948-02-01)
Timbalan/naibTimbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)
Tapak webwww.ns.gov.my/psukns
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Peranan

sunting

Setiausaha kerajaan negeri berperanan sebagai ketua pentadbir utama negeri. Beliau juga merupakan ketua pegawai perkhidmatan awam di Negeri Sembilan selain menjadi penasihat pentadbiran utama kepada Menteri Besar.

Setiausaha kerajaan negeri juga berperanan sebagai pengerusi jawatankuasa peringkat negeri bagi menyelaraskan agensi-agensi negeri, selain menjadi ahli jawatankuasa perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri[2].

Senarai Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

sunting
  1. Encik Othman bin Mohamed (1 Februari 1948)
  2. Encik Mohamed Salleh bin Haji Sulaiman (27 Jun 1949)
  3. Y.M Tunku Mohamed bin Tunku Besar Burhanuddin (11 Ogos 1950)
  4. Encik Mohamed Salleh bin Haji Sulaiman (1 Januari 1951)
  5. Encik Lokman bin Yusof (15 April 1952)
  6. Encik Muhamad Ghazali bin Shafie - Pemangku (1 September 1952)
  7. Encik Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid (1 Oktober 1952)
  8. Y.Bhg.Dato' Shamsudin bin Naim (1 Mac 1953)
  9. Encik Lokman bin Yusof (1 Oktober 1953)
  10. Encik Mohamed Sharif bin Abd. Samad (1 Disember 1955)
  11. Tuan Haji Abdul Aziz Bin Haji Mohamed Khamis - Pemangku (25 Oktober 1956)
  12. Encik Mohamed Sharif bin Abdul Samad (1 Disember 1956)
  13. Encik Mohamed Sharif bin Abdul Samad (1 Ogos1958)
  14. Encik Mohamed Bazain bin Mohd. Talhah - Pemangku (1 April 1959)
  15. Encik Mohamed Sharif bin Abdul Samad (21 Jun 1959)
  16. Y.M. Raja Azam bin Kamrulzaman (11 Januari 1960)
  17. Tuan Haji Anjang Saith bin Haji Abbas (5 Februari 1962)
  18. Encik Mansoor bin Zainal (16 Jun 1965)
  19. Encik Kamarudin bin Abdul Rahman (1 Ogos 1970)
  20. Y.Bhg. Dato Wan Salaidin bin Wan Ismail (1 Mac 1972)
  21. Encik Mohd Saffian bin Haji Abdul Majid (18 Oktober 1973)
  22. Encik Mohd. Yusof bin Haji Lasim (7 Jun 1975)
  23. Y.Bhg. Dato' Ismail bin Mansor (1 November 1978)
  24. Y.Bhg. Dato' Amiruddin bin Kaharudin (1 April 1985)
  25. Y.Bhg. Dato' Shamsudin bin Md. Dubi (16 Mac 1990)
  26. Y.Bhg. Dato' Haji Ahmad Tajuddin bin Haji Ujang (17 Mac 1993)
  27. Y.Bhg. Dato' Haji Mohmad Shaid bin Mohd Taufek (1 April 1996)
  28. Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Ali bin Abd Samad (16 Mei 1999)
  29. Y.Bhg. Dato' Hamzah bin Haji Ghazalli (9 Oktober 2003)
  30. Y.Bhg. Dato Abdullah Sani bin Ab. Hamid (22 April 2005)
  31. Y.Bhg. Dato' Kamarudin bin Siaraf (28 Disember 2006)
  32. Y.Bhg. Dato' Haji Norzam bin Mohd. Nor (20 Ogos 2007)
  33. Y.B. Dato' Seri Haji Mat Ali bin Hassan (1 Januari 2009)
  34. Y.B Dato' Seri Dr. Razali bin Ab Malik (11 Jun 2018)
  35. Y.B Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim (6 Jun 2023)

Rujukan

sunting
  1. ^ "Zafir appointed as new Negri state secretary". The Star. 7 June 2023. Dicapai pada 7 June 2023.
  2. ^ "Sistem Pentadbiran Kerajaan Negeri". Dicapai pada 26 Mei 2022.