Setia Ahmad Shah Pahang
Darjah Kebesaran Peringkat Ketiga, Setia Ahmad Shah Pahang[1] ini adalah dicadangkan bagi kurniaan terutamanya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan cemerlang kepada Raja Pemerintah, Negeri Pahang Darul Makmur dan rakyat keseluruhannya. Pengurniaan ini biasanya diberikan kepada Pegawai Kerajaan Gred 54 ke atas atau yang setaraf dengannya dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa Tempatan atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya.
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Sultan Pahang | |
Jenis | Perintah |
Negara | Malaysia |
Status | Masih lagi dikurniakan |
Sultan | Al-Sultan Abdullah |
Gred | Setia Ahmad Shah Pahang |
Singkatan darjah | SAP |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Indera Mahkota Pahang |
Lebih rendah | Setia Mahkota Pahang |
sunting · sunting di Wikidata |
Lencana
suntingLencana Darjah Kebesaran ini berupa Bintang berbucu lima yang diperbuat daripada emas dan enamel yang berwarna biru muda dan biru tua dan mengandungi Lambang Kebesaran Kerajaan Negeri. Di antara bucu-bucu kepada Bintang ini terletak ukiran lima pasang bulan sabit.
Riband untuk ahli-ahli lelaki pada Darjah Kebesaran ini hendaklah selepang tangkuk sutera selebar 2 ½ inci yang berwarna putih dan berjalurkan warna hitam di tepi dan di tengah dengan jaluran biru mengapiti jaluran tengah. Manakala bagi ahli perempuan, riband hendaklah berbentuk pita (bow riband) yang diperbuat dari kain sutera juga dan lebar serta warnanya serupa dengan riband ahli lelaki.
Gelaran pemakaian
suntingTiada gelaran dipakaikan sebelum nama ahli-ahli yang dianugerahkan Darjah Kebesaran ini.
Penerima terkenal
sunting- Ziana Zain (2005)[2]
Rujukan
sunting- ^ Maklumat darjah kebesaran
- ^ "Seri Paduka Dahului penerima anugerah". Berita Harian. October 24, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-20. Dicapai pada 2005-10-24.