Sergej Milinković-Savić
Sergej Milinković-Savić (Cyril Serbia: Сергеј Милинковић-Савић , disebut [serɡêj milǐːŋkoʋitɕ sǎːʋitɕ, sěrɡej-]; lahir 27 Februari 1995), merupakan seorang pemain bola sepak Serbia yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Itali, al hilal dan pasukan kebangsaan Serbia.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Sergej Milinković-Savić | ||
Tarikh lahir | 27 Februari 1995 | ||
Tempat lahir | Lleida, Sepanyol | ||
Ketinggian | 1.91 m (6 ka 3 in)[1] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Lazio | ||
Nombor | 21 | ||
Kerjaya remaja | |||
Sporting | |||
Grazer AK | |||
2006–2013 | Vojvodina | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2013–2014 | Vojvodina | 13 | (3) |
2014–2015 | Genk | 24 | (5) |
2015– | Lazio | 125 | (22) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2013–2014 | Serbia B19 | 14 | (4) |
2014–2015 | Serbia B20 | 11 | (1) |
2014–2017 | Serbia B21 | 12 | (4) |
2017– | Serbia | 12 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:03, 20 Mei 2019 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 Mac 2019 |
Kehidupan peribadi
suntingMilinković-Savić berasal daripada latar belakang keluarga yang aktif dalam sukan. Beliau telah dilahirkan di Lleida, Sepanyol,[2] dan ayahnya iaitu Nikola Milinković merupakan pemain bola sepak profesional pada masa itu. Ibunya pula ialah Milana Savić, seorang pemain bola keranjang yang profesional. Sergej mula bermain bola sepak di kelab Sporting CP semasa bapanya meneruskan karier di Portugal.
Milinković-Savić merupakan abang kepada Vanja Milinković-Savić, juga seorang pemain bola sepak untuk posisi penjaga gol.
Kerjaya kelab
suntingVojvodina
suntingMilinković-Savić mulanya menyertai akademi Vojvodina. Beliau merupakan salah satu pemain yang berhasil daripada skuad belia yang menjuarai dua kejohanan belia di peringkat kebangsaan bersama dengan Mijat Gaćinović dan Nebojša Kosović. Kemudian, Milinković-Savić menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan kelab pada 26 Disember 2012 di bawah kontrak tiga tahun.
Milinković-Savić melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior ketika menentang Jagodina pada 23 November 2013. Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk kelab ketika menentang Spartak Subotica pada 9 Mac 2014 yang berkesudahan terikat seri 1-1. Secara keseluruhannya, Milinković-Savić telah melakukan 13 penampilan liga dan menjaringkan tiga gol pada musim 2013–14. Beliau turut membantu Vojvodina untuk merangkul Piala Serbia 2013–14.[3]
Genk
suntingPada Jun 2014, Milinković-Savić menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Belgium, Genk dan diberi jersi bernombor 20. Beliau melakukan penampilan pertama untuk Genk ketika perlawanan liga menentang Cercle Brugge pada 2 Ogos 2014. Milinković-Savić menjaringkan gol pertamanya untuk Genk dalam perlawanan liga menentang Lokeren pada 18 Januari 2015. Beliau telah menjaringkan lima gol liga dalam 24 penampilan ketika musim 2014–15.
Lazio
suntingPada 31 Julai 2015, Milinković-Savić dilaporkan telah menyertai kelab Itali, Lazio. Beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Lazio ketika menentang Bayer Leverkusen dalam pusingan play-off Liga Juara-Juara pada 18 Ogos 2015.[4] Milinković-Savić menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan Liga Europa menentang Dnipro Dnipropetrovsk pada 17 September 2015.[5] Seterusnya, beliau meledak gol pertamanya di Serie A ketika Lazio meraih kemenangan 3-1 ke atas Fiorentina pada 9 Januari 2016. Dalam musim pertamanya di Itali, Milinković-Savić telah beraksi dalam 35 perlawanan dan menjaringkan tiga gol dalam semua kejohanan.
Dalam musim keduanya di Lazio, Milinković-Savić telah menjaringkan tujuh gol dalam 39 perlawanan.
Kerjaya antarabangsa
suntingRemaja
suntingMilinković-Savić mewakili Serbia dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-19 UEFA 2013 dan meraih pingat emas. Beliau beraksi selama 90 minit dalam empat daripada lima perlawanan termasuk aksi final menentang Perancis yang menyaksikan Serbia menang 1-0.[6] Seterusnya, Milinković-Savić tampil dalam Kejohanan Eropah bawah-19 2014 di mana pasukannya telah melangkah ke peringkat separuh akhir sebelum disingkirkan oleh Portugal menerusi penentuan penalti. Beliau gagal menyempurnakan tendangan penalti terakhir Serbia sebelum pasukannya kecundang.[7]
Pada musim panas berikutnya, Milinković-Savić merupakan salah satu daripada pemain terpenting Serbia dalam kejohanan Piala Dunia B-20 FIFA 2015 yang menyaksikan Serbia menjadi juara kejohanan.[8] Beliau telah beraksi dalam enam daripada tujuh perlawanan serta menjaringkan satu gol ketika menentang Mali di peringkat kumpulan. Berikutan persembahan menonjol dan cemerlang dipamerkan olehnya, Milinković-Savić menerima anugerah Bola Gangsa.[9]
Senior
suntingPada Oktober 2015, Milinković-Savić menerima panggilan pertama ke skuad senior oleh pengurus Radovan Ćurčić untuk kelayakan Euro 2016 menentang Albania dan Portugal. Namun, beliau tidak beraksi dalam kedua-dua perlawanan tersebut. Pada Mei 2016, Milinković-Savić telah dipilih oleh pengurus baru Slavoljub Muslin untuk perlawanan persahabatan menentang Cyprus, Israel dan Rusia. Walau bagaimanapun, selepas beliau gagal untuk beraksi dalam kedua-dua perlawanan pertama tersebut, Milinković-Savić meninggalkan pasukan selepas bersetuju dengan pengurus Muslin yang menyatakan pemain-pemainnya yang lain lebih bagus untuk menyesuaikan diri dengan taktikalnya.
Pada Jun 2018, beliau telah dipilih ke dalam skuad Piala Dunia 2018.[10] Beliau telah beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan.[11][12][13]
Statistik kerjaya
suntingKelab
sunting- Sehingga 20 Mei 2019.
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Lain[nb 1] | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Vojvodina | 2013–14 | 13 | 3 | 3 | 1 | 0 | 0 | — | 16 | 4 | |
Genk | 2014–15 | 24 | 5 | 0 | 0 | — | 24 | 5 | |||
Lazio | 2015–16 | 25 | 1 | 2 | 0 | 8 | 2 | 0 | 0 | 35 | 3 |
2016–17 | 34 | 4 | 5 | 3 | — | 39 | 7 | ||||
2017–18 | 35 | 12 | 4 | 0 | 8 | 2 | 1 | 0 | 48 | 14 | |
2018–19 | 31 | 5 | 5 | 2 | 5 | 0 | 0 | 0 | 41 | 7 | |
Jumlah | 125 | 22 | 16 | 5 | 21 | 4 | 1 | 0 | 163 | 31 | |
Jumlah kerjaya | 162 | 31 | 19 | 6 | 21 | 4 | 1 | 0 | 203 | 41 |
- ^ Termasuk Supercoppa Italiana
Antarabangsa
sunting- Sehingga 25 Mac 2019.
Pasukan kebangsaan Serbia | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2017 | 2 | 0 |
2018 | 8 | 0 |
2019 | 2 | 0 |
Jumlah | 12 | 0 |
Pencapaian
suntingKelab
sunting- Vojvodina
- Lazio
Antarabangsa
sunting- Serbia B19
- Serbia B20
Individu
sunting- Anugerah Bola Gangsa Piala Dunia B-20 FIFA: 2015
- Pasukan Pilihan Serie A: 2017–18[14]
- Pemain Tengah Terbaik Serie A: 2018–19[15]
Rujukan
sunting- ^ "2018 FIFA World Cup Russia – List of Players" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 4 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-12-02. Dicapai pada 10 June 2018.
- ^ "Milinkovic-Savic, sport in the genes". fifa.com. 17 February 2015. Dicapai pada 2 July 2015.
- ^ "Vojvodina mark centenary with Serbian Cup". uefa.com. 7 May 2014. Dicapai pada 9 November 2017.
- ^ "Milinkovic-Savic Emotional On Lazio Champions League Debut". forzaitalianfootball.com. 20 August 2015. Dicapai pada 24 September 2015.
- ^ "Milinkovic-Savic: "Felice per il gol, peccato per il risultato"" (dalam bahasa Italian). sslazio.it. 18 September 2015. Dicapai pada 24 September 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Luković strike seals first Serbia triumph". uefa.com. 1 August 2013. Dicapai pada 25 November 2013.
- ^ "Portugal prevail in shoot-out to end Serbia reign". uefa.com. 28 July 2014. Dicapai pada 9 November 2017.
- ^ "Ecstasy in Auckland as Serbia make history". fifa.com. 20 June 2015. Dicapai pada 2 July 2015.
- ^ "New Zealand sees stars emerge, Serbia sparkle". fifa.com. 22 June 2015. Dicapai pada 2 July 2015.
- ^ "World Cup 2018: All the confirmed squads for this summer's finals in Russia". BBC Sport. 4 June 2018. Dicapai pada 25 June 2018.
- ^ Timothy Abraham (17 June 2018). "Costa Rica 0–1 Serbia". BBC Sport. Dicapai pada 25 June 2018.
- ^ Matthew Henry (23 June 2018). "Serbia 1–2 Switzerland". BBC Sport. Dicapai pada 25 June 2018.
- ^ Andrew Das (27 June 2018). "World Cup: Brazil cruises into next round with easy victory". The New York Times. Dicapai pada 27 June 2018.
- ^ "Serie A Team of 2017-18". Football Italia. 3 December 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-04. Dicapai pada 3 December 2018.
- ^ "Ronaldo MVP in Serie A Awards". Football Italia. 18 May 2019.
Pautan luar
sunting- Player profile at Serbian National Team page
- Sergej Milinković-Savić – Rekod persaingan FIFA
- Sergej Milinković-Savić – Rekod persaingan UEFA