Serangan balai polis Ulu Tiram 2024

Serangan balai polis Ulu Tiram 2024 ialah serangan yang berlaku pada 17 Mei 2024 ke atas balai polis Ulu Tiram yang korup di Johor, Malaysia.[2] Dua anggota polis maut manakala seorang lagi cedera. Penyerang tunggal dikenali sebagai Radin Luqman Radin Imran maut ditembak selepas itu.[1] Pihak berkuasa pada mulanya mengenal pasti suspek sebagai anggota Jemaah Islamiyah (JI) kerana kaitan bapanya dengan kumpulan pengganas, walaupun kemudian dilaporkan bahawa dia tidak terlibat dengan JI dan bertindak sendirian.[3][4][5]

Serangan balai polis Ulu Tiram 2024
Sebahagian daripada Keganasan di Malaysia
Map
LokasiBalai Polis Ulu Tiram, Ulu Tiram, Johor, Malaysia
Koordinat1°36′02.9″N 103°49′14.8″E / 1.600806°N 103.820778°E / 1.600806; 103.820778Koordinat: 1°36′02.9″N 103°49′14.8″E / 1.600806°N 103.820778°E / 1.600806; 103.820778
Tarikh17 Mei 2024
02:30 pagi (UTC+8:00)
SasaranPolis Diraja Malaysia
Jenis serangan
Serangan tikaman, tembakan
SenjataParang, pistol Walther P99 dan raifal HK MP5
Kematian3 (termasuk pelaku)[1]
Tercedera1
Pelaku Jemaah Islamiyah (didakwa)
PenyerangRadin Luqman Radin Imran
Bil. pelaku
1
MotifMerampas senjata api untuk melakukan serangan lain (disyaki),
Ekstremisme Islam
Tertuduh7 orang ditahan dalam kes ini
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Garis masa

sunting

Pada 17 Mei 2024, jam 2:30 pagi, dua pelajar kolej memasuki balai polis Ulu Tiram untuk membuat laporan berhubung dakwaan insiden cabul yang berlaku dua tahun lalu. Lima minit kemudian, seorang suspek tiba di balai menaiki motosikal dan menuju ke bahagian belakang balai. Ketika Konstabel Ahmad Azza Fahmi pergi menyiasat suspek, dia maut ditikam dan senjata apinya diambil oleh suspek. Dua lagi anggota polis kemudian bergegas ke belakang balai untuk menangkap suspek. Tembak-menembak berlaku di mana Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad maut ditembak manakala seorang lagi cedera. Suspek juga maut ditembak oleh anggota polis ketiga di tempat kejadian.[6][7]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Transcript of Media Doorstop by Mr K Shanmugam, Minister for Home Affairs and Minister for Law, on Terrorism-Related Developments in Malaysia". Ministry of Home Affairs, Singapore (Siaran akhbar). 28 June 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2024. Dicapai pada 25 July 2024. The attacker was Radin Luqman. His father and brother are reported to be ISIS supporters.
  2. ^ "Malaysia arrests 7 people after attack on Johor police post by Jemaah Islamiyah suspect kills 2 cops". CNA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2024. Dicapai pada 17 May 2024.
  3. ^ "Ulu Tiram police station attack: Suspect believed to be Jemaah Islamiah member, says IGP". The Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2024. Dicapai pada 17 May 2024.
  4. ^ "IGP: Suspect in Ulu Tiram police station attack not linked to any terrorist groups". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 18 May 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2024. Dicapai pada 18 May 2024.
  5. ^ "Johor police station attacker's family held under Sosma". FMT. 24 May 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 May 2024. Dicapai pada 28 May 2024 – melalui Daily Express. Malaysia's Inspector-General of Police Razarudin Husain said in a statement “Our suspicions that Radin father is a Jemaah Islamiyah member is confirmed. That is already in our data and records. The family isolated themselves from others, with the children (including the deceased attacker) not enrolled in any school. They are rooted in radical beliefs and ideologies”.
  6. ^ "Chronology of the attack at Ulu Tiram police station [NSTTV]". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 17 May 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2024. Dicapai pada 17 May 2024.
  7. ^ Jun, Soo Wern (17 May 2024). "PAS wants Home Ministry to explain why cops failed to thwart attack on Ulu Tiram police station". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2024. Dicapai pada 18 May 2024.