Sepuluh qiraat ialah sepuluh qiraat atau cara bacaan al-Quran yang diiktiraf oleh paraa ulama dalam penyelidikan mereka untuk menentukan cara bacaan yang lazim.[1][2]

Sejarah

sunting

Al-Quran diturunkan dengan tujuh "huruf" yang bermaksud loghat atau variasi, dan loghat-loghat tersebut bukan sahaja ada dalam penulisan, tetapi juga dalam cara sebutan, maknanya, bunyi vokal, jeda, dan kepanjangan. Ini adalah kerana orang Arab yang menerima al-Quran mempunyai loghat dan dialek yang berbeza-beza.[3]

Uthman bin Affan r.a. telah menyusun al-Quran menjadi satu bentuk piawai. Terdapat tujuh cara utama untuk membacanya dan tiga cara tambahan untuk membacanya, maka jumlahnya adalah sepuluh. Kesemua bacaan ini dan lafaznya telah diajar oleh Nabi Muhammad, dan telah disampaikan oleh para Sahabat, Tabiin, dan seterusnya.[4]

Penyebaran

sunting

Kebanyakan daripada sepuluh qiraat ini diketahui oleh para ulama dan telah diwariskan, menyebabkannya tersebar ke seluruh dunia Islam.[5] [6]

Kebanyakan umat Islam di seluruh dunia, yang berjumlah berjuta-juta dan tinggal di banyak negara, membaca al-Quran versi Hafs, yang diriwayatkan oleh Aasim bin Abu al-Najud.[7]

Di Afrika Barat Laut, Muslim membaca mengikut qiraat Imam Nafi yang merupakan imam penduduk Madinah, yang mengikut riwayat Warsy mahupun Qalun.[8][9]

Di Sudan dan di Hadramaut, orang Islam membaca qiraat yang diriwayatkan oleh al-Duri daripada Abu Amr al-Basri.[10]

Pengumpulan

sunting

Apabila sepuluh qiraat itu telah dijadikan mantap oleh para ulama, tiga lagi cara bacaan ditambah kepada tujuh qiraat tadi oleh Imam Ibnu al-Jazari. Ini menjadikan jumlah qiraat menjadi sepuluh. Tiga qiraat tambahan ini adalah daripada imam-imam berikut:[11][12]

Tilawah

sunting

Sepuluh qiraat yang telah diiktiraf dan dibuktikan oleh Imam-Imam Qari al-Quran adalah seperti berikut:[19]

  1. Bacaan Nafiʽ al-Madani.
  2. Bacaan Ibnu Kathir al-Makki.
  3. Bacaan Abu Amr al-Basri.
  4. Bacaan Ibnu Amir al-Dimasyqi.
  5. Bacaan Aasim bin Abi al-Najud.
  6. Bacaan Hamzah al-Zaiyat.
  7. Bacaan Al-Kisai.
  8. Bacaan Abu Jaafar al-Madani.
  9. Bacaan Yakub al-Hadrami.
  10. Bacaan Khalaf bin Hisyam.

Riwayat

sunting

Untuk setiap sepuluh qiraat, terdapat dua versi bacaan atau riwayat, yang menjadikan jumlah riwayat yang diiktiraf dua puluh:[20]

Dua Belas Riwayat al-Quran yang Diiktiraf
Qari Riwayat
01 Nafiʽ al-Madani
  • Riwayat Warsy
  • Riwayat Qalun
02 Ibnu Kathir al-Makki
  • Riwayat al-Bazzi [ar]
  • Riwayat Qunbul [ar]
03 Abu Amr al-Basri Riwayat al-Duri al-Nahwi

Riwayat al-Susi daripada Abu Amr

04 Ibnu Amir al-Dimasyqi
  • Riwayat Hisyam
  • Riwayat Ibnu Zaqwan
05 Aasim bin Abi al-Najud
  • Riwayat Syu'bah
  • Riwayat Hafs
06 Hamzah al-Zaiyat
  • Riwayat Khalaf
  • Riwayat Khallad
07 Al-Kisai
  • Riwayat Abu al-Harith al-Laith
  • Riwayat Hafs bin Umar al-Duri
08 Abu Jaafar al-Madani
  • Riwayat Isa bin Wirdan al-Madani
  • Riwayat Sulaiman bin Jummaz
09 Yakub al-Hadrami
  • Riwayat Ruwais
  • Riwayat Ruh bin Abdul Mukmin
10 Khalaf bin Hisyam
  • Riwayat Ishaq bin Ibrahim al-Warraq
  • Riwayat Idris bin Abdul Karim al-Haddad

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Al-Imam, Ahmad Ali (2006). Variant Readings of the Qurʼan: A Critical Study of Their Historical and ... - Ahmad Ali Al-Imam - Google Livres. International Institute of Islamic Thought. ISBN 9781565644205. Dicapai pada 2021-01-24.
  2. ^ Nasser, Shady (9 November 2012). The Transmission of the Variant Readings of the Qurʾān: The Problem of ... - Shady Nasser - Google Livres. BRILL. ISBN 9789004241794. Dicapai pada 2021-01-24.
  3. ^ شاهين, عبد الصبور (January 2005). تاريخ القرآن - عبد الصبور شاهين - Google Livres. Nahdet Misr Publishing House. ISBN 9789771430421. Dicapai pada 2021-01-24.
  4. ^ نولدكه, تيودور. "تاريخ القران-أول - تيودور نولدكه - Google Livres". Dicapai pada 2021-01-24.
  5. ^ منجد المقرئين ومرشد الطالبين - ابن الجزري/شمس الدين محمد بن محمد - Google Livres. Dar Al Kotob Al Ilmiyah دار الكتب العلمية. January 1999. ISBN 9782745128447. Dicapai pada 2021-01-24.
  6. ^ البرهان في علوم القرآن - أبي عبد الله محمد بن بهادر/الزركشي - Google Livres. Dar Al Kotob Al Ilmiyah دار الكتب العلمية. January 2018. ISBN 9782745155474. Dicapai pada 2021-01-24.
  7. ^ الدر الناظم لرواية حفص عن عاصم - عفيف الدين عثمان بن عمر بن أبي بكر الشافعي الناشري - Google Livres. Al Manhal. January 2016. ISBN 9796500325675. Dicapai pada 2021-01-24.
  8. ^ جامع البيان في القراءات السبع المشهورة - أبي عمرو عثمان بن سعيد/الداني - Google Livres. Dar Al Kotob Al Ilmiyah دار الكتب العلمية. January 2012. ISBN 9782745134110. Dicapai pada 2021-01-24.
  9. ^ الوصفة الكاملة من كلام رب العالمين برواية ورش عن نافع - أبو عمار ميلود عبد الرحمن بنعتيك - Google Livres. Dar Al Kotob Al Ilmiyah دار الكتب العلمية. January 2013. ISBN 9782745179029. Dicapai pada 2021-01-24.
  10. ^ الفضلي, عبد الهادي (6 Ogos 2020). "تاريخ القراءات القرانية - عبد الهادي الفضلي - Google Livres". Dicapai pada 2021-01-24.
  11. ^ Nöldeke, Theodor; Schwally, Friedrich; Bergsträßer, Gotthelf; Pretzl, Otto (2013-05-17). The History of the Qurʾān - Theodor Nφldeke, Friedrich Schwally, Gotthelf Bergstrδίer, Otto Pretzl - Google Livres. ISBN 978-9004228795. Dicapai pada 2021-01-24.
  12. ^ Jeffery, Arthur (1937). "Materials for the History of the Text of the Quran; The Old Codices - Google Livres". Dicapai pada 2021-01-24.
  13. ^ Small, Keith E. (2011-04-22). Textual Criticism and Qur'an Manuscripts - Keith E. Small - Google Livres. ISBN 9780739142912. Dicapai pada 2021-01-24.
  14. ^ النشر في القراءات العشر - شمس الدين أبي الخير محمد بن محمد/ابن الجزري - Google Livres. January 2016. ISBN 9782745136954. Dicapai pada 2021-01-24.
  15. ^ Mattson, Ingrid (2013-02-18). The Story of the Qur'an: Its History and Place in Muslim Life - Ingrid Mattson - Google Livres. ISBN 9780470673492. Dicapai pada 2021-01-24.
  16. ^ الكفاية الكبرى في القراءات العشر - أبي العز محمد بن بندار/الواسطي القلانسي - Google Livres. January 2007. ISBN 9782745154095. Dicapai pada 2021-01-24.
  17. ^ المستنير في القراءات العشر - ابن سوار البغدادي/أبو طاهر أحمد بن علي - Google Livres. January 2010. ISBN 9782745152985. Dicapai pada 2021-01-24.
  18. ^ "شرح طيبة النشر في القراءات العشر - الجزء الأول - محمد بن محمد بن محمد بن علي النويري - Google Livres". Dicapai pada 2021-01-24.
  19. ^ المصباح الزاهر في القراءات العشر البواهر 1-2 ج1 - أبو الكرم الشهرزوري/المبارك بن الحسن - Google Livres. January 2008. ISBN 9782745156877. Dicapai pada 2021-01-24.
  20. ^ تاريخ القراءات في المشرق والمغرب - محمد المختار ولد اباه ،الدكتور - Google Livres. January 2008. ISBN 9782745161956. Dicapai pada 2021-01-24.