Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-34.
Sebanyak 30 buah lagu telah layak ke peringkat separuh akhir dengan pemarkahan 40% hasil daripada undian peminat di Carta Mingguan manakala baki 60% dinilai oleh juri professional[1]. Lagu yang bersaing telah diadili oleh Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz Selamat, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.[2]