Senarai penerima darjah kebesaran negeri Sarawak 2024
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran negeri Sarawak telah diadakan pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Hari Jadi Ke-78 Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.[1]
Sebahagian daripada pengurniaan darjah kebesaran di Malaysia tahun 2024 | |
Tarikh | 12 Oktober 2024 |
---|---|
Hasil | 1,046 penerima darjah |
Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran negeri Sarawak pada 2024.
Senarai penerima
suntingDarjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang
suntingPenerima darjah kebesaran DP ini membawa gelaran Datuk Patinggi
- Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak
- Tan Sri Datuk Patinggi Leonard Linggi Jugah, Pengerusi Yayasan Tun Jugah
Panglima Negara Bintang Sarawak
suntingPenerima darjah kebesaran PNBS ini membawa gelaran Dato' Sri:
- Tan Sri Dato' Sri Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak
- Temenggong Dato' Sri Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad, Ketua Masyarakat Melayu Sibu
- Dato' Sri Saferi Ali, Peguam Besar Sarawak
- Dato' Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan)
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang
suntingPenerima darjah kebesaran PGBK ini membawa gelaran Datuk:
- Dato' Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia
- Datuk Khir Busrah, Setiausaha Sulit Kanan Premier Sarawak
- Datuk Ismawi Ismuni, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA)
Darjah Jasa Bakti Sarawak
suntingPenerima darjah kebesaran DJBS ini membawa gelaran Datu:
- Datu Elizabeth Loh
- Datu Abang Ahmad Abang Morni
- Datu Sirai Daha
- Datu Jafri Lias
- Datu Hamdan Sharbini, Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak
- Datu Jonathan Lugoh
- Datu Jack Liam
- Datu Kueh Lei Poh
- Datu Michael Ronnie Langgong
- Datu Nyurak Keti
- Datu Mersal Abang Rosli
- Profesor Datu Dr Neilson Ilan Mersat, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Panglima Setia Bintang Sarawak
suntingPenerima darjah kebesaran PSBS ini membawa gelaran Dato:
- Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak
- Dato Hilmy Othman, Datuk Bandar Kuching Utara
- Dato Ambrose Cheng Loi Hee, Setiausaha Akhbar kepada Premier Sarawak' ADUN Tupong
- Dato Mohd Chee Kadir, ADUN Kabong
- Dato Abang Abdillah Izzarim
- Brigedier Jeneral Dato Kamarulzaman Mohd Yunos
- Datin Amar Dato Enn Ong Siok Ean
- Dato Dr Wee Kam Siak
- Dato Dr Richard Rapu, Ahli Parlimen Betong
- Dato Jefri Ahmad Tambi
- Dato Shankar Ram
- Dato Abang Arabi Abang Narudin
- Dato Sudarnoto Osman
- Datuk Seri Dato Khaw Kok Chin
- Uskup Agung Dato Dr Simon Peter Poh Hoon Seng
- Dato Jacqueline Fong
- Dato Lee Heng Cheong
- Dato Su’ut Johari.
Penerima lain
sunting- Johan Bintang Sarawak (JBS) - 3 penerima
- Johan Bintang Kenyalang (JBK) - 1 penerima
- Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) - 20 penerima
- Pegawai Bintang Sarawak (PBS) - 15 penerima
- Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) - 143 penerima
- Ahli Bintang Sarawak (ABS) - 76 penerima
- Ahli Bintang Kenyalang (ABK) - 198 penerima
- Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) - 194 penerima
- Bentara Bintang Sarawak (BBS) - 259 penerima
Rujukan
sunting- ^ "Toh Puan Fauziah dahului senarai 1,046 penerima pingat dan darjah kebesaran negeri". www.utusanborneo.com.my. 2024-10-12. Dicapai pada 2024-10-13.