Senarai pemimpin Hamas

rencana senarai Wikimedia

Pengerusi Biro Politik Hamas (Arab: رئيس المكتب السياسي لحركة حماس, rumi: r'eys almktb alsyasy lhrkh hmas), juga dikenali sebagai pengerusi Majlis Syura Hamas (Arab: رئيس مجلس شورى حركة حماس, rumi: r'eys mjls shwra hrkh hmas) dari 1987 hingga 2004, ialah ketua keseluruhan dan pemimpin de facto Hamas, yang merupakan parti politik Palestin Sunni Islamis yang mempunyai organisasi politik dan ketenteraan, yang juga mentadbir sebahagian besar Genting Gaza sejak 2007. Pengerusi sekarang ialah Yahya Sinwar, dilantik sejak Ogos 2024, selepas pendahulunya, Ismail Haniyeh, telah dibunuh pada 31 Julai 2024 di Tehran, Iran selepas menghadiri majlis perasmian Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

Pengerusi
Biro Politik Hamas
  • رئيس المكتب السياسي لحركة حماس (Arab)
    r'eys almktb alsyasy lhrkh hmas
Penyandang
Yahya Sinwar
sejak 6 Ogos 2024
JenisPejabat parti politik
StatusPemimpin parti politik
KediamanGenting Gaza, Palestin
(1987–2004)
Amman, Jordan
(1992–1997)
Damsyik, Syria
(1997–2012)
Doha, Qatar
(2012–2024)
Genting Gaza, Palestin
(2024–kini)
PenamaBiro Politik Hamas
Dilantik olehMajlis Syura Hamas
Tempoh jawatanEmpat tahun, boleh diperbaharui
(Had dua penggal)[nota 1]
Surat cara pembentukanPiagam Hamas 1988
Dibentuk10 Disember 1987
(37 tahun yang lalu)
Pemegang pertamaAhmed Yassin
(sebagai Pengerusi Majlis Syura Hamas, pada 1987)
Khaled Mashal
(sebagai Pengerusi Biro Politik Hamas, pada 2004)
Timbalan/naibKhalil al-Hayya
(sejak 6 Ogos 2024)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengerusi Biro Politik Hamas dijangka menyelia organisasi dan pelbagai komponennya, manakala operasi ketenteraan diuruskan secara berasingan oleh komander tentera. Bermastautin di Doha, Qatar, pengerusi bertindak sebagai ketua bagi Hamas semasa pilihan raya Palestin dan menjadi pemimpin pusat dalam penentangan terhadap Israel. Selain itu, beliau memainkan peranan penting dalam hubungan luar, mengetuai rundingan dengan pemimpin tertinggi Israel mengenai proses damai, meneruskan proses perdamaian dengan Fatah, dan meningkatkan hubungan dengan negara di Timur Tengah.

Kuasa dan tugas

sunting

Pengerusi Biro Politik Hamas dijangka memerintah Hamas dan semua komponennya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian pada operasi ketenteraannya, yang mempunyai perintah sendiri daripada komander tentera mereka sendiri.

Pengerusi akan menjadi ketua dan mengetuai parti dalam semua pilihan raya Palestin (pilihan raya presiden dan [[pilihan raya perundangan). Dia akan menjadi tokoh utama penentangan Hamas terhadap wilayah yang diduduki Israel di seluruh dunia, berbeza dengan parti politik lawan mereka, Fatah yang mengambil pendekatan lebih moderat.

Pengerusi juga mengetuai rundingan untuk hubungan luar Hamas seperti rundingan dengan pemimpin tertinggi Israel untuk proses damai, meneruskan proses perdamaian dengan Fatah dan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara di Timur Tengah

Kediaman

sunting

Kediaman pemimpin berubah mengikut masa. Sejak penubuhannya, pengerusi Majlis Shura Hamas menetap di Genting Gaza, Palestin. Disebabkan keselamatan mereka selepas pembunuhan pengerusi kedua mereka, kediaman itu ditukar kepada Amman, Jordan dari 1992 hingga 1997. Selepas itu, mereka berpindah kepada Damsyik, Syria kerana konflik dengan Raja Jordan pada masa itu. Beliau menetap di sana dari 1997 hingga 2012. Selepas ibu pejabat (HQ) mereka ditutup oleh kerajaan Syria kerana sokongan mereka kepada pembangkang Syria dalam perang saudara Syria, pengerusi mereka terpaksa berpindah ke Doha, Qatar dari 2012 hingga 2024. Pengerusi yang dilantik sekarang, Yahya Sinwar, akan mengetuai Hamas dari Genting Gaza, Palestin, kerana beliau juga memimpin kerajaan Hamas di Genting Gaza. Sinwar menjadi pengerusi pertama Biro Politik Hamas yang menetap di Genting Gaza, walaupun perang Hamas di Israel masih berterusan. Pengerusi Biro Politik Hamas biasanya tinggal di luar Genting Gaza, atas sebab keselamatan mereka.

Nasib pemegang jawatan

sunting

Kebanyakan pemimpin yang memerintah Hamas telah dibunuh semasa memegang jawatan. Pengasasnya, Ahmed Yassin telah dibunuh pada Mac 2004, manakala penggantinya, Abdul Aziz al-Rantisi dibunuh 15 hari kemudian. Ismail Haniyeh, pemimpin de facto Hamas ke-4, telah dibunuh pada Julai 2024 sejurus selepas menghadiri majlis perasmian Presiden Iran, Masoud Pezeshkian. Hanya Khaled Mashal dan pengerusi terkini, Yahya Sinwar, belum dibunuh, setakat hari ini.

Senarai pemimpin

sunting
No. Potret Nama
Nama asli
(kelahiran–kematian)
Penggal dalam jawatan Tempoh Timbalan
  Pengerusi Majlis Syura Hamas  
رئيس المكتب السياسي لحركة حماس (Arab)
1.   Ahmed Yassin
أحمد ياسين
lahir 1936
(terbunuh dalam pejabat, 2004)
10 Disember 1987 – 22 Mac 2004 16 tahun, 103 hari  
Abdul Aziz al-Rantisi
(1987–2004)
2.   Abdul Aziz al-Rantisi
عبد العزيز الرنتيسي
lahir 1947
(terbunuh dalam pejabat, 2004)
22 Mac 2004 – 17 April 2004 15 hari Tiada
  Pengerusi Biro Politik Hamas  
رئيس المكتب السياسي لحركة حماس (Arab)
3.   Khaled Mashal
خالد مشعل
lahir 1956
17 April 2004[2] – 6 Mei 2017 13 tahun, 19 hari  
Musa Abu Marzuk
(2004–2013)

 
Ismail Haniyeh
(2013–2017)[3]
4.   Ismail Haniyeh
إسماعيل هنية
lahir 1962/1963
(terbunuh dalam pejabat, 2024)
6 Mei 2017 – 31 Julai 2024 7 tahun, 86 hari  
Saleh al-Aruri
(2017–2024)
(terbunuh dalam pejabat, 2024)
5.   Yahya Sinwar
يحيى السنوار
lahir 1962
6 Ogos 2024 – kini 34 hari Khalil al-Hayya
(2024–kini)
  1. ^ Bagaimanapun, tempoh Khaled Mashal sebagai pengerusi Biro Politik Hamas dilanjutkan sebanyak dua kali.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Hamas leader Khaled Meshaal to step down from his position". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-07. Abu Marzouk is expected to be in contention to succeed Meshaal, although Ismail Haniyeh, the de facto prime minister of Gaza, could also stand for the political leadership. The post is meant to be limited to two terms, although Meshaal's period at the helm was extended twice.
  2. ^ Jha, Mausam. "How Benjamin Netanyahu boosted rise of Khaled Meshaal, likely new chief of Hamas". Mint (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-03. Khaled Meshaal led Hamas from exile in Damascus from 2004 until early 2012, when he left due to President Bashar al-Assad's crackdown on Sunnis during the uprising. He now splits his time between Doha and Cairo.
  3. ^ "Hamas appoints Haniya as deputy head: party official". AFP (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-04.