Senarai lawatan antarabangsa Perdana Menteri oleh Muhyiddin Yassin
rencana senarai Wikimedia
Berikut ialah senarai lawatan antarabangsa Perdana Menteri oleh Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke-8. Setakat April 2021[kemas kini], Muhyiddin Yassin telah melakukan empat lawatan antarabangsa sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mac 2020 lalu.
Ringkasan
suntingBilangan lawatan bagi setiap negara:
- Sekali: Brunei, Indonesia, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu
2021
suntingNegara | Tempat | Tarikh | Butiran |
---|---|---|---|
Indonesia | Jakarta | 4–5 Februari | Lawatan sulung Muhyiddin. Diberikan sambutan rasmi daripada Presiden Joko Widodo di Istana Merdeka, Jakarta.[1][2] |
Arab Saudi | Mekah, Madinah & Riyadh | 6–9 Mac | Muhyiddin menunaikan umrah di Masjid al-Haram, Makkah[3] dan telah diberikan peluang untuk memasuki Kaabah.[4] Pada 7 Mac, beliau tiba di Madinah untuk ziarah Masjid Nabawi. Pada 9 Mac, beliau bertemu Putera Mahkota Mohammad bin Salman di Riyadh. Dalam pertemuannya, Muhyiddin memohon penambahan kuota untuk haji bagi rakyat Malaysia dan pemerintah Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji.[5] |
Emiriah Arab Bersatu | Abu Dhabi | 9–11 Mac | Bertemu Putera Mahkota Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri Mohammed bin Rashid Al Maktoum.[6] |
Brunei | Bandar Seri Begawan | 4–5 April | Rundingan Pemimpin Tahunan Kali Ke-23 antara Malaysia dan Brunei Darussalam, undangan kepada Muhyiddin disampaikan Sultan Hassanal Bolkiah.[7] |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Muhyiddin akan adakan pertemuan empat mata dengan Jokowi". Bernama (dalam bahasa malay). Astro Awani. 5 February 2021. Dicapai pada 5 February 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "PM Muhyiddin leaves for home after official visit to Indonesia". Bernama. Malay Mail. 5 February 2021. Dicapai pada 5 February 2021.
- ^ "Perdana Menteri tiba di Mekah untuk ibadah umrah off". Astro Awani (dalam bahasa malay). 6 March 2021. Dicapai pada 6 March 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "PM thanks King Salman". The Star. 9 March 2021. Dicapai pada 10 March 2021.
- ^ "Malaysia gets additional 10,000 haj quota – PM Muhyiddin". Prime Minister's Office. 10 March 2021. Dicapai pada 10 March 2021.
- ^ "'The sky is the limit' in KL-Abu Dhabi ties, says Muhyiddin". The Star. 11 March 2021. Dicapai pada 11 March 2021.
- ^ "Muhyiddin to make 2 day visit to Brunei". 3 April 2021. Dicapai pada 4 April 2021.