Senarai lagu yang dirakamkan oleh Sharifah Aini

Sepanjang 40 tahun kerjayanya dalam bidang muzik, penyanyi wanita Malaysia, Sharifah Aini (1953–2014) telah merakamkan sebanyak lebih 900 lagu untuk 140 album dan menulis kebanyakan daripadanya.[1] Album piring hitam pertamanya, Seri Dewi Malam dikeluarkan pada tahun 1970 oleh EMI Music Malaysia selepas menjuarai Pertandingan Adubakat Radio Televisyen Singapura (RTS) pada tahun 1968. Bermula dari album piring hitam keduanya, Kekasih Pujaan, juga dikeluarkan pada 1970, Sharifah Aini menulis lirik pertamanya bagi lagu "Kenangan", ciptaan Ismail Md. Taib. Menerusi album piring hitam ketujuhnya, yang mengambil namanya sebagai judul album, beliau menulis lirik untuk dua lagu, iaitu "Inikah Manusia" dan "Dalam Keluhan Dara", manakala untuk album Dia Terlupa, beliau menulis lirik untuk tiga lagu, "Dia Terlupa", "Pengajian di Seberang Lautan" dan "Dekatlah Padaku".

Sharifah Aini pada 2011.

Beliau seterusnya merakamkan beberapa lagi album piring hitam, seperti Kau Telah Di Sampingku (1974), Jangan Putarkan Lagumu (1974), Manis-Manis (1975) dan Irama Cintaku (1975) yang mana beliau turut menulis lirik bagi kebanyakan lagu. Sharifah Aini turut merakamkan dua album duet bersama M. Sani. Pada tahun 1975, beliau menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem Permintaan Terakhir yang mana beliau menulis lirik untuk empat lagu nyanyiannya yang dicipta oleh Ahmad Nawab. Sharifah Aini kemudian muncul dengan album runut bunyi filem Hapuslah Air Matamu (1976) bersama penyanyi veteran Indonesia, Broery Marantika. Lagu "Seiring dan Sejalan" dikeluarkan sebagai single utamanya sekaligus melonjakkan nama Sharifah dan Broery.[2]

Kebanyakan lagu nyanyian beliau ialah lagu asal manakala selebihnya ialah lagu saduran dan rakaman semula yang diberikan gubahan baharu dengan tajuk asal bahasa ibundanya termasuk bahasa Inggeris ditukar ke tajuk bahasa Melayu dan komposer asalnya dikreditkan. Pada tahun 1977, Sharifah Aini muncul dengan album trilogi Inilah Laguku. Lagu "Bunga Tanjung" nyanyian asal Rubiah, kemudian dinyanyikan semula oleh Saloma menjadi popular dan menguasai carta lagu Singapura, Penyanyi Pujaan Minggu Ini. Album bahasa Inggeris pertamanya, Forever and Ever menjadi kejayaan komersial apabila ia telah terjual sebanyak 25,000 unit sekaligus mengatasi jualan album Inggeris penyanyi-penyanyi tempatan lain.[3] Bagi membalas jasanya kepada Ahmad Nawab yang telah banyak membantunya memgembangkan bakatnya dalam bidang muzik, beliau melancarkan sebuah lagu bertajuk "Kau Sumber Ilham Seni Ku" yang merupakan hasil nukilan beliau sendiri.[4]

Menerusi kerjasamanya dengan Hamzah Dolmat, Sharifah Aini merakamkan album Lela Manja (1979) yang mengandungi 100% lagu tradisional dan ini menjadikan beliau penyanyi solo pertama yang diberi peluang merakamkan album tradisional.[5][6] Beliau kemudian melancarkan beberapa lagi album sepanjang dekad 1980-an: Just for You (1980), Harum Dalam Kenangan (1982), Kasih (1987) dan Sharifah Aini II (1988). Pada tahun 1995, album secara langsung pertamanya, Seraut Wajah, Semerdu Suara yang mengandungi lagu-lagunya yang dipersembahkan di konsert Tribute to Sharifah Aini Bersama Orkestra Kuala Lumpur. Album ini menjadi kejayaan komersial apabila jualannya melebihi 100,000 unit sekaligus menerima pensijilan platinum.[7][8]

Isi kandungan
A · B · C · D · G · H · I · J · K · L · M · N · O · P · R · S · T · U · W · Z
Kunci
  Menunjukkan lagu yang dirakamkan semula
  Menunjukkan lagu yang merupakan hakcipta terpelihara
Lagu Penyanyi lain Penulis Album Tahun Ruj.
"Aku dan Dia"  – Ahmad Nawab
Din Osman
Aku dan Dia 1971 [9]
"Ayam Den Lapeh"[a]  – Pak Hamid Kekasih Pujaan 1970 [10]
"Dari Masa Hingga Masa"[b]  – P. Ramlee
S. Sudarmaji
Seri Dewi Malam 1970 [11]
"Jasa Ninda"  – Kassim Masdor
Sharifah Aini
Seri Dewi Malam 1970 [11]
"Kenangan"  – Ismail Md Taib
Sharifah Aini
Kekasih Pujaan 1970 [10]
"Kini Hatiku Telah Tertawan"[c]  – Johar Bahar Seri Dewi Malam 1970 [11]
"Kekasih Pujaan"[d]  – Sharifuddin Majid
Wan Ahmad Kamal
Kekasih Pujaan 1970 [10]
"Sejak Berpisah"  – Hakcipta Terpelihara Kekasih Pujaan 1970 [10]
"Seri Dewi Malam"[e]  – Osman Ahmad Seri Dewi Malam 1970 [11]

Lihat juga

sunting

Catatan penjelasan tambahan

sunting
  1. ^ Versi asal nyanyian Oslan Hussin.
  2. ^ Versi asal nyanyian P. Ramlee.
  3. ^ Versi asal nyanyian Rohani B.
  4. ^ Versi asal nyanyian Asiah Tuah.
  5. ^ Versi asal nyanyian Normadiah.

Rujukan

sunting
  1. ^ Nur Kasih (18 Februari 2024). "Jom kenali Biduanita negara Allahyarhamah Datuk Hajjah Sharifah Aini punyai lebih 140 buah album". Nextstep Malaysia. Dicapai pada 11 Julai 2024.
  2. ^ "Lirik lagu dim album Hapusiah Airmata Mu dianggap bermutu". Berita Harian Singapura. 9 Mei 1976. m/s. 7. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  3. ^ "SYABAS, AINI!". Berita Harian Singapura. 8 Januari 1978. m/s. 7. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  4. ^ "Sharifah Aini balas jasa Ahmad Nawab dgn lagu terbaru". Berita Harian Singapura. 20 Mac 1977. m/s. 7. Dicapai pada 17 Julai 2019.
  5. ^ "Sharifah Aini tidak lupakan penerbit2". Berita Harian Singapura. 23 September 1984. m/s. 6. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  6. ^ Mahzan Musa (Februari 2004). "Lela Manja album terbaik Sharifah Aini". Dewan Budaya. Dicapai pada 28 Julai 2019.
  7. ^ Roslen Fadzil (9 Disember 1995). "Sharifah Aini tidak tipu". Harian Metro. Dicapai pada 21 Julai 2019.
  8. ^ Zainal Alam Kadir (14 Disember 1995). "Special album release of Sharifah Aini's concert" [Keluaran album khas konsert Sharifah Aini] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 21 Julai 2019.
  9. ^ Aku dan Dia (Catatan media). Sharifah Aini. EMI Music Malaysia. 1971.CS1 maint: others (link)
  10. ^ a b c d Kekasih Pujaan (Catatan media). Sharifah Aini. EMI Music Malaysia. 1970.CS1 maint: others (link)
  11. ^ a b c d Seri Dewi Malam (Catatan media). Sharifah Aini. EMI Music Malaysia. 1970.CS1 maint: others (link)

Pautan luar

sunting