Senarai karya terbitan Filem Negara Malaysia

Ini ialah senarai karya terbitan Filem Negara Malaysia sejak penubuhannya pada 1946[1] sehingga penggabungannya dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada tahun 2013,[2] terdiri daripada filem dokumentari, filem cereka, subjek animasi pendek, iklan dan pengisi.[3][4][5][6][7] Kebanyakan filem terbitan Filem Negara Malaysia disiarkan di saluran YouTube FINAS di bawah panji Retrospektif.[8]

Filem dokumentari

sunting

Diterbitkan sebagai Malayan Film Unit

sunting

1940-an

sunting
Tajuk Bahasa Tempoh masa Keterangan
1949
Semangat Kinta Melayu/Inggeris 10 minit Merakamkan semangat baru di Lembah Kinta, Perak, dimana pasukan pengawal yang baru, terlatih dan bersenjata, telah ditempatkan di lombong terbiar yang dibuka semula bagi memberikan keselamatan tambahan dalam usaha pencarian bijih timah yang baru bermula.
Kinta Story: The Defence of the Tin Mine Inggeris 20 minit

1950-an

sunting
Tajuk Bahasa Tempoh masa Keterangan
1950
Wanted for Murder Inggeris 20 minit
1951
A Tribute to Sir Henry Gurney Inggeris 14 minit
1952
Acting on Information Inggeris 19 minit
Brunei: The Abode of Peace Inggeris 14 minit Kisah perjuangan Brunei untuk memelihara tamadun primitif yang terbaik sambil menggunakan kemakmuran baru yang dibawa oleh penemuan minyak di wilayah baru, untuk membina jalan raya, sekolah dan hospital.
Badminton, Thomas Cup Matches Melayu/Inggeris 40 minit Merakamkan acara Piala Thomas 1952 di Kuala Lumpur dan Singapura.
Johor Grand Prix Melayu/Inggeris 10 minit Merakamkan rekod yang mendebarkan tentang acara kemuncak perlumbaan kereta dan motosikal 1952 yang diadakan setiap tahun.
Imam Sermon Melayu 10 minit
Sarawak: Land of the Hornbill Melayu/Inggeris 13 minit Filem ini berkisarkan tentang kehidupan zaman moden dan purba negeri Sarawak Bumi Kenyalang.
The Knife Melayu/Inggeris 9 minit
The Magic Word Melayu/Inggeris 10 minit
1953
7th Anniversary of the Malayan Film Unit Inggeris 9 minit Merakamkan sambutan ulang tahun ketujuh penubuhan Malayan Film Unit dan sejarah ringkasnya.
A Better Man Melayu/Inggeris 10 minit
Mari Menyanyi Melayu 7 minit
Building Bonnie Babies Melayu/Inggeris 10 minit
Buffaloes for Ploughing Melayu/Inggeris 10 minit
Chiks Great Adventure Inggeris 14 minit
Before the Wind Melayu 20 minit Diarahkan oleh Mohd Zain Hussain, filem ini berkisarkan tentang cabaran dan perjuangan nelayan di Pantai Timur dalam meningkatkan sosio ekonomi mereka melalui peranan agensi Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (LKKP).
Bekal Sekolah Melayu 13 minit
Kubu Hutan Melayu/Inggeris 15 minit
Journey by Jungle River Melayu/Inggeris 10 minit
The Letter Melayu/Inggeris 18 minit
1954
A Letter From Home Melayu/Inggeris 11 minit Berkisarkan tentang seorang pegawai polis trafik yang berpangkat Konstabel yang menerima surat daripada ibunya mengenai pengalaman keluarganya pada Pilihanraya Majlis Tempatan di kampungnya.
21st Anniversary of the Malay Regiment Melayu/Inggeris 8 minit
Calling All Callers Inggeris 6 minit
British Foreign Secretary Visits Malaya Melayu/Inggeris 10 minit
Down With Dirt Melayu/Inggeris 4 minit
Food for Strength Melayu 10 minit
Eggs Galore Melayu/Inggeris 13 minit
Padi Kunca Melayu/Inggeris 21 minit
Malaya: We Serve to Defend Inggeris 9 minit Merakamkan bagaimana Tanah Melayu membangunkan angkatan tenteranya sejak tamatnya Perang Dunia II.
1955
Golden Queen Inggeris 14 minit Merakamkan penghasilan, penuaian, pengetinan dan pengeksportan nenas di Malaya.
A Helping Hand: The Malayan Red Cross Melayu/Inggeris 13 minit
The Iron Mountain Inggeris 20 minit Bukit Besi, pengeluar terbesar Bijih Besi gred tinggi di Asia. Mendapatkan besi dari Bukit Besi merupakan operasi berjentera. Filem ini memaparkan bagaimana pekerja memulakan kerja mereka pada hari itu dan pulang ke kampung untuk melihat bagaimana hari yang baik bermula untuk keluarga mereka.
Chief Minister Speaking on the Amnesty Inggeris 3 minit
Life Saver Melayu/Inggeris 13 minit Diterbitkan untuk Perkhidmatan Pemindahan Darah Singapura, filem ini memaparkan bagaimana perkhidmatan pemindahan darah dijalankan dengan berkesan.
A Model Polling Station Melayu/Inggeris 27 minit
A Glorious Family Inggeris 7 minit
Kembali ka Nanyang Melayu 7 minit
Bidan Kampong Melayu/Inggeris 9 minit Filem ini berkisarkan tentang seorang bidan kampung yang menjalani latihan di hospital kerajaan sebelum ditugaskan ke kawasan luar bandar.
Fit to Serve Melayu 8 minit
How to Vote Melayu/Inggeris 5 minit
Malacca: Then and Now Melayu/Inggeris 12 minit
Malaya Speaks Inggeris 14 minit Merakamkan pandangan di sebalik operasi Radio Malaya.
1956
Timeless Temiar[9] Melayu/Inggeris 45 minit Merakamkan lanskap sosio budaya suku orang Asli Temiar di Perak dengan pembikinan dan penyampaian bentuk, struktur dan konteks dokumentari bukan konvensional.
British Trade Union Melayu/Inggeris 26 minit
Federation Army Week Melayu/Inggeris 9 minit
Doing Nicely - Thank You Melayu/Inggeris 23 minit
Is Your Slip Showing? Melayu/Inggeris 7 minit
1957
Big Kitchen Melayu/Inggeris 14 minit
Care & Protection of Children Inggeris 12 minit
Cadet Officers Inggeris 6 minit
Fight for Your School Inggeris 19 minit
Jarum Ajaib Melayu 10 minit
1958
Ali Finds a Secret Melayu/Inggeris 9 minit
Brunei Melayu/Inggeris 19 minit Merakamkan kemajuan yang dikecapi oleh negara Brunei Darussalam.
Agong East Coast Tour Melayu/Inggeris 18 minit
Brunei Celebrates Inggeris 19 minit
Cameron Highlands Surrender Melayu/Inggeris 3 minit
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong I Melayu 15 minit Merakamkan sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad.
Kemerdekaan Malaya Melayu/Inggeris 34 minit
Looking After You Melayu/Inggeris 20 minit
Tahun Pertama Melayu/Inggeris 20 minit Ulasan mengenai peristiwa dan pencapaian di Persekutuan Tanah Melayu sejak mencapai kemerdekaannya.
Don't Play with Fire Melayu 7 minit
Malaya dalam Bangsa-bangsa Bersatu Melayu 10 minit
Malaya Celebrates Merdeka Day Melayu/Inggeris 28 minit
1959
A Nation on Show Melayu/Inggeris 10 minit
A Place for Everyone Melayu/Inggeris 16 minit
A Lesson in Adventure Melayu/Inggeris 15 minit
The Big Vote Inggeris 18 minit
Brunei Welcomes Their Majesties Inggeris 16 minit
First Asian Youth Football Melayu/Inggeris 20 minit
Citizen Harry Inggeris 18 minit
Games and Pastime Melayu/Inggeris 12 minit
His Highness the Sultan of Brunei Visits Malaya Melayu/Inggeris 14 minit
It's Not Lost Melayu/Inggeris 13 minit
Magic Servant Melayu/Inggeris 17 minit
Malaya at the United Nations and the Unconquerable Tibet Melayu/Inggeris 16 minit

1960-an

sunting
Tajuk Bahasa Tempoh masa Keterangan
1960
Batu Caves Inggeris 13 minit
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong II Melayu 10 minit Merakamkan sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong kedua, Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah.
1961
Aboard for Congo Melayu/Inggeris 14 minit Filem ini mengisahkan bagaimana Pasukan Khas Malaya menghabiskan masa mereka dengan latihan fizikal, latihan senjata dan sukan semasa pelayaran laut mereka ke Congo.
Sa-Kali Chuchok Terus Semboh Melayu 14 minit Berkisarkan tentang usaha kerajaan dalam membasmi penyakit puru yang merebak di seluruh Tanah Melayu. Pembasmian penyakit ini dilakukan di seluruh kampung. Pesakit yang dijangkiti dikumpulkan untuk menerima suntikan penisilin dan dengan sekali cucuk, terus sembuh. Doktor juga memberi nasihat kepada para penduduk tentang cara mengelak dari terkena jangkitan puru ini.
Malaya Inggeris 24 minit Memaparkan keindahan dan keunikan Malaya melalui kepelbagaian agama, kaum dan budaya dari lensa tiga kumpulan pengunjung dari luar negara.
Agong Tours Kedah and Selangor Melayu/Inggeris 14 minit
A Royal Welcome to Brunei Melayu/Inggeris 17 minit
The Year 1961 Inggeris 24 minit Filem ini mendokumentasikan kepesatan pembangunan Malaya pada tahun 1961.
1962
Ashkar Melayu Brunei Melayu 16 minit Merakamkan kepulangan perajurit pertama Askar Melayu Brunei seramai 59 orang yang pulang bercuti selama 2 minggu setelah menerima latihan di Persekutuan Tanah Melayu selama 6 bulan. Askar-askar ini di sambut meriah oleh DYMM Paduka Seri Maulana As-Sultan Omar Ali Saifuddien serta rakyat Brunei dari seluruh negeri. Turut dirakamkan adalah pengalaman perajurit ini selama menerima latihan di Persekutuan Tanah Melayu bagi menubuhkan sebuah batalion Askar Melayu Brunei.
A Pattern for Prosperity Melayu/Inggeris 19 minit
Persetujuan Malaysia Melayu/Inggeris 14 minit Mengisahkan secara ringkas perkembangan konsep Malaysia dari zaman ia mula digerakkan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sehinggalah tersimpulnya Perjanjian Anglo-Malaya yang bersejarah mengenai Malaysia. Kemuncaknya adalah sambutan besar-besaran di Lapangan Terbang Paya Lebar, Singapura untuk Tunku dan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Asian Badminton Championships Melayu/Inggeris 18 minit
Bahasa Menyatukan Bangsa Melayu 9 minit
Safar Melayu 12 minit Diarahkan oleh Mohd Zain Hussain, filem ini mendokumentasikan Temasya Mandi Safar sebagai satu perayaan orang Melayu yang diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulan kedua di dalam kalendar Islam di tepi pantai. Dalam pertembungan kepercayaan dan adat mengenai nasib, temasya ini juga memperlihatkan sosiobudaya masyarakat dari pelbagai latar yang bersama-sama meraikannya untuk jalinan interaksi, persaudaraan dan perhubungan.
Borneo Welcomes Tunku Abdul Rahman Melayu 10 minit
Bahasa Banggaan Bangsa Melayu 15 minit
Lembaran Baru Melayu/Inggeris 22 minit Diarahkan oleh Goh Meng Kee, filem ini memaparkan bagaimana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melatih seorang budak gelandangan untuk menjadi warganegara yang baik dan berguna.
Cities of Malaya Inggeris 19 minit Dokumentari ini mengisahkan tentang sebuah bandar yang penuh dengan senyuman dan cahaya matahari yang memancar menyambut dan mengalu-alukan pasangan pelawat dari Perancis yang melawat Kuala Lumpur, Johor Baharu, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pualau Pinang dan bandar-bandar di Pantai Barat Malaya.
1963
Perasmian Parlimen Kelima Melayu 19 minit
Milestones to Malaysia[10] Inggeris 26 minit Mendokumentasikan perhubungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan negeri-negeri Borneo. Pelbagai langkah demi langkah dan kemajuan idea dilakukan dalam pemetaan Perjanjian Malaysia yang membawa kepada penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara baharu dengan 14 negeri.
Kembali Ka Brunei Melayu/Inggeris 20 minit
Bulan Bahasa 1963 Melayu 10 minit

Diterbitkan sebagai Filem Negara Malaysia

sunting

1960-an

sunting
Tajuk Bahasa Tempoh masa Keterangan
1963
Kelahiran Malaysia Melayu/Inggeris 36 minit Mendokumenkan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
1964
Bapa Malaysia Melayu/Inggeris 41 minit
Bintara Melayu 8 minit
Blatant Aggression Melayu/Inggeris 12 minit
Bahasa Peribadi Bangsa Melayu 20 minit
Biddy Basketball Melayu 16 minit
1965
Satu Lagi Pencherobohan Gagal Melayu/Inggeris 9 minit
Seruan Suchi Melayu 35 minit
A Plot Exposed Inggeris 19 minit
A Royal Visitor Melayu/Inggeris 9 minit
Bitter Break Melayu 46 minit
Bersatu Berjaya Melayu 30 minit
Baris Tamat Latihan Melayu 10 minit
1966
American President in KL Inggeris 28 minit
To Regret is Already Too Late Inggeris 23 minit Diarahkan oleh Ronnie Tan, filem ini berkisarkan mengenai kepentingan institusi keluarga dan peranan ibu bapa dalam membimbing anak-anak agar tidak terjerumus dalam kancah jenayah.
Berkhidmat Memimpin Umat Melayu/Inggeris 24 minit Diarahkan oleh Lee Meow Seong, filem ini mendokumentasikan mengenai Maktab Tentera DiRaja (dahulu Kolej Tentera Persekutuan) di Sungai Besi pada tahun 1966. Ia turut memaparkan bagaimana institusi ini melatih para kadet di kolej dalam bidang ketenteraan yang mencorakkan mereka sebagai bakal pegawai.
1967
Tarian-tarian Malaysia Melayu/Inggeris 24 minit
Dengan Al-Quran Teguh Persaudaraan Melayu 13 minit
1968
Batik Melayu/Inggeris 11 minit
Bintang Radio 1967 Melayu 19 minit
1969
The Red Book Inggeris 35 minit Dokumentari arahan John Von Kotze ini berkisarkan tentang lanskap keharmonian rakyat Malaysia pelbagai bangsa pasca darurat melalui limpahan pembangunan khususnya di luar bandar.
1st Asian Highway Motor Rally Inggeris 24 minit Mendokumenkan acara perlumbaan kereta lebuhraya yang melibatkan 4 negara - Malaysia, Singapura, Laos dan Thailand.
An Interview with Mr. Chan Inggeris 9 minit
Berusaha Tetap Jaya Melayu 18 minit
Berpadu Mereka Maju Melayu 23 minit
Barisan Hadapan Melayu 23 minit
Beras Bertambah Negara Bertuah Melayu 10 minit

1970-an

sunting
Tajuk Bahasa Tempoh masa Keterangan
1970
Anika Seni Asia Tenggara Melayu 78 minit
Pearl of the Orient Inggeris 20 minit
Agnew di Malaysia Melayu/Inggeris 10 minit
Angkatan Pembena Negara Melayu 19 minit
Adil dan Saksama Melayu 6 minit
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia Melayu 44 minit
Banci dan Orang Ramai Melayu 11 minit
Bolasepak Sekolah-sekolah Antarabangsa Melayu 16 minit
1971
Askar Kita di Sempadan Melayu 20 minit Filem ini memaparkan tentang usaha murni pihak tentera serta kerjasama antara angkatan tentera bersenjata dengan orang awam mengawal di kawasan sempadan dari ancaman pengganas komunis. Turut dirakamkan adalah tugas-tugas dan kehidupan seharian askar-askar kita serta usaha yang dilakukan dalam membentuk kerjasama antara tentera dan rakyat bagi mengawal keamanan dan membangunkan negara.
Ranchangan Membasmi Malaria Melayu 12 minit Menyoroti usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan rancangan untuk membasmi penularan wabak malaria di Malaysia Barat.
Benchana Banjir Melayu 40 minit Merakamkan peristiwa banjir yang berlaku di Semenanjung Malaysia pada awal 1971.
Berchuti Dengan Tentera Melayu 9 minit Merakamkan sekumpulan anak-anak yang tinggal di kawasan Ulu Kelantan dibawa ke Kota Bharu untuk bercuti dan merasai pengalaman bersama angkatan bersenjata selama 3 hari. Program rancangan anak angkat ini dianjurkan oleh pihak tentera dalam usaha menanamkan kefahaman kepada anak-anak muda dan orang awam tentang tanggungjawab pasukan keselamatan dalam menjaga keselamatan dan mempertahankan negara.
Mara Bersama Rukun Negara Melayu 20 minit
1972
Amalan Demokrasi di Sabah Melayu 26 minit
Alat-alat Wayang Kulit Melayu 16 minit
Bakal Bandar Raya Melayu 11 minit
Menuju Kemajuan Melayu 20 minit
Baris Tamat Latihan 1972 Inggeris 11 minit
Sinar Bahagia Melayu 44 minit Diterbitkan untuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), filem ini memaparkan kemudahan-kemudahan perubatan yang disediakan oleh kerajaan untuk kaum Orang Asli berlatarbelakangkan perkampungan orang asli di Sungai Odak, Perak.
Bersama Membangun Masyarakat Sabah Melayu/Inggeris 48 minit
1973
Gasing Melayu 24 minit
Bandar Raya Kuala Lumpur Melayu 12 minit
1974
Bapa Pembangunan Melayu 10 minit
Ke Arah Perpaduan Melayu 43 minit
1975
Angkasapuri Melayu 15 minit Mendokumenkan pandangan dalam Angkasapuri, ibu pejabat Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Bersatu Untuk Negara Melayu 9 minit
Barang-barang Aluminium Melayu 2 minit
Barangan Buatan Malaysia Melayu 3 minit
Balak Melayu 2 minit
Seniman Silam Dalam Kenangan Melayu 100 minit Diterbitkan bersama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM), filem ini diterbitkan sebagai tanda penghargaan buat seniman dan seniwati yang telah meninggalkan jasa kepada dunia seni. Didekasikan melalui persembahan nyanyian, lakonan, lawak jenaka dan tarian secara istimewa oleh barisan bintang seniman hebat seperti Saloma, Saadiah, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Normadiah, Mak Enon, Nona Asiah, Bad Latiff dan ramai lagi.
1976
Demokrasi Berparlimen Melayu 11 minit
Perginya Negarawan Ulung Melayu 28 minit Mendokumenkan pemergian Perdana Menteri kedua, Abdul Razak Hussein.
Berlindung di Malaysia Melayu 13 minit Mengisahkan tentang pelarian-pelarian mangsa peperangan Indo–China yang tiba dari Kemboja diberi perlindungan dibawah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Mangsa yang berjumlah lebih 1500 orang ini disambut mesra oleh rakyat tempatan dan mereka diberi rawatan perubatan, bantuan pakaian, kewangan, tempat tinggal serta pelajaran.
1977
Alat-alat Kebesaran Diraja Melayu 13 minit
Keindahan Negeri Sarawak Melayu/Inggeris 7 minit
1978
Baka Baik Melayu 9 minit
Bersatu Bertambah Mutu Melayu 31 minit
ASEAN Bergembira Melayu 10 minit
Budaya Abadi Melayu 13 minit
1979
Bersama Sefahaman Melayu 10 minit
Bank Simpanan Nasional: Untuk Masa Hadapan Melayu 17 minit Merakamkan sejarah penubuhan Bank Simpanan Nasional (BSN).

1980-an

sunting
Tajuk Bahasa Tempoh masa Keterangan
1980
Berselang-Seli Melayu 35 minit
1981
Anyaman Melayu 1 minit
1982
Negeri Sembilan Dalam Era Pembangunan Melayu 28 minit Merakamkan kemajuan dan pemodenan yang dikecapi oleh Negeri Sembilan.
1983
Labu Sayong Melayu 5 minit Merakamkan pembuatan labu sayong yang dilakukan secara sambilan dan menerangkan bagaimana perubahan tamadun dan pemodenan hidup menukar fungsinya dari bekas menyimpan air minum kepada barangan perhiasan.
1984
Alam Sekitar Memerlukan Anda Melayu 23 minit Menyoroti usaha Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam memelihara alam sekitar.
ASEAN Melayu/Inggeris 37 minit
Atap Nipah Melayu 6 minit
Tarian Ajat Melayu 4 minit
1985
Masjid-masjid di Malaysia Melayu 8 minit Merakamkan dokumentasi rohani mengenai masjid yang dibina di Malaysia.
Pemindahan Raksasa Melayu 18 minit
1986
Istiadat Perkahwinan Diraja Pahang dan Johor Melayu 56 minit
Awasi Jerat Dadah Melayu 24 minit Menyoroti usaha kerajaan dalam membasmi penagihan dadah.
1987
Dari Desa Ke Kampus Melayu 24 minit Mendokumenkan tentang sejarah penubuhan Universiti Malaya (UM).
1988
Rasa Sayang Melayu/Inggeris 36 minit
Keajaiban Tabii Melayu/Inggeris 24 minit
1989
Sukan Asia Tenggara 1989 Melayu 39 minit

1990-an

sunting
Tajuk Bahasa Tempoh masa Keterangan
1990
Mandela Pejuang Kebebasan Melayu 24 minit Mendokumenkan lawatan kerja Nelson Mandela di Malaysia pada November 1990.
Warna Mu Berseri Melayu 14 minit Mendokumenkan tentang kehidupan dan evolusi rama-rama, terutamanya kecantikan warna sayapnya.
Jambori Pengakap Antarabangsa Selangor Darul Ehsan 1990 Melayu 17 minit Merakamkan peristiwa sepanjang Jambori Pengakap Antarabangsa Selangor Darul Ehsan yang diadakan pada 15 sehingga 25 Disember 1990 di Kem Temasya Rimba Templer, Kuala Lumpur.
Dalam Kenangan Tuanku Abdul Rahman Melayu 24 minit Mendokumenkan sejarah hidup bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
1991
Secrets of the Natural Wonder Inggeris 17 minit Merakamkan keindahan Gua Mulu di Sarawak. Penggambaran dokumentari ini diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri ketika itu, Wan Sidek Wan Abdul Rahman.
1992
8th ASEAN EC Ministerial Meeting Inggeris 26 minit
Anyaman Asli Melayu 7 minit
1993
Pua Kumbu Melayu 16 minit Merakamkan keunikan Pua Kumbu.
Anda dan Percukaian Melayu/Inggeris 10 minit
Ekspedisi Rejang Melayu 20 minit
1994
Kehidupan Beragama di Malaysia Melayu/Inggeris 29 minit Filem ini memaparkan kepelbagaian anutan agama di Malaysia dan nilai keharmonian serta toleransi di antara rakyat Malaysia.
Arang Batu Melayu 16 minit
1995
Gunung Tahan Melayu 17 minit Merakamkan ekspedisi menawan puncak Gunung Tahan selama 2 hari 2 malam oleh pasukan ekspedisi yang terdiri daripada anggota ekspedisi, krew penggambaran Filem Negara Malaysia dan renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
1996
World's Wonder Mulu Inggeris 18 minit Mendokumenkan keindahan dan keunikan Taman Negara Mulu, Sarawak.
Sambutan Jubli Emas Filem Negara Malaysia Melayu 50 minit Merakamkan peristiwa sepanjang sambutan ulang tahun penubuhan Filem Negara Malaysia ke-50 yang diadakan pada 1 April 1996.
1997
Hutan Bakau Warisan Negara Melayu 21 minit
Negara Bersih, Rakyat Sihat Melayu 23 minit
1998
Taman Negara: Destinasi Alam Semulajadi Melayu/Inggeris 24 minit Memaparkan keindahan dan keunikan Taman Negara.
Sukan Komanwel ke-16 Melayu/Inggeris 38 minit Merakamkan detik-detik sepanjang acara Sukan Komanwel ke-16 yang berlangsung dari 11 sehingga 21 September 1998.
1999
Meniti Gerbang Kedewasaan Melayu 17 minit Merakamkan tradisi majlis berkhatan oleh masyarakat Melayu beragama Islam.
Hutan Pelindung Alam Melayu 20 minit
Satu Abad Industri Perikanan Melayu 15 minit
Cintailah Sungai Kita Melayu 20 minit
Pengangkutan Nadi Pembangunan Melayu 25 minit
AIDS Pembunuh Melayu 15 minit
Kuala Lumpur Bandarayaku Melayu 15 minit

2000-an

sunting
Tajuk Bahasa Tempoh masa Keterangan
2000
Ubur-ubur Melayu 8 minit
Taman Negara Similajau Melayu 15 minit
Bario Melayu 9 minit
Gunung Sama Di Daki Melayu 19 minit
Terong Emas Melayu 13 minit
2001
Putrajaya: Bandar Pentadbiran Malaysia Melayu 25 minit
Burung-burung Malaysia Melayu 15 minit Mendokumenkan tentang kehidupan dan evolusi pelbagai spesies burung di Malaysia.
Parang Ilang: The Traditional Weapon of Sarawak Inggeris 13 minit Mendokumenkan tentang keunikan tersendiri Parang Ilang, senjata tradisional suku Dayak di Sarawak.
Koridor Raya Multimedia Melayu/Inggeris 25 minit
Air Nadi Kehidupan Melayu 19 minit
Bayu Gemilang Melayu 15 minit
Warga Tua Teras Masyarakat Melayu 19 minit
2002
Banjaran Titiwangsa Melayu 20 minit
Kemangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Melayu 20 minit Mendokumenkan kemangkatan Yang di-Pertuan Agong ke-11, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 21 November 2001.
KLIA Melayu/Inggeris 26 minit Merakamkan sejarah penubuhan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Tanah Lembap Tropika Malaysia Melayu 20 minit
Produk Kebanggaan Negara Melayu 18 minit
Cyberjaya Melayu/Inggeris 20 minit
Kanak-kanak Aset Negara Melayu 22 minit
Rasuah Membawa Padah Melayu 24 minit
2003
Mahathir: Bapa Pemodenan Melayu/Inggeris 20 minit
Tamu Besar Sabah Melayu 16 minit
2004
Perak Penuh Sejarah dan Alam Semulajadi Melayu 5 minit
Secupak Jadi Segantang Melayu 4 minit
Sistem Raja Berperlembagaan Melayu 16 minit
2005
Batik Malaysia: Ciptaan Untuk Dunia Melayu 17 minit
2006
Bandar-bandar Malaysia Melayu 18 minit
2007
Tunku: Bapa Kita Melayu 42 minit
2008
Negeri-negeri di Malaysia Melayu 15 minit Mendokumentasikan sejarah menarik 14 negeri dalam Malaysia.
2009
Malaysia: Negara Kita Melayu 40 minit

2010-an

sunting
Tajuk Bahasa Tempoh masa Keterangan
2010
Perayaan di Malaysia Melayu 12 minit
2011
Maktab Kirkby Satu Wawasan Melayu 41 minit

Siri dokumentari

sunting
Tahun Tajuk Bahasa Tempoh masa
Anika Warna
1960 Anika Warna episod 1 Melayu 10 minit
Aseanika
1978 Aseanika II bahagian 1 Melayu 8 minit
Aseanika II bahagian 2 Melayu 11 minit
Aseanika II bahagian 3 Melayu 9 minit
Aseanika II bahagian 4 Melayu 11 minit
Aseanika II bahagian 5 Melayu 9 minit
Asli Abadi
1972 Siri 1: Tarian Petani Melayu 10 minit
Siri 2: Tarian Taman Larangan Melayu 9 minit
Siri 3: Tarian Asli Abadi Melayu 8 minit
1973 Siri 4: Tarian Jinkling, Nona, Zapin dan Inang Kayangan Melayu 11 minit
Siri 5: Taridra Ramayana dan Tarian Gunung Banang Melayu 10 minit
Siri 6: Tarian Payung, Piring dan Sapu Tangan Melayu 10 minit
Siri 7: Tarian Asyik, Sumazau dan Canggung Melayu 9 minit
Fokas Ke Sabah
1980 Detik Gemilang Dalam Sejarah Melayu/Inggeris 24 minit
Fokas Ke Sarawak
1976 Perayaan Melayu/Inggeris 15 minit
Kesah Kampong Kita
1965 Sesal Kemudian Kerugian Melayu 32 minit
1967 Semangat Padi Baru Melayu 61 minit
Dewasa Membawa Bahagia Melayu 55 minit
1969 Jiwa Merdeka Melayu 39 minit
1970 Keazaman Puncha Kemaamoran Melayu 90 minit

Filem cereka

sunting
Tajuk Pelakon Tarikh tayangan Sinopsis
Abu Nawas Nona Asiah, Ismail Kassim 1957 Filem ini mengisahkan tentang ancaman tentera Komunis sepanjang darurat dari 1948 sehingga 1960.

Animasi

sunting
Tajuk Tahun Sinopsis
Hikayat Sang Kancil 1983

Iklan televisyen

sunting
Tajuk Tahun Sinopsis
Bunuhlah Nyamuk Aedes 1979

Rujukan

sunting
  1. ^ "Senarai karya". Filem Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2006. Dicapai pada 24 November 2010.
  2. ^ FINAS and Filem Negara Malaysia to merge Diarkibkan 2018-02-19 di Wayback Machine The Malaysian Times (29 November 2012). Retrieved 19 February 2013.
  3. ^ Filem-filem Terbitan Filem Negara Malaysia (1969–1979). Petaling Jaya, Selangor, Malaysia: Filem Negara Malaysia. ISSN 0126-7744.
  4. ^ Filem-filem Terbitan Filem Negara Malaysia (1980–1988). Petaling Jaya, Selangor, Malaysia: Filem Negara Malaysia. ISSN 0126-7744.
  5. ^ Filem-filem Penerbitan Filem Negara Malaysia (1989–1995). Petaling Jaya, Selangor, Malaysia: Filem Negara Malaysia. ISSN 0126-7744.
  6. ^ Filem-filem Penerbitan Filem Negara Malaysia (1996–2001). Petaling Jaya, Selangor, Malaysia: Filem Negara Malaysia. ISSN 0126-7744.
  7. ^ Filem-filem Penerbitan Filem Negara Malaysia (2002–2009). Petaling Jaya, Selangor, Malaysia: Filem Negara Malaysia. ISSN 0126-7744.
  8. ^ "RETROSPEKTIF". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Dicapai pada 23 September 2023 – melalui YouTube.
  9. ^ "Timeless Temiar is a fascinating film" [Kaum Temiar Asali ialah sebuah filem yang mengagumkan] (dalam bahasa Inggeris). The Singapore Free Press. 20 Julai 1957. m/s. 3. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  10. ^ "TAYANGAN FILEM MALAYSIA MULAI ESOK". Berita Harian. 12 September 1963. Dicapai pada 18 April 2015.

Pautan luar

sunting