Senarai episod BoBoiBoy Galaxy
rencana senarai Wikimedia
BoBoiBoy Galaxy ialah sebuah siri animasi sekuel yang diterbitkan oleh Animonsta Studios yang mengisahkan pengembaraan seorang adiwira Bumi, BoBoiBoy, dalam misinya untuk menyelamatkan robot berteknologi tinggi yang dikenali sebagai Power-Power Sphera dan pada masa yang sama mempertahankan galaksi.
Siri BoBoiBoy Galaxy turut diterbitkan dalam format gambar HDTV, dan musim pertamanya disiarkan di TV3 dari 25 November 2016 hingga 11 Julai 2018, dan Disney Channel Asia mulai 26 Jun 2017. Slogan kata pilihan siri ini iaitu "terbaik" masih digunakan dalam hampir setiap episod dalam musim pertama.
Pada Disember 2023, BoBoiBoy Galaxy kembali untuk musim ke-2.[1][2][3]
Gambaran Keseluruhan Siri
suntingSiri | Episod | Tayangan asal | |||
---|---|---|---|---|---|
Tayangan pertama | Tayangan terakhir | ||||
1 | 24 | 25 November 2016 | 22 Jun 2018 | ||
2 | TBA | 3 Disember 2023 | TBA |
Senarai episod
suntingMusim 1 (2016–2018)
suntingEpisod | Tajuk | Tarikh siaran pertama | ||
---|---|---|---|---|
TV3 | MNCTV | |||
1 | "BoBoiBoy Kembali!" | 25 November 2016 | 14 Januari 2017 | |
Koko Ci dan MotoBot telah terperangkap di angkasa lepas dari kumpulan pemburu Power Sphera. Anak-anak kapal Lanun Angkasa menuju ke kapal angkasa Koko Ci dan BoBoiBoy dan Gopal mengambil peluang itu untuk menjadi wira dengan mengalahkan pemburu Power Sphera itu. | ||||
2 | "MotoBot!" | 2 Disember 2016 | 21 Januari 2017 | |
Adu Du dan Probe tiba di Bumi dan telah menculik Power Sphera MotoBot. Kemudian Koko Ci cuba mengesan lokasi MotoBot dengan pertolongan daripada Ochobot, BoBoiBoy dan Gopal untuk menyelamatkan MotoBot. | ||||
3 | "Raksasa Gurunda" | 9 Disember 2016 | 28 Januari 2017 | |
Ahli kadet baru dalam TAPOPS, BoBoiBoy dan Gopal telah dihantar ke Planet Gurunda untuk memulakan misi mencari Power Sphera dengan pertolongan daripada dua rakan lama mereka. | ||||
4 | "Gergasi Cattus" | 16 Disember 2016 | 4 Februari 2017 | |
BoBoiBoy dan rakan-rakannya meneruskan misi mereka dalam mencari Power Sphera di samping bertemu dengan penduduk asing di Planet Gurunda. | ||||
5 | "Daun VS Lanun" | 23 Disember 2016 | 11 Februari 2017 | |
Selepas kembali ke Planet Bumi dari misi mereka di Planet Gurunda, BoBoiBoy dan rakan-rakannya tiba-tiba diserang oleh Lanun Angkasa, yang berniat untuk mencuri semua Power Sphera. | ||||
6 | "Fang Penyelamat" | 30 Disember 2016 | 18 Februari 2017 | |
BoBoiBoy dan rakan-rakannya menaiki kapal angkasa Koko Ci dan menuju ke Stesen Angkasa TAPOPS. Mereka ditimpa masalah apabila berhenti di suatu tempat larangan dan terpaksa berlawan dengan Nyamuk Amok dengan pertolongan daripada seorang sahabat lama. | ||||
7 | "Joe Ker tu?" | 17 Mac 2017 | 1 April 2017 | |
Koko Ci dan yang meneruskan perjalan mereka ke Stesen Angkasa TAPOPS. Namun, mereka telah menerima panggilan kecemasan dari HQ TAPOPS yang melaporkan bahawa stesen tersebut telah diserang, jadi mereka segera teleport ke sana dengan Kuasa Teleportasi Ochobot. | ||||
8 | "Misi Dobi TAPOPS" | 24 Mac 2017 | 8 April 2017 | |
BoBoiBoy, Gopal dan Fang telah diberikan tugasan untuk menghantar tiga bungkusan dobi kepada penerima misteri di Planet Dargha'ya, sebuah planet yang berbahaya, tetapi kelihatan ada musuh yang telah bersedia untuk mensabotaj misi mereka. | ||||
9 | "Pukauan Katakululu" | 26 Mei 2017 | 3 Jun 2017 | |
BoBoiBoy, Gopal dan Fang yang masih berada di Planet Dargha'ya cuba untuk mencari penerima bungkusan dobi itu untuk terus menyelesaikan misi. Bagaimanapun, misi mereka terganggu apabila Adu Du yang telah dipukau oleh seekor katak menyerang mereka. | ||||
10 | "Ujian KENTAL" | 1 Jun 2017 | 10 Jun 2017 | |
Setelah kembali ke Stesen Angkasa TAPOPS, Tarung marah selepas mengetahui yang BoBoiBoy dan Gopal merupakan ahli TAPOPS. Dengan itu, Tarung memberikan mereka beberapa ujian untuk menentukan kelayakan menjadi ahli TAPOPS. | ||||
11 | "Pertarungan Hangat" | 8 Jun 2017 | 17 Jun 2017 | |
BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal dihantar oleh Koko Ci dan Tarung ke Planet Volkania untuk menjalankan Ujian Kental. Di sana, mereka perlu kalahkan Pasukan A dan dapatkan Power Sphera yang terletak di puncak gunung berapi. | ||||
12 | "Si Penceroboh Panto" | 15 Jun 2017 | 24 Jun 2017 | |
Seorang pencuri alien bernama Panto telah datang ke TAPOPS untuk mencuri Power-Power Sphera berharga. | ||||
13 | "Sarkas Kegelapan" | 22 Jun 2017 | 1 Julai 2017 | |
BoBoiBoy dan kawan-kawannya pergi ke Planet Sarkas untuk mendapatkan semula Power-Power berharga yang dicuri tempoh hari. Kemudian mereka berhadapan dengan seorang clawndiator teragung, Jugglenaut. | ||||
14 | "Kemunculan Halilintar" | 1 Disember 2017 | 9 Disember 2017 | |
BoBoiBoy dan rakan-rakannya berhadapan dengan Jugglenaut dan berada di ambang kekalahan, tetapi pada masa yang sama tibanya bantuan dari seorang sahabat lama dan bangkitnya sebuah kuasa elemental baru. | ||||
15 | "Perlumbaan Nova Prix" | 8 Disember 2017 | 16 Disember 2017 | |
Laksamana Tarung memberikan arahan kepada BoBoiBoy dan rakan-rakannya untuk menyertai dan memenangi Perlumbaan Angkasa Nova Prix untuk mendapatkan Power Sphera bernama TrophyBot. | ||||
16 | "Loopa Lupa?" | 15 Disember 2017 | 21 Disember 2017 | |
BoBoiBoy dan rakan-rakannya pulang ke Bumi setelah Laksamana Tarung memberikan cuti kepada mereka. | ||||
17 | "Gelora BoBoiBoy Air" | 22 Disember 2017 | 30 Disember 2017 | |
Raksasa batu lava bernama Roktaroka datang ke Bumi untuk membalas dendam terhadap BoBoiBoy! | ||||
18 | "Dendam A.B.A.M." | 29 Disember 2017 | 7 Januari 2018 | |
Cattus mula mengamuk di Stesen Angkasa TAPOPS apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada keluarganya di Planet Gurunda, maka BoBoiBoy dan rakan-rakannya pergi ke sana untuk menyiasat. | ||||
19 | "Pencetak Rompak" | 17 Mei 2018 | 19 Mei 2018 | |
BoBoiBoy dan rakan-rakannya dalam perjalanan pulang ke Stesen Angkasa TAPOPS setelah berjaya menyelesaikan satu misi. Namun, dalam perjalanan pulang mereka menghadapi masalah dan terpaksa meminta bantuan di planet terdekat. Tanpa diduga mereka terpaksa berhadapan dengan alien penjenayah cetak rompak yang sangat dikehendaki TAPOPS. | ||||
20 | "Manipulasi Emosi" | 24 Mei 2018 | 26 Mei 2018 | |
Selepas pulang ke Stesen Angkasa TAPOPS, sebuah Power Sphera bernama EmotiBot telah memanipulasi rakan-rakan BoBoiBoy dengan emosi. Keadaan menjadi semakin cemas apabila Tarung menjadi ganas disebabkan oleh emosi yang tidak dapat dikawal, apatah lagi dia hendak menggunakan kuasanya. Dapatkah BoBoiBoy dan rakan-rakannya menyelesaikan masalah ini? | ||||
21 | "Jagara Si Jaga" | 7 Jun 2018 | 2 Jun 2018 | |
Disebabkan BoBoiBoy tidak berjaya dalam mendapatkan maklumat tentang kuasa cahaya, dia dan rakan-rakannya pergi ke Planet Junkberg untuk cuba meminta bantuan daripada DataBot. Tetapi, mereka perlu menjawab soalan-soalan kepandaian daripada Jagara supaya mereka boleh masuk ke dalam Kapal Arkib Angkasa. | ||||
22 | "Misi Koloni Lanun" | 14 Jun 2018 | 9 Jun 2018 | |
TAPOPS telah menerima risikan daripada Kapten Kaizo bahawa Stesen Sunnova akan diserang oleh Lanun Angkasa, oleh itu BoBoiBoy dan kawan-kawannya ditugaskan untuk pergi ke Koloni Lanun Angkasa untuk menyertai Kapten Kaizo dalam operasi penyamaran. | ||||
23 | "Ancaman Armada" | 22 Jun 2018 | 16 Jun 2018 | |
Kuasa Teleportasi milik Ochobot lebih menguntungkan bagi Kapten Vargoba daripada menyerang Sunnova Station. Oleh itu, ahli-ahli TAPOPS perlu menghalang Kapten Vargoba daripada mendapatkan apa yang diingininya, walau mereka perlu berjuang di Stesen TAPOPS sekalipun. | ||||
24 | "Sinaran Penamat" | 22 Jun 2018 | 23 Jun 2018 | |
BoBoiBoy menggunakan kuasa elemental cahayanya untuk mengimbangi dengan kuasa magnet Kapten Vargoba yang hampir mustahil untuk dilemahkan. |
Musim 2 (2023–2025)
suntingEpisod | Tajuk | Tarikh siaran pertama | ||
---|---|---|---|---|
YouTube Netflix |
TV3 TV9 | |||
1 | "Kembali Beraksi!" | 3 Disember 2023 | 13 Disember 2023 | |
Dalam insiden lepas, BoBoiBoy berjaya mengalahkan Retak'ka, penguasa Elemental yang kejam. Walaupun galaksi kembali aman, tetapi BoBoiBoy perlu mempelajari Kuasa Elemental Tahap Ketiga demi mengekalkan keamanan sejagat. | ||||
2 | "Rahsia King Balakung" | 10 Disember 2023 | 14 Disember 2023 | |
Tanpa disangka-sangka, Planet Rimbara merupakan bekas jajahan King Balakung, pemilik asal Kuasa Elemental Balak yang tewas di tangan Retak'ka. Dapatkah BoBoiBoy membongkar rahsia King Balakung dan mendapatkan Kuasa Elemental Balak? | ||||
3 | "Resepi Warisan Terulung!" | 17 Disember 2023 | 20 Disember 2023 | |
Akibat pembelotan Qually, BoBoiBoy dan rakan-rakan kembali pada Tuan Guru Gaharum dengan tangan kosong. Namun begitu, BoBoiBoy diberi satu lagi peluang untuk membuktikan kesungguhannya. Siapakah yang bakal mewarisi ilmu turun-temurun Tuan Guru Gaharum? BoBoiBoy atau Qually? | ||||
4 | "Belantara Penuh Bahaya!" | 21 Disember 2023 | 21 Disember 2023 | |
Setelah menerima benih Oakuat dari Tuan Guru Gaharum, BoBoiBoy kini bersemangat untuk mempelajari Kuasa Elemental Tahap Ketiga. Akan tetapi rancangan BoBoiBoy berjaya dihidu musuh yang licik dan penuh muslihat. Pertarungan dua seteru ini membawa mereka ke sebuah dunia yang buas dan liar: Planet Kadruax! | ||||
5 | "Puak Purba Kadruax!" | 24 Disember 2023 | 27 Disember 2023 | |
Setelah bersemuka dengan gerombolan Tumbosaur di Planet Kadruax, BoBoiBoy dan rakan-rakan berusaha melepaskan diri demi menjejak Power Sphera Pasubot yang amat berharga. Namun ada satu lagi kejutan sedang menanti mereka di belantara Kadruax, yang boleh membuatkan rancangan mereka jadi kucar-kacir. | ||||
6 | "Paduan Dua Kuasa" | 28 Disember 2023 | 28 Disember 2023 | |
BoBoiBoy Solar, BoBoiBoy Duri dan Ying telah pun tiba di Piramid Baja, tempat tersimpannya Power Sphera Pasubot. Mampukah mereka menyelamatkan Pasubot sebelum Adu Du dan Probe? Atau adakah Adu Du berjaya memperoleh Power Sphera tersebut dan mengeluarkan kuasa terpendam dalam dirinya? | ||||
7 | "Pelawat Misteri" | 1 Jun 2024 | 2 Jun 2024 | |
Dengan bantuan Pasubot, benih Oakuat pemberian Tuan Guru Gaharum kini membesar dengan suburnya. Malangnya, kegembiraan BoBoiBoy tidak kekal lama apabila rakan karibnya Gopal diculik oleh seorang musuh misteri. Apa matlamat sebenar si penculik misteri itu? Mampukah BoBoiBoy menewaskannya dan menyelamatkan Gopal? | ||||
8 | "Pergolakan Di Windara" | 8 Jun 2024 | 9 Jun 2024 | |
BoBoiBoy dan rakan-rakan menerima jemputan daripada Kuputeri dan Maripos untuk melihat sendiri keadaan di Planet Windara yang kini diperintah oleh seorang penjahat yang tamakkan kuasa bernama Reramos bersama gerombolan bala tenteranya. Namun rancangan mereka telah berjaya dihidu oleh penjahat tersebut. Dapatkah wira-wira Bumi itu tiba di Planet Windara dengan selamat? Atau adakah mereka akan tewas dilanda badai Windara yang mengganas? | ||||
9 | "Terkandas" | 15 Jun 2024 | 16 Jun 2024 | |
BoBoiBoy telah terpisah daripada rakan-rakan serta Kuputeri dan Maripos. Kini terkandas bersama Fang, berusaha untuk cuba menghubungi rakan-rakan mereka. Dapatkah wira-wira Bumi ini bertemu semula setelah dipisahkan? | ||||
10 | "Istana Kupuri" | 22 Jun 2024 | 23 Jun 2024 | |
Masa semakin suntuk bagi Planet Windara, kerana Reramos telah merancang untuk menggunakan kuasa Kuputeri bagi mengawal minda penduduk planet tersebut. Dengan bantuan Maripos, BoBoiBoy dan rakan-rakannya perlu menyelinap ke dalam Istana Kupuri untuk menyelamatkan Kuputeri sekaligus menghentikan rancangan jahat Reramos. | ||||
11 | "Kesatria Windara" | 29 Jun 2024 | 30 Jun 2024 | |
BoBoiBoy dan Maripos telah terperangkap dalam cengkaman Reramos, dan rancangan jahat maharaja yang kejam itu untuk menguasai minda penduduk planet Windara menggunakan kuasa Kuputeri kini di ambang kejayaan. Adakah kawan-kawan BoBoiBoy akan berjaya menyelamatkan mereka sebelum semuanya terlambat? | ||||
12 | "Pertarungan Demi Windara" | 6 Julai 2024 | 7 Julai 2024 | |
BoBoiBoy bertembung dengan musuh baharu yang menakutkan apabila Reramos bertukar menjadi makhluk yang menyerupai labah-labah gergasi. Untuk mengalahkannya, BoBoiBoy perlu mengeluarkan kuasa yang lebih hebat daripada apa yang pernah digunakannya sebelum ini. | ||||
13 | "Berjuang Tanpa Gentar" | 21 Disember 2024 | TBA | |
Dalam perjalanan untuk mendapatkan maklumat tentang Panglima Pyrapi, BoBoiBoy dan rakan-rakan menerima isyarat kecemasan dari kilang robot NuBot. Di sana, BoBoiBoy, Gopal, Qually dan Ochobot berdepan dengan musuh baharu yang tak disangka-sangka yang memaksa BoBoiBoy menggunakan kuasa fusion baharu, BoBoiBoy Gentar! | ||||
14 | "Wira Dalam Bahaya" | 28 Disember 2024 | TBA | |
Setelah mendapat tahu bahawa isyarat kecemasan tersebut datang dari seseorang yang berkongsi sejarah silam dengan mereka, BoBoiBoy Gentar bersetuju untuk membantu menyelamatkan teman beliau daripada Rosaksa yang menakutkan itu. Namun BoBoiBoy Gentar menghadapi pergelutan peribadi yang menyebabkan situasi menjadi lebih rumit. | ||||
15 | TBA | 4 Januari 2025 | TBA | |
16 | TBA | 11 Januari 2025 | TBA | |
17 | TBA | TBA | TBA | |
18 | TBA | TBA | TBA | |
19 | TBA | TBA | TBA | |
20 | TBA | TBA | TBA | |
21 | TBA | TBA | TBA | |
22 | TBA | TBA | TBA | |
23 | TBA | TBA | TBA | |
24 | TBA | TBA | TBA |
Rujukan
sunting- ^ "BoBoiBoy Galaxy Musim 2 Teaser Trailer". YouTube.
- ^ "BoBoiBoy Galaxy Musim 2 temui peminat pada Disember". Astro Awani. Dicapai pada 21 Aug 2023.
- ^ "Boboiboy Galaxy musim kedua Disember". Berita Harian. Dicapai pada 23 Aug 2023.