Senapang
Senapang (disebut [sĕ.na.pang], Jawi: سناڤڠ ) ialah sejenis senjata api terdiri daripada suatu laras panjang – lebih besar dan panjang daripada pistol dan lebih kecil serta pendek daripada meriam – yang diisi dengan peluru.[1]
Perkataan ini meminjam dari Belanda: snappaan[2] iaitu sejenis senjata api mudah alih berlaras panjang dan berkancing batu api yang agak berbeza daripada apa yang biasa diketahui masyarakat setempat pada ketika itu;[3][4] ia datang dari cara senjata ini digunakan dengan menarik (snappen) bahagian kancing jenis sebegitu (haan).[2]
Kegunaan
suntingIa lazim digunakan sebagai alat mempertahankan diri atau mengawal keadaan (seperti menyuraikan rusuhan atau tunjuk perasaan) baik secara persendirian mahupun dalam kalangan pengawal keselamatan dan askar; senapang-senapang ini diisi peluru getah mengurangkan risiko kecederaan awam.
Alat ini juga cocok untuk memburu lagi-lagi di kawasan kurang berpenghuni.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ 'senapang'. Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ a b M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "snaphaan". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.
...voor de secundaire betekenis ‘geweer’ moet gedacht orden aan het ‘snappen’ van de haan op de vuursteen.
CS1 maint: multiple names: editors list (link) - ^ Mohd Dasuki Wan Hasbullah; Othman Mohd Yatim (2013). "Teknologi Istinggar: Beberapa Ciri Fizikal dalam Aplikasi Teknikalnya" (PDF). IMAN: International Journal of the Malay World and Civilisation. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1 (3): 51–59.[pautan mati kekal]
- ^ Crawfurd, John (1856). A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries. Bradbury and Evans.