Semenanjung Taman
Semenanjung Taman (bahasa Inggeris: Taman Peninsula) ialah semenanjung yang terletak di Jajahan Krasnodar, Rusia. Dibatasi di sebelah utara oleh Laut Azov, di sebelah barat oleh Selat Kerch dan di sebelah selatan pula oleh Laut Hitam. Pada zaman dahulu, koloni Greek Pontic Germonassa dan Phanagoria terletak di semenanjung ini.