Sembahyang Kristian
Sembahyang ialah satu amalan yang penting dalam agama Kristian, dan terdapat beberapa bentuk "Sembahyang Kristian".[1]
Sembahyang Kristian itu pelbagai: ia boleh jadi sembahyang spontan, ataupun dibaca sepenuhnya daripada teks, seperti Kitab Sembahyang Umum (Book of Common Prayer) Anglican. Sembahyang yang paling biasa di kalangan penganut Kristian ialah "Doa Bapa Kami", yang mengikut Gospel ialah cara Jesus mengajar para pengikutnya bersembahyang.[2] "Doa Bapa Kami" merupakan model buat sembahyang puji-pujian, pengakuan dan permohonan dalam agama Kristian.[2]
Gambaran sembahyang tiga peringkat Kristian adalah seperti berikut: sembahyang bermula dengan sembahyang lisan, kemudian beralih kepada bentuk yang lebih berstruktur dalam erti kata meditasi, dan kemudian sampai kepada tahap lapisan-lapisan meditasi.[3][4]
Terdapat dua keadaan asas buat sembahyang Kristian: korporat (atau awam) dan peribadi (berseorangan). Sembahyang korporat termasuk sembahyang dalam konteks ibadat yang dibuat beramai-ramai ataupun di tempat-tempat awam. Sembahyang-sembahyang sedemikian boleh mengambil bentuk sembahyang formal yang tertulis atau sembahyang tak formal yang dilakukan secara spontan (extemporaneous). Sembahyang peribadi dilakukan dengan individu itu bersembahyang sama ada dengan senyap ataupun kuat dalam sekitaran peribadi.
Sembahyang dapat dilakukan dalam pelbagai konteks ibadat dan mungkin mengambil bentuk berlainan. Konteks-konteks ini termasuk:
Liturgi:
Sering kelihatan dalam Gereja Katolik. Ini merupakan sembahyang yang sangat ortodoks. Dalam Mass Katolik, yang sebenarnya sembahyang dalam bentuk liturgi, terdapat pembacaan Kitab Bible dan khutbah.
Bukan liturgi:
Sering dilihat dalam Gereja Evangelis, sembahyang bentuk ini sering tidak menggunakan teks bertulis dan bentuknya lebih tak formal. Kebanyakan sembahyang sedemikian adalah dilakukan secara spontan.
Berkarisma: Sering dilihat dalam gereja Gospel. Bentuk ini merupakan bentuk utama sembahyang dalam Gereja Pentekosta. Acara memuatkan nyanyian dan tarian dan tidak ada struktur yang dapat dilihat.
Rujukan
sunting- ^ Philip Zaleski, Carol Zaleski (2005). Prayer: A History. Houghton Mifflin Books. ISBN 0-618-15288-1.
- ^ a b Examining Religions: Christianity Foundation Edition by Anne Geldart 1999 ISBN 0-435-30324-4 page 108
- ^ Simple Ways to Pray by Emilie Griffin 2005 ISBN 0-7425-5084-2 page 134
- ^ "The Christian tradition comprises three major expressions of the life of prayer: vocal prayer, meditation, and contemplative prayer. They have in common the recollection of the heart" (Catechism of the Catholic Church, 2721).