Semachrysa jade ialah spesies sibur-sibur hijau yang terdapat di negeri Selangor dan Sabah, Malaysia. Setakat ini, amat sedikit spesimen ditemui, semuanya betina. Terdapat tanda hitam di kedua-dua sayapnya, yang membezakannya daripada 14 spesies lain dalam genus Semachrysa.[1]

Semachrysa jade
Semachrysa jade betina
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Infrakelas:
Superorder:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
S. jade
Nama binomial
Semachrysa jade
Winterton & Guek & Brooks, 2012[1]

Spesies ini dijumpai apabila jurugambar amatur Malaysia memuat naik gambar di laman perkongsian foto Flickr. Ahli entomologi California melihatnya dan tidak dapat mengenalpasti spesies itu. Akhirnya, dia menghubungi jurugambar itu dan mendapat spesimen. Ujian lanjut di Muzium Sejarah Semulajadi, London mengesahkannya spesies baru. Penemuannya dianggap sebagai kejayaan sains masyarakat.

Spesies ini telah disenaraikan antara Spesies Baru 2013 Top 10 dijumpai pada 2012 yang dipilih Institut Antarabangsa untuk Eksplorasi Spesies di Arizona State University daripada 140 spesies tercalon. Sifat tersendirinya ialah menyerupai ular berbisa dan kewujudanya di kawasan eksploitasi antropogen. Pemilihan diterbitkan pada 22 Mei 2013.[2][3]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b doi:10.3897/zookeys.214.3220
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  2. ^ Newswise (22 May 2013). "Scientists Announce Top 10 New Species". Arizona State University College of Liberal Arts and Sciences. Newswise, Inc. Dicapai pada 2013-05-23. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)
  3. ^ Arizona State University College of Liberal Arts and Sciences (22 May 2013). "Top 10 new species of 2012". ScienceDaily. ScienceDaily, LLC. Dicapai pada 2013-05-23. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)

Pautan luar

sunting