Perkataan Selawat atau Salawat ( Arab: الصلوات ) diambil dari perkataan solat ( Arab: الصلاة ), beerti doa, pujian. Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kepada Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad .[1]"

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya yang meriwayatkan dari Al-Bukhari, telah berkata Abu `Aliyah:

Selawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat. Dan Selawat Malaikat ialah doa. Dan Selawat orang Mukmin ialah memohon rahmat kepada/daripada Allah ke atas Nabi Muhammad [2]

Allah turut berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ahzab pada ayat ke-56 tentang berselawat:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

Ayat tersebut menjelaskan antara banyak-banyak perlakuan ibadah yang dilakukan oleh manusia, hanya selawat sahaja yang turut dilakukan oleh Allah bersama para malaikat.

Kepentingan Selawat

sunting

Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi . Malah, begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana hal ini disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad :

"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi "

Riwayat Ad-Dailami

Seperti yang disebut dalam Al-Quran, Allah meletakkan keutamaan dan kepentingan selawat pada kedudukan yang tinggi. Disebabkan umat manusia, terutamanya golongan yang termasuk dalam umat akhir zaman melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari terutamanya yang hidup jauh daripada zaman Nabi dari segi jarak dan juga zaman. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam sehingga iman umat ini diibaratkan senipis kulit bawang dan turut diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Atas kehendak Allah jualah yang menerima dan mengabulkan doa hamba-hamba-Nya, Allah menyeru hamba-Nya untuk berselawat kepada Nabi dahulu sebelum berdoa agar peluang untuk dikabulkan adalah lebih.

Hal ini disebutkan oleh ramai para ulama tentang amalan dalam ibadah dan doa bahawa berselawat kepada Nabi ibarat pengesahan dan sokongan daripada baginda . Hal ini turut dinamakan sebagai tawassul (mencari laluan) atau tabarruk (menumpang berkat). Analogi yang digunakan adalah apabila seseorang membuat suatu permohonan kepada orang atasan dan permohonan tersebut turut diaju oleh ramai orang lagi. Maka, untuk membuatkan permohonannya itu lebih istimewa, orang tersebut akan mencari laluan yang mudah dengan menyertakan sekali pengesahan atau sokongan orang yang terkenal atau orang yang rapat dengan pihak atasan tadi agar memudahkan permohonan kita diterima. Perihal ini turut sama dalam berdoa, apabila kta menggunakan selawat sebagai pengesahan lebih-lebih lagi oleh Nabi Muhammad, nabi kepada umat akhir zaman dan juga kekasih Allah.

Lafaz Salawat

sunting

Terdapat beberapa riwayat tentang lafaz salawat yang dianjurkan. Antaranya ialah seperti berikut:

Bacaan umum

sunting

Selawat yang umum kebanyakannya adalah pernyataan doa yang meminta kepada Allah agar dilimpahkan selawat kepada baginda Nabi . Daripada pernyataan umum tersebut, selawat dipelbagaikan dengan penambahan puji-pujian, memasukkan sekali ahli keluarga dan sahabat baginda, diselitkan jugadoa dan permohonan keampunan, rahmat dan bermacam-macam lagi sehingga menjadi susunan ayat yang indah. Tidak kira apa juga susunan ayat selawat, inti utama selawat itu adalah pernyataan yang kita berharap agar Allah melimpahi selawat kepada Nabi Muhammad .

Sebutan Makna Bacaan
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
[An-Nasa'iy/ 1292, sahih]
Allahumma salli 'ala muhammadin 'abdika warasulika n-nabiyyi l-ummiyyi wa'ala aalihi wasahbihi wasallim Ya Allah, berilah selawat kepada penghulu kami Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu Nabi yang Ummi (tidak boleh membaca) dan kepada keluarga baginda dan sahabat baginda beserta sejahtera. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Selawat Ibrahimiah

sunting

Selawat ini dinamakan juga sebagai Selawat Ibrahimiah kerana selawat ini menyebut sekali nama Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya yang turut disampaikan selawat. Selawat ini juga merupakan satu penghormatan kepada Nabi Ibrahim a.s yang turut digelar sebagai "Bapa Para Nabi a.s", malah baginda Nabi Muhammad sendiri berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim melalui Nabi Ismail a.s.

Selawat ini turut dibacakan dalam Tahiyat Akhir dan kekalnya nama Nabi Ibrahim a.s di dalam bacaan Tahiyat di dalam sembahyang merupakan satu penghormatan dan doa yang dikabulkan oleh Allah kepada baginda a.s sesuai dengan apa yang dinyatakan dalam firman-Nya:

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian..."

Al-Quran, Surah Asy-Syu'ara ayat 83 & 84

Sebutan Makna Bacaan
Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti selawat-Mu kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[An-Nasa'iy/ 1289, sahih]
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, fi l-`alamin, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, di seluruh alam, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[Al-Muwatta'/ 459, sahih], [Ibnu Hibban/ 1958, sahih]
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahim, innaka hamidun majid, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahim, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[An-Nasa'iy/ 1291, sahih]
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahim, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[Al-Bukhariy/ 4519], [Ibnu Majah/ 904, sahih]
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, fi l-`alamin, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti selawat-Mu kepada keluarga Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, di seluruh alam, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[Muslim/ 405], [Al-Muwatta'/ 459, sahih], [An-Nasa'iy/ 1285, sahih], [Ibnu Hibban/ 1965, sahih]
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti selawat-Mu kepada keluarga Ibrahim, di seluruh alam, dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّك حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبِارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[Muslim/ 406]
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti selawat-Mu kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّك حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بِارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[Ibnu Hibban/ 1964, sahih], [Al-Bukhariy/ 5996], [Muslim/ 406], [An-Nasa'iy/ 1287, sahih]
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa'ali ibrahim, innaka hamidun majid, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa'ali ibrahim, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[An-Nasa'iy/ 1288, sahih], [An-Nasa'iy/ 1290, sahih], [Ibnu Hibban/ 1957, sahih]
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa`ala ali ibrahim, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[Al-Bukhariy/ 3190]
Allahumma salli `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa`ala ali ibrahim, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad, Nabi yang Ummi (tidak boleh membaca) dan keluarga Muhammad, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, Nabi yang Ummi (tidak boleh membaca), seperti keberkatan-Mu kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[Ibnu Hibban/ 1959, isnadnya sahih]
Allahumma salli `ala muhammadin `abdika warasulik, kama sallayta `ala ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahim Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada Ibrahim. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
[Ibnu Majah/ 903, sahih]
Allahumma salli `ala muhammadin `abdika warasulik, kama sallayta `ala ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa'ali ibrahim Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ
[Al-Bukhariy/ 5997]
Allahumma salli `ala muhammadin `abdika warasulik, kama sallayta `ala ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ibrahim Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada Ibrahim. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
[An-Nasa'iy/ 1293, sahih]
Allahumma salli `ala muhammadin `abdika warasulik, kama sallayta `ala ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa'ali ibrahim Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ
[Al-Bukhariy/ 4520]
Allahumma salli `ala muhammadin `abdika warasulik, kama sallayta `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada Ibrahim. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آل إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
[Al-Bukhariy/ 4520]
Allahumma salli `ala muhammadin `abdika warasulik, kama sallayta `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آل إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
[Al-Bukhariy/ 4520]
Allahumma salli `ala muhammadin wa'azwajihi wazurriyyatih, kama sallayta `ala ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa'azwajihi wazurriyyatih, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad serta isteri-isteri baginda dan zuriat baginda, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad serta isteri-isteri baginda dan zuriat baginda, seperti keberkatan-Mu kepada Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[Al-Bukhariy/ 3189]
Allahumma salli `ala muhammadin wa'azwajihi wazurriyyatih, kama sallayta `ala ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa'azwajihi wazurriyyatih, kama barakta `ala ali ibrahim, fi l-`alamin, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad serta isteri-isteri baginda dan zuriat baginda, seperti selawat-Mu kepada Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad serta isteri-isteri baginda dan zuriat baginda, seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[Ibnu Majah/ 905, sahih]
Allahumma salli `ala muhammadin wa'azwajihi wazurriyyatih, kama sallayta `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa'azwajihi wazurriyyatih, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad serta isteri-isteri baginda dan zuriat baginda, seperti selawat-Mu kepada keluarga Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad serta isteri-isteri baginda dan zuriat baginda, seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[An-Nasa'iy/ 1294, sahih], [Al-Bukhariy/ 5999], [Al-Muwatta'/ 458, sahih]
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala azwajihi wazurriyyatih, kama sallayta `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa`ala azwajihi wazurriyyatih, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad serta isteri-isteri baginda dan zuriat baginda, seperti selawat-Mu kepada keluarga Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad serta isteri-isteri baginda dan zuriat baginda, seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
[Muslim/ 407]
Allahumma salli `ala muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, Allahumma barik `ala muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad, seperti selawat-Mu kepada keluarga Ibrahim, dan berilah keberkatan kepada Muhammad, seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
[An-Nasa'iy/ 1286, isnadnya sahih]

Selawat Tafrijiyyah/Nariyyah/Kamilah

sunting

Selawat Tafrijiyah/Nariyyah/Kamilah (at-Tafrijiyyah, التفريجية - "terbuka sehingga menjadi lapang"; an-Nariyyah, النارية - "terkupas"; al-Kamilah, الكاملة - "sempurna, penuh, lengkap") ialah salah satu daripada banyak selawat yang dijadikan sebagai doa serta tawassul dalam beribadah. Selawat ini sering dibaca dan diamalkan dalam permohonan untuk mempermudahkan urusan yang kusut atau ketika menemui jalan buntu atau kesempitan, memohon agar diberikan penamatan hayat yang baik dan dimakbulkan hajat.

Sebutan Makna Bacaan
Allahumma salli salaatan kaamilatan wasallim salaaman taaman 'ala sayyidina Muhammad, alladzi tanhalu bihil 'uqad, watanfariju bihil kurab, wataqdha bihil hawaa-ij, watunalu bihil raghaaib, wahusnul khawaatim, wayustasqal ghamaam, biwajhihil karim. Wa 'ala aalihi wa sahbihi fi kulli lamhatin wanafasi bi 'adadi kulli ma'lumin lak Ya Allah! Limpahkanlah selawat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan dengan keagungan wajah baginda. Dan (limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat dalam setiap kelipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu. اللهمَّ صلِّ صلاةً كاملةً، وسلِّم سلامًا تامًّا على سيدِنَا محمّدٍ، الذي تَنْحَلُّ بهِ العُقَدُ وتَنْفَرِجُ بِهِ الكُرَبُ وتُقْضَى بِهِ الحوائجُ وتُنَالُ بهِ الرّغائِبُ وحُسْنُ الخواتيمِ ويُسْتَسْقَى الغمامُ بوجهِهِ الكَرِيمِ وعلى آلهِ وصحبه في كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
[Dari kitab Sirrussalikien; Juz 1 m/s 119, oleh Al-‘Arif Billah As-Syeikh Abdussomad Al-Falambani]

Selawat Syifa

sunting

Selawat Syifa (as-Syifa, الشفاء - "penyembuhan") ialah salah satu daripada banyak selawat yang dijadikan sebagai doa serta tawassul dalam beribadah. Selawat ini sering dibaca dan diamalkan dalam permohonan kepada Allah untuk menyembuhkan sesuatu sakit, mengurangkan kesakitan, memudahkan urusan rawatan dan diberikan kesihatan oleh Allah.

Sebutan Makna Bacaan
Allahumma salli 'ala Muhammad, tibbil quluubi wadawa-iha, wa 'afiatil abdani wasyifaiha, wa nuuril absaari wa dhiya-iha, wa 'ala aalihi wa sahbihi wa sallim Ya Allah, berilah selawat ke atas penghulu kami, Muhammad yang (dengan selawat itu Engkau) mengubati hati-hati dan penawarnya, menyihatkan badan dan menyembuhkannya, menjadi cahaya penglihatan dan terangnya dan (juga rahmat dan kesejahateraan) kepada keluarga dan sahabat baginda. اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب و دوائها و عافية الأبدان و شفائها و نور الأبصار و البصائر و ضيائها و على آله و صحبه و سلم

Tingkat-tingkat Selawat

sunting

Selawat Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya terutama Nabi Muhammad

sunting

Selawat ini bermakna Allah memberi rahmat kepada Rasulullah. Ini tidak pula bermakna bahawa Rasulullah itu lebih tinggi daripada Allah. Sebenarnya Allah memberi puji-pujian dan keutamaan kepada Rasulullah kerana baginda merupakan makhluk-Nya yang paling taat dan berakhlak mulia. Sepertilah seorang ibu memuji-muji dan terkenang-kenangkan anaknya yang begitu baik dan berbudi kepadanya. Di dalam ayat tadi, Allah memberitahu kita manusia bahawa Dia berselawat kepada Rasulullah supaya kita juga turut melakukannya. Allah juga ada memuji-muji nabi-nabi yang lain serta orang-orang yang soleh yang terdahulu daripada Nabi Muhammad di dalam Al-quran. Allah sebenarnya mahu mengajar kita supaya memuja dan memuji orang-orang yang taat kepada-Nya, lebih daripada tokoh-tokoh negara atau personaliti-personaliti glamor yang banyak melanggar perintah-Nya.

Selawat malaikat kepada para nabi dan rasul

sunting

Para malaikat merupakan makhluk Allah yang sangat taat. Mereka selalu berselawat kepada para nabi dan rasul. Walaupun malaikat adalah makhluk yang suci yang diciptakan daripada cahaya, namun darjat para nabi dan rasul adalah lebih tinggi daripada mereka. Mengapa? Kerana malaikat sememangnya diciptakan tanpa nafsu (yang sering mengajak manusia melakukan kejahatan dan kemungkaran), oleh itu adalah mudah untuk mereka melakukan ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah. Tetapi manusia diciptakan dengan nafsu. Bermakna, manusia yang boleh menundukkan nafsunya untuk melakukan taat kepada Allah adalah lebih hebat dari keseluruhan para malaikat.

Selawat manusia kepada Nabi Muhammad

sunting

Selawat kita umat Muhammad kepada nabi kita merupakan permohonan kita kepada Allah supaya memberikan keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Dengan berselawat, kita juga mengakui kerasulannya dan mengakui kebenaran ajaran yang dibawa oleh baginda. Sebenarnya Nabi Muhammad tidak memerlukan selawat-selawat daripada kita yang memohon Allah memberi keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Beliau sudahpun disebut sebagai manusia dan rasul yang paling utama. Tetapi dengan berselawat, kitalah yang akan mendapat manfaatnya. Kita akan mendapat pahala dan keberkatan serta dapat mendekatkan hati kita kepada baginda.

Kelebihan berselawat

sunting

Berselawat kepada Nabi Muhammad dianggap sebagai suatu pekerjaan atau perbuatan yang disertakan ganjaran sama ada daripada Allah serta daripada baginda sendiri. Hal tersebut menyebabkan bahawa selawat itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang banyak. Antara kelebihan tersebut ialah:

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."

Nasib manusia di akhirat memang tidak pasti. Kalau di lihat pada diri umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu, kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong di akhirat nanti.
Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis:
  • Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
  • Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
  • Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
  • Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
  • Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
  • Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi (dengan izin Allah jua)

Sabda Nabi Muhammad  : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya."

— Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib

Sabda Nabi Muhammad  : "Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. "

— Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "

— Riwayat Ad-Dailami
  • Diberi pahala dari Allah s.w.t.

Sabda Nabi Muhammad  : "Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."

— Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim
  • Mendapat ketenangan jiwa

Sabda Nabi Muhammad . : "Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu."

  • Mendapat rahmat dari Allah

Sabda Nabi Muhammad . : "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. "

— Riwayat Muslim
  • Mendapat hajat dunia dan akhirat.

Sabda Nabi Muhammad  : "Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunia. "

— Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a.
  • Digembirakan dengan syurga.

Sabda Nabi Muhammad  : "Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga. "

— Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.
  • Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.

Sabda Nabi Muhammad  : "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku"

— Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban

Kelebihan selawat mengikut ijmak para ulama adalah seperti berikut:

  1. Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
  2. Ditulis sepuluh kebajikan.
  3. Dihapuskan sepuluh kesalahan.
  4. Diangkat sepuluh darjat.
  5. Memperolehi kesempurnaan iman.
  6. Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
  7. Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
  8. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  9. Memperoleh syafaat Nabi .
  10. Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi
  11. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
  12. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
  13. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
  14. Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
  15. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
  16. Terhindar dari kefakiran.
  17. Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad .
  18. Memperolehi keberkatan dalam hidup.
  19. Terhindar dari orang-orang bakhil.
  20. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
  21. Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
  22. Menjadi zakat dan pembersih diri.
  23. Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
  24. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
  25. Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
  26. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
  27. Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad .
  28. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
  29. Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
  30. Terkabul segala hajat dan cita-cita.

Gelaran orang yang tidak berselawat

sunting

Memandangkan selawat itu adalah suatu perlakuan yang amat dianjurkan (walaupun tidak diwajibkan), Nabi Muhammad turut menegaskan tentang mereka yang enggan berselawat:

"Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. "
"Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. "

Contoh-contoh Bacaan Selawat(Secara Berlagu)

sunting

Selawat nariyah https://sholawat.org/shalawat-nariyah-dan-keutamaannya

Rujukan

sunting

  • Mohammed Yusof Hj. Ismail, Fadhilat membaca Selawat Nabi S.A.W. Perniagaan Jahabersa, Edisi 2001, ISBN : 983-077-439. [5]
  • Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Melayu, Universiti Islam Antarabangsa.[6]

Selawat Nariyah [7] [Kategori:Islam]]