Selat Bass /ˈbæs/ merupakan selat yang memisahkan Victoria, Australia dengan Tasmania di selatan. Selat ini ditemui oleh Matthew Flinders pada 1798 dan namanya diambil sempena dari nama doktor kapalnya. Diperkirakan pada zaman air batu, selat yang keluasan terkecilnya seluas 240 km ini kering.

Bass Strait
Peta Australia dengan Selat Bass ditandakan dengan warna biru terang
LokasiLautan HindiLautan Pasifik
Koordinat40°S 146°E / 40°S 146°E / -40; 146Koordinat: 40°S 146°E / 40°S 146°E / -40; 146
JenisSelat
Negara lembanganAustralia
Panjang maksimum500 kilometer (310 bt)
Lebar maksimum350 kilometer (220 bt)
Kedalaman purata60 meter (200 ka)
Kedalaman maksimum155 m (509 ka)

Jumpaan dan penjelajahan

sunting

Orang Eropah pertama yang menjumpai selat Bass adalah George Bass pada tahun 1797. Gobenor Hunter dengan itu menamakan perairan antara tanah besar dan Tanah Van Diemen sebagai "Selat Bass".

Kewujudan selat ini telahpun dicadangkan oleh tuan kapal Sydney Cove apabila dia sampai ke Sydney selepas kapal pecah di Pulau Preservation. Dia melaporkan ombak barat daya yang kuat dan arus dan air pasang surut mencadangkan pulau tersebut dalam terusan menyambung Lautan India Selatan dan Pasifik. Gabenor New South Wales, John Hunter dengan itu menulis kepada Joseph Banks pada Ogos 1797 bahawa ia kelihatannya pasti bahawa selat itu wujud.[1]

Keadaan

sunting

Selat Bass sekitar 240 km pada bahagian paling sempit dan biasanya sekitar kedalaman 50 metre, ia mempunyai banyak pulau, dengan Pulau King (Tasmania) dan Pulau Flinders mempunyai penduduk yang ramai.

Sebagaimana perairan sekitar Tasmania, dan terutamanya disebabkan kedalamannya yang terhad, ia amat berombak dan banyak kapal tenggelam di situ sekitar abad ke-19. Rumah api telah didirikan di Pulau Deal pada 1848 bagi membantu kapal disebelah timur Selat, tetapi tiada panduan ada bagi laluan barat sehinggalah rumah api Wilsons Promontory disiapkan pada 1859, diikuti oleh satu lagi di Tanjung Wickham di bahagian utara Pulau King (Tasmania) pada 1861.

Kenderaan

sunting

Penyeberangan yang paling mudah dilakukan dengan kapal terbang dengan penerbangan antara lain Qantas, Virgin Blue, JetStar serta Regional Express ke lapangan terbang di Tasmania antara lain Lapangan Terbang Antarabangsa Hobart dan Lapangan Terbang Launceston.

Untuk jalur kenderaan laut, dilayani oleh feri Spirit of Tasmania ke Melbourne dan Sydney dari Davenport.

Rujukan

sunting
  1. ^ Blainey, Geoffrey (1966). Tyranny of Distance: How Distance Shaped Australia's History. Melbourne: Sun Books. m/s. 73–4.