Sekotrop
Sekotrop atau tahi malam merupakan keluaran usus buntu dalam sistem pencernaan mamalia yang tergolong dalam order lagomorpha, yang merangkumi dua famili, iaitu Leporidae (arnab) dan Ochotonidae (pika). Sekotrop dikumuhkan melalui usus, kemudian dimakan semula untuk mendapatkan nutrien tambahan, dalam proses yang dikenali sebagai koprofagia. Pengingesan semula bahan kumuhan juga diamalkan oleh sebilangan kecil spesies rodensia (contohnya kapibara dan tikus belanda), marsupial (terutamanya yang muda) dan sejenis primat.[1]
Sesetengah haiwan perlu mencernakan makanannya dua kali untuk mendapatkan segala nutrien, dan juga dipercayai bahawa ini juga melindungi arnab daripada jangkitan kuman.[2]
Penghasilan
suntingProses penghasilan sekotrop dikenali sebagai "penapaian usus belakang". Makanan melalui esofagus, perut, dan usus kecil, di mana nutrien mula-mula diserap secara kurang berkensan, dan kemudian memasuki kolon. Melalui peristalsis songsang, makanan dipaksa balik ke dalam usus buntu untuk dipecahkan ke pada gula ringkas (iaitu monosakarida) oleh penapaian bakteria. Selepas itu, sekotrop melalui kolon, dubur, dan dibuang oleh haiwan. Proses ini berlaku 4–8 jam selepas makan. Jenis pengingesan semula demi memperoleh lebih nutrien sebegini serupa dengan pengunyahan mamahan oleh lembu.
Rujukan
sunting- ^ Hirakawa, Hirofumi (2001). "Coprophagy in Leporids and Other Mammalian Herbivores". Mammal Review. 31 (1): 61–80. doi:10.1046/j.1365-2907.2001.00079.x.
- ^ http://www.threelittleladiesrabbitry.com/cecotropes.php