Sekolah Tinggi Perempuan Melaka
Rencana ini nampaknya ditulis seperti sebuah iklan. (April 2020) |
Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan akademik rencana Wikipedia. (April 2020) |
Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: kandungan rencana kurang bersifat "ensiklopedia". (Mei 2018) |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2 km dari Bandar Melaka iaitu di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun. Kawasan ini mempunyai beberapa buah sekolah lain, iaitu SMK Tun Tijah dan SMK Durian Daun.
SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA | |
---|---|
Lokasi | |
Melaka Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Kluster Kecemerlangan |
Moto | Ilmu Punca Kebijaksanaan |
Nombor sekolah | 06 - 2921206 |
Kod sekolah | MEB 2092[1] |
Pengetua | Puan Noraziah binti Bidin |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Izarina binti Abd Razak |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Ernawati binti Wasli |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Azlina binti Awang |
Laman sesawang | http://smktpm2092.blogspot.my |
Sejarah
suntingSekolah ini telah dibuka pada tahun 1961. Sebelum ini ia adalah sebahagian dari Sekolah Menengah Gajah Berang iaitu semenjak tahun 1959. Sewaktu mula-mula dibuka, bilangan murid-muridnya hanya seramai 414 orang dan semuanya terdiri daripada murid-murid perempuan. Pada ketika itu sekolah ini mempunyai dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun pada tahun 1965, bahagian yang berpengantar Bahasa Malaysia berpindah ke bangunan lain dan seterusnya bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Tun Tijah. Sekolah Tinggi Perempuan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik Abdul Rahman bin Hj. Talib pada tahun 16 November 1962. Terdapat 11 bangunan pada awalnya iaitu pejabat sekolah, bilik guru, bilik darjah dan makmal sains. Tiga buah blok lagi dibina untuk dijadikan asrama. Terdapat sebuah padang yang terletak bersebelahan dewan sekolah, sebuah pusat sumber galeri seni dan galeri warisan. Aliran sains bermula dari awal tahun 70-an dan kini meningkat kepada 6 buah kelas. Jumlah kelas telah bertambah daripada 12 buah (1961) menjadi 39 buah yang terdiri Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas (Januari 2007).
Aliran sastera pula telah diadakan lebih awal iaitu pada tahun 1959 (sejak di SMK Gajah Berang). Bilangan guru pada awalnya hanya seramai 29 orang dan bilangan pekerja hanya seramai 5 orang. Dahulu, sekolah ini dikenali sebagai Malacca Girls High School (MGHS) bersesuaian dengan penubuhanya yang dikhaskan kepada murid perempuan sahaja dari dahulu sehingga kini. bilangan murid daripada 414 orang (1961) kepada 1031 orang (Jun 2017). Manakala bilangan guru pula daripada 37 orang (1973) menjadi 90 orang (Jun 2017) dengan bilangan staf sokongan ialah seramai 20 orang serta penghuni asrama seramai 300 orang.
Pada tahun 2007, sekolah ini telah menerima Anugerah Sekolah Cemerlang dan seterusnya pada tahun 2008, SMKTPM berdiri gah sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Gred A di daerah Melaka Tengah, Melaka. Mata pelajaran Seni Visual dan Pasukan Pancaragam dipilih sebagai bidang kebitaraan sekolah.
Prinsip Sekolah
suntingVisi
suntingPendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
suntingMelestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Objektif Sekolah
sunting- Meningkatkan prestasi pencapaian keputusan peperiksaan PBSMR dan SPM ke arah 100% lulus.
- Meningkatkan pencapaian tertinggi dalam PBD Tingkatan 1,2 dan 3.
- Meningkatkan kualiti A dalam SPM.
- Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum ke peringkat negeri dan kebangsaan.
- Menyediakan iklim dan mengembangkan budaya sekolah yang kondusif untuk pendidikan yang berkesan.
- Mencapai sifar dalam masalah disiplin dan sahsiah.
- Meningkatkan hubungan sekolah dengan komuniti.
Falsafah & Nilai
suntingSMK Tinggi Perempuan Melaka berpegang kepada falsafah dan nilai yang berikut:
Sesungguhnya, kami percaya dan yakin murid–murid SMK Tinggi Perempuan Melaka berpotensi menjadi modal insan berminda kelas pertama yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. Kami juga yakin semua guru berupaya mendidik murid–murid dan sentiasa mempunyai inisiatif meningkatkan profesionalisme keguruan.
Piagam Pelanggan
suntingDalam merealisasikan Visi Sekolah, kami guru–guru dan kakitangan SMK Tinggi Perempuan Melaka berjanji akan:
1. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan serta memberi peluang yang adil dan saksama untuk semua murid.
2. Memberi layanan yang mesra dan mewujudkan hubungan kerjasama yang baik dengan komuniti.
3. Bersedia menerima pandangan dan teguran membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah.
4. Menyegerakan semua tugas dengan mengambil kira perkhidmatan berkualiti diberikan kepada semua pelanggan yang berurusan.
5. Mengamalkan sistem bestari dalam pengurusan data, tepat dan boleh diakses bila diperlukan.
6. Membudayakan budaya penyayang dan prihatin pada murid dan warga sekolah
7. Menjalin hubungan pintar dengan mengadakan jalinan dan jaringan dengan sekolah serta IPTA dan IPTS untuk kecemerlangan sekolah
8. Menghargai masa dalam setiap pengurusan dengan meminimumkan masa yang diambil dalam setiap tindakan.
9. Mengamalkan TQM (Total Quality Management).
10. Mencapai kecemerlangan dalam setiap urusan .
Lencana Sekolah
suntingCOKLAT | Sentiasa berpegang pada akar budaya dan nilai agama. |
KUNING | Kesetiaan kepada Raja dan Negara. |
OBOR | Simbol cahaya penerang kehidupan. |
BUKU | Simbol ilmu pengetahuan. |
PENA BULU BURUNG | Simbol kemahiran membaca, menulis dan mengira |
PADI | Melambangkan alam pendidikan yang sentiasa dinamik, progresif dan asertif. |
PERISAI BERBUCU TIGA | Simbol kecemerlangan dalam aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum yang bertanggung jawab menjadi benteng yang ampuh bagi menangani segala cabaran kehidupan |
Bendera Sekolah
suntingCoklat | Sentiasa berpegang pada akar dan nilai agama |
Kuning |
Melambangkan kegigihan untuk mencapai kecemerlangan |
Putih |
Sentiasa menjaga maruah dan nama baik sekolah. |
Barisan Pengetua
suntingBil. | Dari | Hingga | Nama Pengetua |
---|---|---|---|
1. | 1961 | 1962 | En. Yeow Teng Khoo |
2. | 1963 | 1968 | Pn. Glorina Rajendran |
3. | 1968 | 1972 | Pn. Chan Yew How |
4. | 1972 | 1987 | Cik V. Pushpanayagi |
5. | 1997 | 2001 | Pn. Hajah Rosnah Bt. Hj. Hussin |
6. | 2002 | 2003 | Datin Wira Hajah Halimah Bt. Abd Manap |
7. | 2004 | 2007 | Pn. Hajah Mismy Bt. Mohamad |
8. | 2007 | 2016 | Puan Sri Hajah Norliah Bt. Adam |
9. | 2016 | 2021 | Pn. Noor Laila Bt. Hamzah |
10. | 2021 | 2022 | Pn. Rosidah Bt. Harun |
11. | 2022 | Kini | Pn. Noraziah Bt. Bidin |
Lagu Sekolah (Puteri Pertiwi)
suntingLagu Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dicipta oleh Mat Mohd Sidik dan liriknya oleh Zaiton Hj. Ahmad.
Majulah Sekolah Tinggi Perempuan Melaka
Tempat kuntum-kuntum bunga kembang dan mekar
Indahnya menghiasi jambangan negara
Di sini putri pertiwi bermula
Segala ilmu dituntut sepenuh hati
Dalam sukan berjuang kuat dan berbakti
Guru dihormati, imej dijunjung tinggi
Sejajar dengan nama yang diberi
Kejayaan penuh usaha, kemenangan berwibawa
Itulah matlamat semua
Dengan tidak melupakan nilai-nilai murni kita
Demi sekolah yang tercinta
Pelihara sifat ketimuran kita
Bersopan santun serta berakhlak mulia
Berpelajaran tinggi, sihat dan sejahtera
Pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Melaka
Barisan Pentadbir Sekolah Sesi 2024/2025
suntingPengetua
Puan Noraziah bt Bidin |
Puan Izarina bt Abd Razak Guru Penolong Kanan Pentadbiran |
Puan Ernawati bt Wasli GPK HEM |
Puan Azlina bt Awang GPK KOKU |
Puan Rosma bt Chik GKMP - Sains & Matematik |
Puan Sulaiza bt Sulaiman GKMP Teknik & Vokasional |
Encik Roslan bin Kassim GKMP - Bahasa |
Puan Nor Hamidawati br Harun GKMP- Kemanusiaan |
Barisan Kepimpinan Pelajar Sesi Akademik 2024/2025
suntingKetua Pengawas : AQHLI WAHEEDA BINTI ZAINAL
P. Ketua Pengawas 1 : ALISYA SOFEA BINTI AHMAD SHIBLI
P. Ketua Pengawas 2 : AFIFAH HAZIRAH BINTI ADI HANAFI
Setiausaha : ALEESYA CAMILLA BINTI AHMAD DAUD
Biro disiplin : NURUL NABILAH BINTI BADRUL HISHAM
Biro 3 K : NURDINIE NASUHA BINTI SUHAIMI
Biro Kantin : SITI NURUL AFIQAH BINTI ABDUL QAHAR
Biro Siaraya : NURANIS FAATIHAH BINTI BORHAN
Enrolmen
suntingBilangan Murid
Tingkatan | Bilangan |
Satu | 250 |
Dua | 215 |
Tiga | 220 |
Empat | 131 |
Lima | 157 |
Jumlah | 973 |
Bilangan Guru
Jantina | Bilangan |
Lelaki | 6 |
Perempuan | 72 |
Jumlah | 78 |
Bilangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
Jantina | Bilangan |
Lelaki | 3 |
Perempuan | 8 |
Jumlah | 11 |
Pencapaian Sekolah
suntingPencapaian kokurikulum SMKTPM sangat menggalakkan. Murid SMKTPM sangat aktif dan menyertai pelbagai pertandingan kokurikulum. Terdapat penglibatan murid sehingga ke peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
Tahun | Pencapaian |
---|---|
2024 | .
· Naib Johan Kejohanan Catur Peringkat Daerah Melaka Tengah · Johan Kejohanan Ragbi Kebangsaan 7 Sepasukan Serdang Seven (Peringkat Kebangsaan) · Johan Kejohanan Merentas Desa MSSN Melaka (Kategori P15) (Peringkat Negeri) · Best Conductor Choral Speaking Secondary School (Peringkat Negeri) · Tempat ketiga Fastival Insaniah Asrama Sekolah Harian (Trio Selawat)-(Peringkat Negeri) · Naib Johan Choral Speaking Secondary School-(Peringkat Negeri)
|
2023 | .
· Johan 9th Melaka Indoor Archery Championship 2023 (9th MIAC)- (Peringkat Negeri) · Johan Pertandingan Bintang Irama Malaysia (Peringkat Negeri) · Tempat ketiga Pertandingan Filem Pendek Rekayasa Kesenian 2023 (Peringkat Negeri) · Johan Pertandingan Bowling Tenpin MSSN Melaka (Peringkat Negeri)
|
2017 | .
· Pencapaian Perak Pertandingan Pancaragam sempena Karnival Pendidikan Melaka 2017 · Pencapaian Perak Pertandingan Kompang Formasi sempena Karnival Pendidikan Melaka 2017 · Tempat Ketiga Pertandingan Akhir Dikir Barat Peringkat Negeri 2017 · Johan Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Bomba Dan Penyelamat Melaka 2017 · Johan (Emas) Kejohanan Pembangunan Taekwondo (WTF) Tertutup 2017 antara sekolah-sekolah Melaka · Johan (Emas) Melaka Invitatioanal Taekwondo Championship 2017 · Johan (Emas) Pertandingan Olympiad Sains dan Matematik Peringkat Kebangsaan 2017 |
2016 | . Naib Johan perseorangan perempuan Bawah 14 Tahun Kejohanan Badminton Tertutup Melaka 2016
· Naib Johan Kejohanan Golf Pembangunan Remaja Tertutup Sirkit 2 (Perempuan bawah 18) Peringkat Negeri Melaka 2016 · Naib Johan Pertandingan Boling Tingkatan 6 Peringkat Negeri Melaka 2016 · Naib Johan Kejohanan Hoki Champion School SPTS bawah 14 tahun Peringkat Negeri Melaka 2016 · Johan Kejohanan Bola Jaring MSSM Peringkat Negeri Melaka (Bawah 15 tahun) 2016 · Johan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Jaim Peringkat Negeri Melaka 2016 · Johan Kejohanan Bola jaring Terbuka Manipal Peringkat kebangsaan 2016 · Naib Johan Kejohanan Kyorugi Taekwondo Peringkat Negeri Melaka 2016 · Johan Pertandingan Permainan Tradisional sempena Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah 2016 Peringkat Kebangsaan (Zon selatan) · Naib Johan Pertandingan Mencanting dan Mewarna Batik Kontemporari pelajar pra-u Peringkat Negeri Melaka 2016 · Johan Pertandingan Reka cipta sempena Karnival Pandu Puteri Kategori Remaja Peringkat Negeri Melaka 2016 · Johan Pertandingan Melukis Peringkat sekolah Menengah Negeri Melaka Sempena Ulang Tahun ke-13 Bandaraya Melaka Bersejarah 2016 · Naib Johan Pertandingan Pidato Peringkat Kawasan Bukit Cina 2016 · Naib Johan Pertandingan Bicara Berirama Sempena Karnival Budaya Melaka 2016 · Naib Johan Pertandingan Melukis Poster Peringkat Negeri Melaka sempena Karnival Pendidikan Melaka 2016 · Tempat Ketiga Pertandingan Olympiad Science Peringkat Negeri 2016 · Naib Johan perseorangan perempuan Bawah 14 Tahun Kejohanan Badminton Tertutup Melaka 2016 · Tempat Ketiga Pertandingan Olympiad Science Peringkat Negeri 2016 |
2015 | . Saguhati Pertandingan Galeri Sejarah Peringkat Kebangsaan 2015/ 2016
· Johan Pertandingan Galeri Sejarah Peringkat Negeri 2015/2016 · Penyertaan dalam Program Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan 2015 · Tempat Kedua Pertandingan Bicara Berirama “ Mengapa tak mahu kata” (Piala Kafe @ Teen 2015) · Naib Johan Pertandingan Pancaragam Peringkat Negeri 2015 · Tempat ketiga Pertandingan Pakaian (Kategori Sekolah) Sempena Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2015 · Tempat ketiga Kategori Kawad (Kategori Pancaragam) Sempena Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2015 · Naib Johan Pertandingan Pakaian (Kategori Pancaragam) Sempena Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2015 · Tempat Pertama Pertandingan Pendidikan Keselamatan Jalanraya Peringkat Negeri 2015 · Johan Pertandingan Bola Jaring Daerah Melaka Tengah 2015 · Johan Pertandingan Kawad Kaki Kadet Bomba 2015 · Johan Negeri dalam Perkhemahan Kadet Bomba 2015 · Johan Negeri Pertandingan Pidato Pra-Universiti 2015 |
2014 | · Pemenang Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekola Peringkat Negeri Melaka 2014 (Kategori Bandar)
· Penyertaan Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2014 · Tempat Pertama Pertandingan Kamar Selesa Peringkat Negeri 2014 · Penyertaan Pertandingan Kamar Selesa Peringkat Kebangsaan 2014 · Anugerah Khas Juri Pertandingan RIMUP (Kaunseling Silang Budaya) Piala Pengarah Pendidikan Melaka 2014 · Tempat Kedua Pertandingan Pancaragam peringkat Negeri 2014 · Penyertaan Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa 2014 · Tempat kedua Pertandingan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri 2014 |
2013 | · Johan Pertandingan Pidato Pra Universiti Peringat Negeri 2013
· Johan Pertandingan Double Bowling Tenpin Negeri untuk Perempuan Bawah 18 2013 · Johan Pertandingan Pendidikan Keselamatan Jalanraya Peringkat Negeri 2013 · Johan Pertandingan Paintball Asrama Peringkat Kebangsaan kategori Menengah Atas tahun 2013 |
Kurikulum
suntingBerikut merupakan PAKEJ AKADEMIK SMK TINGGI PEREMPUAN 2023/2024
TINGKATAN SATU | TINGKATAN DUA | TINGKATAN 3 |
B.MELAYU | B.MELAYU | B.MELAYU |
B.INGGERIS | B.INGGERIS | B.INGGERIS |
MATHEMATICS | MATHEMATICS | MATHEMATICS |
PENDIDIKAN ISLAM | SCIENCE | SCIENCE |
PENDIDIKAN MORAL | PENDIDIKAN ISLAM | PENDIDIKAN ISLAM |
SEJARAH | PENDIDIKAN MORAL | PENDIDIKAN MORAL |
SCIENCE | SEJARAH | SEJARAH |
GEOGRAFI | GEOGRAFI | GEOGRAFI |
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN | REKABENTUK TEKNOLOGI | REKABENTUK TEKNOLOGI |
ASAS SAINS KOMPUTER | ASAS SAINS KOMPUTER | ASAS SAINS KOMPUTER |
PENDIDIKAN SENI VISUAL | PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN | PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN |
PENDIDIKAN MUZIK | PENDIDIKAN SENI VISUAL | PENDIDIKAN SENI VISUAL |
BAHASA JEPUN | BAHASA JEPUN | BAHASA JEPUN |
REKABENTUK TEKNOLOGI | PENDIDIKAN MUZIK | PENDIDIKAN MUZIK |
TINGKATAN EMPAT | TINGKATAN LIMA | |
B.MELAYU | B.MELAYU | |
B.INGGERIS | B.INGGERIS | |
MATEMATIK | MATEMATIK | |
SEJARAH | SEJARAH | |
PENDIDIKAN ISLAM | PENDIDIKAN ISLAM | |
PENDIDIKAN MORAL | PENDIDIKAN MORAL | |
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN | PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN | |
KIMIA | KIMIA | |
BIOLOGI | BIOLOGI | |
FIZIK | FIZIK | |
MATEMATIK TAMBAHAN | MATEMATIK TAMBAHAN | |
PRINSIP PERAKAUNAN | PRINSIP PERAKAUNAN | |
PERNIAGAAN | PERNIAGAAN | |
SAINS KOMPUTER | SAINS KOMPUTER | |
SAINS RUMAHTANGGA | SAINS RUMAHTANGGA | |
SAINS SUKAN | SAINS SUKAN | |
PENDIDIKAN SENI VISUAL | PENDIDIKAN SENI VISUAL |
BAHASA CINA, BAHASA TAMIL DITAWARKAN MENGIKUT KEPERLUAN MURID
Kokurikulum
suntingKegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru-guru. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah, misalnya aktiviti kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta pasukan beruniform. Antara aktiviti kokurikulum di SMK Tinggi Perempuan Melaka yang sangat aktif ialah Pasukan Pancaragam yang menjadi kebitaraan sekolah. Pasukan ini sering membuat persembahan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Pasukan ini juga telah berjaya meraih perak dalam pertandingan peringkat negeri pada tahun ini. Selain Pancaragam, Pasukan Kadet Bomba juga merupakan pasukan yang sangat aktif dan sering mendapat kemenangan dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan. Walaupun terdiri daripada murid-murid perempuan ada antara mereka yang terpilih sebagai anggota kadet terbaik peringkat negeri. Tidak ketinggalan juga kepada Persatuan Seni Visual yang membantu dalam menaikkan keputusan mata pelajaran Seni Visual yang juga merupakan satu daripada mata pelajaran yang menjadi kebitaraan sekolah ini. Selain itu, Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Inggeris sekolah ini juga merupakan persatuan yang tidak kurang hebatnya. Sentiasa seiring dengan Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris. Banyak menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan, Badan-badan Berkanun, IPTA, IPTS dan kebanyakan pertandingan yang disertai sering membuahkan hasil yang menggembirakan. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum di sekolah ini dijalankan dengan penuh kesungguhan dan sentiasa membantu murid dalam mencapai gred PAJSK yang baik.
Berikut adalah senarai persatuan, kelab, badan beruniform, sukan serta permainan di SMK Tinggi Perempuan Melaka :
Persatuan | Kelab | Badan Beruniform | Sukan Dan Permainan |
Persatuan Bahasa Melayu
Persatuan Bahasa Inggeris Persatuan Bahasa Jepun Persatuan Ekonomi Rumahtangga Persatuan Matematik Persatuan Sains & Robotik Persatuan Pendidikan Islam Persatuan Sejarah & Warisan Persatuan Geografi Persatuan Seni Visual |
Kelab Kerjaya
Kelab Muzik Kelab Pencinta Alam Kelab Setia dan Rukun Negara Kelab Pelancongan Kelab Komputer Kelab Pengguna & Koperasi Persatuan Usahawan Muda Kelab Pencegahan Jenayah Kelab SPBT Kelab Perpustakaan Kelab Doktor Muda |
Kadet Polis
Kadet Bomba Kadet Remaja Sekolah Pandu Puteri Puteri Islam Persatuan Bulan sabit Merah Pancaragam Taekwando |
Badminton
Bola Baling Hoki Memanah Softbol Bola Jaring Bola Tampar Catur Tenpin Boling Olahraga Kelab Renang |
Aktiviti Sekolah
suntingSepanjang tahun , pelbagai aktiviti yang telah dirancang berjaya dijalankan dengan baik dan akan ada lagi aktiviti - aktiviti yang bakal dijalankan kelak.Berikut merupakan di antara aktiviti - aktiviti tersebut :
- Karnival Kokurikulum, Hari Kantin dan Hari Koperasi
- Larian Ambang Kemerdekaan
- Mesyuarat PBS
- Majlis Sambutan Hari Guru 2
- Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
- Program Gotong Royong Perdana
- Kursus Kepimpinan Pengawas dan Exco Asrama
- Latihan Kawad Kebakaran Sekolah dan Asrama
- Pelancaran Program 3k & Kempen Go Green Peringkat Sekolah.
- Majlis Pelancaran Program Semarak Bahasa, Perasmian Pusat Sumber Ibnu Sina, Program Nilam Dan Bukuton
- Kejohanan Merentas Desa Tahun
- Pelancaran Program Guru Penyayang
- Program Temu Mesra Ibu bapa guru 'GO STPM GO' PT3 dan SPM
- Program Smart Kolaboratif dengan 15 buah sekolah Negeri Melaka meliputi program akademik dan Pembinaan ITEM
- Program Solat Hajat PT3
- Program Solat Hajat SPM
- Ceramah-ceramah sempena Hari Kebesaran Islam
- Lawatan Penandaarasan dari sekolah-sekolah luar.
- Majlis Perasmian & Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan.
- Program-program sempena Bulan Bidang-bidang Akademik
- Penyampaian hadiah bagi kejayaan-kejayaan murid dalam aktiviti sekolah dan luar sekolah.
Galeri Warisan
suntingGaleri Warisan SMK Tinggi Perempuan Melaka terbahagi kepada dua iaitu Galeri Sejarah dan Galeri Seni.
Idea mewujudkan Galeri Warisan Sekolah SMK Tinggi Perempuan Melayu dicetuskan semasa persediaan menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Sekolah pada tahun 2010. Pada ketika itu bermulalah gerakan mengumpul barangan lama, gambar-gambar, piala dan dokumen penting yang telah digunakan lebih 50 tahun lalu untuk diletakkan di sebuah bilik yang dinamakan “Bilik Warisan Sejarah Sekolah”. Bilik itu terletak di bahagian hujung bangunan Blok F berhadapan dengan Surau Sekolah.
Pada 30 Julai 2010 bilik tersebut telah dibuka dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Azailiza bt Mohd Ahad yang ketika itu merupakan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Melaka pada tahun 1974 hingga 1978.
Pada bulan Ogos 2014 berlaku banjir yang telah mengakibatkan bangunan blok F dinaiki air dan menenggelamkan serta merosakkan sebahagian bahan dan peralatan di Bilik Warisan Sejarah Sekolah. Sejak itu pihak sekolah telah membuat keputusan untuk memindahkan bilik tersebut ke tempat yang lebih tinggi dan sesuai. Kini bilik Warisan Sejarah Sekolah ditempatkan di hujung blok F berhadapan dengan Perpustakaan Sekolah dan diberi nama sebagai Galeri Warisan. Galeri ini dimasukkan di bawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
MATLAMAT
Menyediakan sebuah galeri yang komprehensif dan relevan dengan perkembangan sekolah
OBJEKTIF
- Memelihara koleksi barang-barang dan dokumen-dokumen lama sebagai khazanah Warisan Sekolah
- Mendedahkan kepada pelajar dan guru-guru dengan kejayaan-kejayaan sekolah yang dijadikan inspirasi untuk kesinambungan kejayaan sekolah
- Melahirkan perasaan jati diri melalui sejarah sekolah
- Memperkenalkan sejarah SMK Tinggi Perempuan Melaka kepada masyarakat umum.
- Menanam rasa cinta dan bangga akan sejarah bangsa dan negara
Secara amnya, Galeri Warisan SMKTPM menempatkan bahan - bahan berikut :
1.1 Lokasi dan asal usul petempatan
1.2 Pengasasan & Pembinaan
1.3 Perkembangan dari segi bangunan dan Kemudahan
2. Pengurusan dan Pentadbiran 2.1 Pengetua
2.2 Barisan Pentadbir
3. Pencapaian Utama Sekolah
3.1 Akademik
3.2 Sahsiah dan Personaliti
3.3 Kokurikulum
3.4 Aktiviti, Peristiwa & Majlis Sambutan Utama
- Album, Dokumen & Laporan
3.5 Etos/Kebitaraan
- Pasukan Pancaragam
- Pendidikan Seni Visual
- Bola Jaring
4. Jejak Bekas Pelajar
4.1 Alumni & Aktiviti
4.2 Pencapaian & Kejayaan Bekas Pelajar
5. Hubungan Masyarakat
5.1 Persatuan Ibu bapa dan Guru
5.2 Pegawai Perhubungan Polis
5.3 IPTA dan IPTS
5.4 Lain-lain Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan
6. Barangan Warisan Sekolah
6.1 Perabot lama, Pinggan Mangkuk dan peralatan lama Kelas ERT sekolah
6.2 Alat-alat Multi Media,Alat Muzik
6.3 Pakaian
Artifak | Penerangan | Pautan
video |
---|---|---|
Perkataan PIANO diambil dari bahasa Itali iaitu piano dan forte, yang bermaksud lemah dan kuat. Di Itali yang mereka katakan masih "pianoforte. Piano ialah alat muzik yang dimain melalui papan nadanya. Ia menghasilkan bunyi apabila tali kelulinya dimain dengan penukul kain felt. Penukul itu melantun dengan serta-merta dan membenarkan tali keluli terus bergetar pada frekuensi resonansnya. Getaran ini dipindahkan melalui kekuda ke bod suara untuk menguatkan bunyinya
Di sekolah ini, Piano ini telah digunakan oleh guru muzik sekitar tahun 70an untuk aktiviti kelas muzik seperti nyanyian, mengubah lirik lagu dan menghasilkan lagu. |
Video | |
Alat musik melodi drum band yang terdiri dari bilah-bilah logam persegi (lyra) yang setiap logam memiliki nada tersendiri, dan dimainkan dengan cara dipukul dengan stik yang ujungnya terbuat dari mika. Fungsi utama bellyra adalah memainkan nada-nada melodi, yakni nada-nada lagu yang dimainkan oleh unit drum band sehingga pemirsa dapat menentukan/menebak lagu apa yang sedang dimainkan, dan berada di belakang bass drum di setiap paradenya. Lagu-lagu yamh dimainkan adalah lagu-lagu melodi, yang meliputi lagu-lagu yang biasa kita dengar melalui media-media elektronik. Bellyra merupakan simbol keharmonisan melodi dari sebuah unit drum band. | Contoh kegunaan Bell | |
Piring hitam (juga dikenali sebagai rekod gramofon, rekod fonograf atau hanya rekod) merujuk kepada kepingan peranti storan bahan audio berekod. Sekiranya dibuat daripada PVC, piring hitam juga dikenali sebagai rekod vinil.
Ia terdapat dalam pelbagai versi antaranya adalah :-
|
Pembuatan Piring Hitam | |
Mesin taip adalah peranti elektronik, elektromekanik atau mekanik dengan set "kekunci" yang, apabila ditekan, menyebabkan huruf dicetak pada dokumen, biasanya kertas. Mereka yang menggunakan mesin taip dikenali sebagai jurutaip.
Mesin taip mempunyai kekunci mesin taip, dengan kekunci untuk huruf pada muka taip. Kaedah bagaimana mesin taip meletak tanda pada kertas sekarang pelbagai sebagaimana jenis pencetak, tetapi sehingga akhir abad ke-20, ia merupakan dengan hentaman logam (atau, kemudiannya, unsur jenis plastik berlogam pada jalur berdakwat yang menyebabkan dakwat melekat pada kertas. Kertas karbon kadang kala diselit antara beberapa lapisan kertas, agar salinan huruf dicetak pada setiap lapisan kertas. Mesin taip Olivetti Lettera 32 Mesin taip Smith Premier, sekitar akhir abad ke-19. Untuk sebahagaian besar abad ke-20, mesin taip merupakan alat penting di pejabat dan kebanyakan penulis. Kini, walaupun masih popular digunakan beberapa penulis dan di negara kurang maju, mesin taip kebanyakannya telah digantikan dengan pemproses kata pada komputer peribadi. |
Contoh Penggunan Mesin Taip | |
|
Penggunaan Batu Giling | |
|
Cara Dimainkan | |
Alat Merenjis Tepong Tawar diperbuat daripada bahan tembaga dan pada kebiasaanya digunakan sewaktu majlis persandingan perkahwinan orang - orang Melayu.
Kebanyakannya aktiviti merenjis dan menepung tawar ini dilakukan oleh ibu, ayah, adik beradik & sdara terdekat pengantin itu sendiri. Tengah2 sibuk bersanding ade la annoucement panggil ayah pengantin atau ibu pengantin utk merenjis dan menepung tawar. Alat yg digunakan pulak adalah air mawar, tepung beras dan ade yg guna daun pandan dicampur pelbagai jenis bunga. |
Video | |
|
Pembuatan Bakul Siah | |
|
Pembuatan Rehal |
Galeri Seni
suntingSebuah lagi Galeri penting di sekolah ialah Galeri Seni . Galeri Seni ini telah dibina bangunannya pada tahun 2008 bersebelahan Dataran Ilmu. Galeri ini telah dibina setelah sekolah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Galeri ini menjadi mercu tanda dan kebanggaan sekolah. Menjadi tumpuan lawatan dari pelbagai pihak dari dalam dan luar negara. Sesuai dengan Pendidikan Seni Visual sebagai Kebitaraan sekolah, Galeri ini menempatkan bahan-bahan yang merupakan hasil karya seni visual pelajar SMK Tinggi Perempuan sejak tahun 2008 hingga ke hari ini. Kini Galeri Seni juga merupakan Galeri Warisan Sekolah yang diletak dibawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Dengan adanya Galeri Warisan, bukan sahaja membolehkan warga SMK Tinggi Perempuan Melaka mengetahui perkembangan sekolah sejak permulaan bahkan dapat memartabatkannya sebagai gedung ilmu dan sekaligus sebagai muzium atau arkib di peringkat sekolah mahupun negeri Melaka.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )
suntingPersatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap sekolah. Di SMKTPM, keahlian persatuan ini terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah ini dan guru-guru di sekolah tersebut. Peranan utama PIBG adalah untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak mereka. PIBG juga berperanan menjalinkan hubungan yang baik antara pihak ibu bapa dengan guruguru. Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar. Di samping itu, pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah. Terdapat pelbagai program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Semua program yang dirancang ini memerlukan kos yang banyak sedangkan kewangan pihak sekolah adalah terhad. Oleh itu, antara kemudahan yang boleh disumbangkan oleh PIBG ialah pondok bacaan pelajar dan pondok menunggu bas. Sesungguhnya, bantuan daripada PIBG kepada pihak sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan antara plhak PIBG dengan pihak sekolah. Berikut merupakan carta organisasi PIBG SMKTPM :
Alumni
suntingPersatuan Alumni Sekolah Tinggi Perempuan Melaka telah ditubuhkan dengan rasminya pada 2010. Sejak penubuhannya Alumni telah bekerjasama dengan sekolah dengan aktiviti kebajikan dan bantuan terutama kepada murid-murid miskin dan yang kurang berkemampuan. Setiap tahun hingga kini Alumni sentiasa turut serta dalam Majlis Infaq Ramadhan anjuran pihak sekolah. Sumbangan terbesar alumni ialah dalam mengumpul dana penambahbaikan surau an najah sekolah pada tahun 2014 , dengan pihak alumni mencari badan koperat dalam menyumbang pembesaran surau. Setakat ini, pihak sekolah masih lagi mengumpul para alumni yang telah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi untuk diabadikan di dalam Galeri Warisan.
Berikut merupakan antara insan - insan yang dapat dihubungi pihak sekolah dan akan ditambah dari semasa ke semasa.
Untuk perkembangan Alumni boleh merujuk kepada Laman Sosial MGHS Alumni https://www.facebook.com/groups/240519664838/
Dahulu dan Kini
suntingTahun 90an | Kini |
---|---|
Pelan Lokasi
suntingAlamat
sunting- SMK Tinggi Perempuan Melaka,
- Lorong Tun Fatimah,
- 75400 Durian Daun
- Melaka Bandaraya Bersejarah, Malaysia.
- Tel : 06 - 2921206
- Faks : 06 - 2824985
- Email : smktpm2092@gmail.com
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka http://smktpm2092.blogspot.my/
- http://www.sekolahmy.com/N_MELAKA/MEB2092.html
- http://myschoolchildren.com/data/SEK_MEN_Melaka.htm
- Galeri Warisan http://galerimghs.blogspot.my/
- Unit HEM http://smktpmhem.blogspot.my/
- MGHS Alumni https://www.facebook.com/groups/240519664838/
- Facebook rasmi sekolah : https://www.facebook.com/smktpm/
- Koleksi Soalan SMKTPM
- Kementerian Pelajaran Malaysia