Sekolah Rendah Islam Al Ainani , Taman Seri Andalas

SRI AL AINANI diasaskan oleh Dr Hj Hanapiah Bin Arshad dan Hajah Ainan binti Mohd Salleh pada 1 April 1998. SRI AL AINANI adalah sebuah Sekolah Rendah Islam yang diktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS )dan berdaftar di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Islam Negeri Selangor.

Sekolah Rendah Islam Al Ainani

SRI AL AINANI menyediakan pendidikan secara formal bagi murid-murid dari tahun 1 hingga 6. Bagi murid-murid sekolah kebangsaan sesi pagi , boleh belajar pada waktu petang dan bagi murid sekolah kebangsaan sesi petang boleh belajar di sekolah ini pada waktu pagi. Bilangan murid di dalam kelas dihadkan kepada 25* orang sahaja. Bilik-bilik darjah yang berhawa dingin, selesa dan tenaga pengajar adalah dari guru-guru mahir dan berpengalaman. Antaranya ada yang berkelulusan dari luar negara / timur tengah dan universiti tempatan.

SRI AL AINANI menggunakan sukatan pelajaran yang disediakan oleh JAIS. Pada akhir tahun, pelajar tahun 6 akan menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama ( PSRA ) anjuran JAIS dan jika mencapai kejayaan yang cemerlang , mereka akan diberi peluang yang sama untuk memohon melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh JAIS.

Sebagai penyelaras dengan pendidikan Sekolah Kebangsaan , SRI AL AINANI akan mengadakan dua sesi ; pagi dan petang. Sesi pagi bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi dan sesi petang bermula dari pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang.

FALSAFAH Melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan, rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH.

OBJEKTIF

Menyediakan pengajaran dan pembelajaran agama berdasarkan Sukatan Pelajaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tahun Satu hingga tahun Enam dalam Sistem Pendidikan Negara. Memastikan ilmu pengetahuan yang disampaikan itu penuh di yakini kebenarannya dari Allah. Melalui usaha-usaha ini murid-murid akan menghayati ilmu-ilmu tersebut. Membudayakan ilmu pengetahuan sebagai amalan hidup seharian melalui kemahiran membaca al-quran dengan tajwid yang betul, mengerjakan solat wajib dan sunat serta berdoa dan berzikir kepada Allah sepanjang masa. Mampu bermasyarakat melalui kemahiran bertahlil, berdoa berzanji dan marhaban serta berkeadaan selesa dan beretika dalam penyertaan atau perjumpaan di majlis-majlis yang bercorak keagamaan Islam

PENEKANAN Setiap pelajar akan diajar membaca dan menulis jawi; mengaji Al-Quran dengan tajwid yang lengkap ; bacaan -bacaan dalam solat : fikh , tauhid , akhlak Islamiah , ibadah , sirah dan Bahasa Arab. Yang paling penting semua kandungan pelajaran ini difahami dan dihayati sepenuhnya untuk diamal dan dijadikan panduan hidup seharian. Dengan adanya pengetahuan dan amalan ini setiap individu yang mengikuti pendidikan di SRI AL AINANI akan menjadi pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia, kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai ” Muslim Mut’taqin”.

CARA BERHUBUNG :

SRI AL AINANI , No 50700 Jalan Seri sarawak 21 Taman Seri Andalas, 41200 Klang Selangor DE

Tel 03-33243629 Faks 03-33240923 e-mail al_ainani@yahoo.com.my