Kolej Vokasional Seberang Perai
Kolej Vokasional Seberang Perai asalnya merupakan sebuah sekolah teknik dengan nama Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai. Di wujudkan bagi memberikan peluang penduduk Seberang Perai Tengah untuk memberikan pendidikan dalam bidang Teknik dan Vokasional atau kini dikenali sebagai TVET (Technical and Vocational Education and Training).
Kolej Vokasional Seberang Perai | |
---|---|
Lokasi | |
Bukit Minyak, 14000, Bukit Mertajam,, Pulau Pinang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah tinggi, Sekolah kerajaan, kolej vokasional |
Moto | Passion Guided, Skill Driven |
Nombor sekolah | +604-5022079 |
Kod sekolah | PHA0001 |
Pengetua | Tn. Idhamranizam bin Aleh |
Faks | +604-5021940 |
Laman sesawang | https://kvseberangperai.weebly.com/ |
Sejarah
suntingKolej Vokasional Seberang Perai terletak di Mukim 13 Bukit Minyak, projek ini telah dimulakan pada 13 September 1997 dan menelan belanja sebanyak 33.5 juta. Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai Pulau Pinang (SMTSPPP) telah dibina di atas tanah seluas 35 ekar dan bangunan-bangunannya dibahagikan kepada empat bahagian iaitu pentadbiran, asrama, kuarters dan kompleks sukan. Projek sekolah ini telah dikendalkan oleh YPM Realties Sdn Bhd dan diselia oleh jurutera Daerah JKR Seberang Perai Tengah. Projek pembinaan SMTPPP sepatutnya dijangka siap pada 19 April 1999. Namun begitu, disebabkan berlakunya kegawatan ekonomi pada 1998, projek ini telah ditangguh selama 2 tahun. Pada 15 Oktober 2001, projek sekolah ini telah diserahkan secara rasminya kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Jubadi Bin Razal oleh Pengarah JKR Pulau Pinang dan Pegawai Pembangunan, Pengswastaan dan Bekalan Kementerian Pelajaran Malaysia. Tanggal 4 Mac 2002 merupakan detik bersejarah buat SMTPPP dimana seramai 232 orang pelajar sulungnya telah mendaftar. Kesemua pelajar tersebut telah ditempatkan di asrama sekolah ini. Seramai 36 tenaga pendidik serta 13 orang staf sokongan sebagai perintis warga sekolah. Sekolah ini telah membuka tiga kursus pengajian kejuruteraan iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal.
Dulunya dikenali sebagai SMTSPPP dan SMVSPPP. Dan kini telah dikenali sebagai Kolej Vokasional Seberang Perai (KVSEP) telah menawarkan lima program sesuai dengan transformasi yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita sekarang ini iaitu Program Teknologi Elektrik, Program Teknologi Elektronik, Program Teknologi Pembinaan, Program Teknologi Sistem Komputer & Rangkaian dan Program Perakaunan.
Alamat
sunting- Kolej Vokasional Seberang Perai
- Bukit Minyak
- 14000, Bukit Mertajam
- Pulau Pinang, Malaysia
- Telefon = +604-5022079 / 80
- Fax = +604-5021940
Pautan luar
sunting- WEBSITE Kolej Vokasional Seberang Perai
- FACEBOOK Kolej Vokasional Seberang Perai
- BLOGSPOT Kolej Vokasional Seberang Perai
Majlis Perwakilan Pelajar KVSEP