Sekolah Menengah Teknik Kuantan
Sekolah Menengah Teknik Kuantan atau nama ringkasnya SM Teknik Kuantan, merupakan sebuah Sekolah menengah teknik yang terletak di Jalan Tengku Muhamad, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Sekolah Menengah Teknik Kuantan | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Tengku Muhamad, 25050, Kuantan,, [Pahang Darul Makmur![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah teknik, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6095601442 |
Kod sekolah | CKE4037 |
Faks | 6095662420 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Teknik Kuantan memiliki 158 pelajar lelaki dan 127 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 285 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Menengah Teknik Kuantan ditubuhkan pada tahun 1966 dan lebih dikenali sebagai Technical Institute of Kuantan (TI).
TI Kuantan merupakan antara tiga Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang terawal ditubuhkan. Bermula dengan aliran Inggeris dan kemudiannya menggunakan dua aliran bahasa dan seterusnya ditukar ke aliran Melayu sehingga sekarang, selaras dengan dasar pendidikan Negara.
TI Kuantan adalah sekolah yang hanya mengambil pelajar lepasan LCE dan SRP yang mempunyai keputusan sederhana cemerlang dan mempunyai minat di dalam aliran Teknikal dan Sains. Semua subjek yang diajar adalah melibatkan bidang Mekanikal, Elektrikal, Awam dan Ukur Tanah. Namun begitu, kini berbagai subjek tambahan telah dimasukkan seperti Perdagangan, Prisip Akaun dan Sains.
TI Kuantan telah melahir ramai tokoh-tokoh yang ternama termasuklah Perdana Menteri Malaysia ke-9, Duta, Menteri, Timbalan Menteri, Wakil-Wakil Rakyat, Ahli-Ahli Koperat, Para Professional bukan sahaja dalam bidang kejuruteraan bahkan juga dalam semua bidang-bidang lain termasuk doktor perubatan.
Pencapaian
suntingPencapaian terbaik SMT Kuantan dalam akademik adalah pada tahun 1996 di mana Sekolah Menengah Teknik Kuantan mencatatkan keputusan 100 peratus dalam pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia. Pencapaian tersebut juga merupakan pencapaian terbaik dikalangan sekolah teknik di Malaysia.
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Teknik Kuantan
- Jalan Tengku Muhamad
- 25150, Kuantan
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6095601332
- Fax = 6095982420