Kolej Vokasional Kuala Kangsar
KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR atau nama ringkasnya KVKK terletak di Padang Rengas, 12 KM daripada Bandar Diraja Kuala Kangsar. KVKK mempunyai keluasan kurang lebih 21 hektar di samping dikeliling panaroma kehijauan yang mendamaikan dengan berlatar belakangkan Gunung Bubu dan Gunung Pondok.
Kolej Vokasional Kuala Kangsar | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Simpang ke Kampong Buaia, Jalan Taiping-Kuala Kangsar, 33700, Padang Rengas, Perak Darul Ridzwan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Kolej Vokasional, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | +605 7584099 |
Kod sekolah | AKA4001 |
Faks | +605 7583313 |
Laman sesawang | http://kvkualakangsar.moe.edu.my |
Dahulunya KVKK dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar (SMVKK). Pada 1 Januari 2013, selaras dengan Transformasi Pendidikan Vokasional SMVKK telah dinaik taraf sebagai Kolej Vokasional Kuala Kangsar sehingga kini.
Enam Jabatan Akademik KVKK yang terdiri daripada Jabatan Perniagaan, Jabatan Teknologi Elektrik & Elektronik, Jabatan Mekanikal & Pembuatan, Jabatan Hospitaliti & Pelancongan, Jabatan Penjagaan & Perkhidmatan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan Umum bersedia menawarkan kursus yang berkualiti melalui tenaga akademik profesional dan terlatih.
Sejarah
suntingSekolah ini mula beroperasi pada tahun 1989 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar. Pada Januari 1997 ia dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar. Kemudian pada Januari 2009 ia ditukar kembali menjadi Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar yang lebih berfokuskan pada Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV). Selaras dengan Transformasi Pendidikan Vokasional, sekali lagi, ia telah berubah menjadi Kolej Vokasional Kuala Kangsar (KVKK) pada Januari 2013.
Galeri
sunting-
Lencana asal sebelum ditukarkan menjadi SMTKK
-
Lencana yang menggantikan SMV Kuala Kangsar
Alamat
sunting- Kolej Vokasional Kuala Kangsar
- 33700, Padang Rengas
- Perak, Malaysia
- Telefon = +605-7584099
- Faks = +605-7583313