Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) merupakan ahli keluarga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang ke-34. Terletak di atas satu kawasan seluas 50 ekar. Kira-kira 50 kilometer dari bandar Kota Tinggi menghala ke pusat pelancongan Desaru dan 90 km dari Johor Bahru. Kerja-kerja untuk pengukuran tapak sekolah telah dimulakan pada bulan Februari 1994. Pada bulan Mac tahun yang sama kerja-kerja meratakan tapak telah dijalankan.Pada bulan Mei 1994,dimulakan kerja-kerja membina bangunan. Bangunan yang mula-mula didirikan ialah empat blok asrama empat tingkat setiap satu.
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi | |
---|---|
Dua blok untuk Asrama Putera dan dua blok untuk puteri, kemudian diikuti pula dengan pembinaan dewan makan, surau, blok pentadbiran dan akademik, dewan, rumah kediaman dan sebagainya.
Keseluruhan projek telah dapat disiapkan pada bulan Julai 1996. Ini semakan kerja-kerja pembinaan mengambil masa dua tahun dua bulan. Majlis penyerahan Bangunan SAKTI kepada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Johor oleh JKR KEJORA telah dilangsungkan pada Ogos 1996.
Kumpulan pertama tingkatan satu seramai 179 orang telah melapor diri pda 12 Ogos 1996. Pengetua pertama Tn. Hj. Ahmad b. Wagiman dibantu oleh En. Nasuha b. Paiman sebagai Penolong Kanan Akademik dan Tn. Hj. Osman b. Ahmad sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.