Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
'Sekolah Menengah Sains Kepala Batas atau secara ringkasnya disebut SMS Kepala Batas (SMSKB/SAKBA/KEBSESS) merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi dan merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang kedua dibina di negeri Pulau Pinang, setelah Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin, yang pertama. Sekolah ini terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas | |
---|---|
Lokasi | |
Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Mutiara Timur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah berasrama penuh, Sekolah kerajaan |
Moto | KUALITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN |
Nombor sekolah | (604)5751592 |
Kod sekolah | PEA 2091 [1] |
Pengerusi PIBG | Ahmad bin Darus |
Pengetua | Azlan Nor Bin Hussin |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Nazri bin Ishak |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Mohd Zulkizan bin Md Zen |
Penolong Kanan Kokurikulum | Nurul Azhariah binti Musa |
Faks | (604)5754145 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Sains Kepala Batas |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google |
Sejarah awal
suntingSekolah Menengah Sains Kepala Batas dibuka pada 23 Mac 2009. Dalam tempoh beberapa bulan saja, SAKBA telahpun dikenali oleh hampir seluruh rakyat Pulau Pinang. Sekolah ini dirasmikan oleh YB Tun Abdullah bin Ahmad Badawi dan merupakan sekolah berasrama penuh serta menjadi rebutan calon UPSR dan PT3 untuk menempa nama sebagai seorang murid di sini. Seramai lebih kurang 300 orang pelajar diambil sebagai perintis sekolah ini pada 2009.
Pada Januari 2018, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 749 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.Januari 2018[1]
Lagu Sekolah
sunting- Bermula langkah menuju kejayaan
- SMSKB jadi kebanggaan
- Berganding bahu atas satu harapan
- Bersama menjana kegemilangan
- Guru mendidik penuh dedikasi
- Kami berjanji akan menghargai
- Kami berjanji akan berbakti
- Tersemat kukuh di hati kami
- Kualiti pemangkin kecemerlangan
- Menjadi budaya sepanjang zaman
- Pembakar semangat teras perjuangan
- Sehingga Kejayaaan Dalam Genggaman
- SMSKB sekolah yang tercinta
- Seindah namanya kebanggaan semua
- Mendidik dan menbina
- Anak-anak bangsa
- Mencipta nama di persada dunia
Pengetua
suntingSekolah ini ditadbir oleh Puan Jamaah binti Taman yang merupakan Pengetua Cemerlang yang diiktiraf daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn, Butterworth. Pengetua ke-2 ialah Encik Mohd Jaafar Bin Mohd Ramli yang bertandang dari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA). Seterusnya, Pengetua ke-3 ialah Puan Azizah binti Abu Bakar. Hari ini, SMS Kepala Batas berada di bawah pentadbiran Encik Azlan Nor bin Hussin selaku pengetua sekolah yang keempat.
Penolong Kanan Pentadbiran
suntingPenolong Kanan Pentadbiran perintis ialah Encik Zamri bin Sabri. Pada 11 Oktober 2022, Encik Zamri bin Sabri telah bersara setelah genap 13 tahun beliau menaburkan benih ilmu kepada anak-anak SAKBA. Menggantikan beliau, Encik Nazri bin Ishak sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
suntingPenolong Kanan Hal Ehwal Murid perintis ialah Encik Ishak bin Harun. Setelah beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, jawatan beliau digantikan oleh Encik Noor Azman bin Mohd Noor selaku PK HEM yang ke-2. PK Hal Ehwal Murid dijawat oleh Encik Nazri bin Ishak yang juga merupakan bekas PK Kokurikulum pada sebelumnya. Setelah dinaikkan pangkat, tugas Encik Nazri bin Ishak disandang oleh Encik Mohd Zulkizan bin Md Zen pada 17 Oktober 2022.
Penolong Kanan KoKurikulum
suntingPenolong Kanan KoKurikulum perintis ialah Encik Harris Ganae bin Nainar. Setelah beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SM Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin, Bukit Mertajam, tempat beliau digantikan oleh Encik Noor Azman bin Mohd Noor selaku PK Kokurikulum yang ke-2. Seterusnya Encik Noor Azman telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah yang sama dan digantikan oleh Puan Rosnah Hanim binti Abdul Halim selaku PK Koku yang ke-3. Selepas itu Puan Rosnah telah digantikan oleh Encik Nazri bin Ishak. Bermula pada tarikh Disember 2020, Encik Mohd Zulkizan bin Md Zen telah dilantik sebagai PK Koku SMS Kepala Batas yang baharu. Oleh kerana SAKBA telah kehilangan Guru Lagenda, Encik Zamri bin Sabri. Encik Mohd Zulkizan bin Md Zen telah dinaikkan pangkat dari Penolong Kanan Kokurikulum ke Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Beliau digantikan oleh Puan Nurul Azhariah binti Musa sebagai PK Kokurikulum yang ke-6.
Lembaga Kepimpinan Pelajar
suntingBuat julung kalinya, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas membuat Sistem Pemilihan Lembaga Kepimpinan Pengawas secara undian dan melibatkan semua kakitangan sekolah, guru-guru serta murid-murid. Pemilihan ini dilakukan secara dalam talian.
Bagi sesi 2024/2025, Batch 2024 atau dikenali sebagai LEOFEX (Legacy Of Excellent) akan meneruskan Kepimpinan Melalui Teladan yang diwariskan sejak turun temurun. Berikut merupakan Majlis Tertinggi Sekolah (MT) :–
KETUA PELAJAR — SYAMIL MUQHLISH BIN SHAMSUL ANWAR 'Seorang yang menunjukkan sifat kepimpinan yang sebenar, beliau juga tegas dalam melakukan setiap tugasan dan aktif sukan. (5 TITANIUM)
TIMBALAN KETUA PELAJAR I — NURIN ATIQAH ALYA BINTI ROZAINI 'Seorang yang berketerampilan rapi serta beliau juga menunjukkan sifat kepimpinan sebenar dan amanah dalam menjalankan tugas. (5 TITANIUM)
TIMBALAN KETUA PELAJAR II — MUHAMMAD ADAM HAZIQ BIN AHMAD HAFIZAN 'Seoarang yang cekap, pantas dan patuh pada arahan dalam menjalankan tugas. (5 ALUMINIUM)
SETIAUSAHA KEHORMAT — MUHAMMAD DANISH BIN MOHD. SAAD 'Seorang yang kelihatan kemas, teratur dan berkeyakinan tinggi serta beliau juga bijak menguruskan tugas. (5 CHROMIUM)
PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT — NURUL AMIRA AMANI BINTI NURUL AMRY 'Seorang yang berani menanggung risiko, tabah dan tegas serta bersedia membantu dalam pengurusan Lembaga Kepimpinan Pengawas. (5 BARIUM)
KETUA ASRAMA PUTERA (ASPURA) — MUHAMMAD ZAKWAN BIN MOHAMAD ZAMRI 'Seorang yang menunjukkan sifat keberanian dan tegas. Tambahan lagi beliau juga bergerak pantas dalam menjalankan amanah dalam hal-hal pengurusan Asrama Putera. (5 PLATINUM)
KETUA ASRAMA PUTERI (ASPURI) — ANIS SURAYYA BINTI AHMAD BADRY 'Seorang yang berdikari serta tegas dalam menjalankan hal-hal pengurusan Asrama Puteri. (5 TITANIUM)
Sistem Rumah
suntingSistem rumah merupakan pendekatan yang diperkenalkan oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai langkah bagi menghasilkan modal insan yang serba boleh bagi menyahut cabaran di era globalisasi.
Di SMSKB, pelajar dibahagikan kepada empat buah "Rumah" yang diberi nama bersempena dengan empat nama buruj yang turut diindikasi oleh warna iaitu:-
DELPHINUS (BIRU) —
KETUA RUMAH : MUHAMMAD AZIM AIZUDDIN BIN MOHD AZIZIE (5 TITANIUM)
PENOLONG KETUA RUMAH : ROSYAZWANI BINTI RAHMATHULLAH (5 ZETA)
ORION (MERAH) —
KETUA RUMAH : MOHAMAD NORQHALIF BIN MOHD NORZAIMIE (5 ZETA)
PENOLONG KETUA RUMAH : NURIN HASYA DAFINAH BINTI SHAHRUN (5 BARIUM)
SERPHEN (HIJAU) —
KETUA RUMAH : MUHAMMAD AKMAL RAZI BIN MOHD FUZI (5 ALUMINIUM)
PENOLONG KETUA RUMAH : NURUL HUDA BINTI MD. ZAIDI (5 BARIUM)
PHOENIX (KUNING) —
KETUA RUMAH : MUHAMAD NAIMAN AZRI BIN ARIFIN (5 TITANIUM)
PENOLONG KETUA RUMAH : NUR FARISHA AYUNIE BINTI SHAHIZAR (5 ZETA)
Keunikan sekolah
suntingSekolah ini tidak mempunyai tong sampahyang spesifik untuk dikhaskan bagi sesuatu tempat melainakan hanya tong sampah besar sebagai tempat pembuangan sampah. Hal ini diwujudkan bagi memupuk para pelajar agar dapat mengurus sampah dengan bijak.
Terdapat banyak pokok yang ditanam di sekolah ini bagi memupuk warga sekolah untuk bersedia menghadapi perubahan iklim dan memupuk nilai murni bagi menjaga kelestarian alam sekitar serta kemandirian alam semula jadi.
Sekolah ini juga pernah mempunyai guru cemerlang peringkat dunia dikenali sebagai Harris Ghani Naina.
Pencapaian awal
sunting- September 09: Tuan rumah untuk Pertandingan "Paintball" Peringkat Zon Utara.
- Oktober 09: Johan Pertandingan Badminton Zon Utara.
- Mei 2010: Johan Forum Remaja Peringkat Negeri
- International Star Gazing and Space Camp
- Book of Record Malaysia (Roket Air)
Batch Pelajar
suntingBatch Pertama
- 2009-2010: ROOT (Revolution of Obdurate Teenagers)
SPM 2010
- batchsmskb0910
- 2009-2013: Zealous
PMR 2011 SPM 2013
- batchsmskb0913
Batch Ke-2
- 2010-2011: Transcendents (Transformation of Science Students)
SPM 2011
- batchsmskb1011
- 2010-2014: SWAT (Second Warrior Achieve Tactness)
PMR 2012 SPM 2014
- batchsmskb1014
Batch Ke-3
- 2011-2012: Kaizer
SPM 2012
- batchsmskb1112
- 2011-2015: Trigen (Third Generation)
PMR 2013 SPM 2015
- batchsmskb1115
Batch Ke-4
- 2012-2016: Legacy
PT3 2014 SPM 2016
- batchsmskb1216
Batch Ke-5
- 2013-2017: Genofex (Generation of Excellence)
PT3 2015 SPM 2017
- batchsmskb1317
Batch Ke-6
- 2014-2018: Zenith
PT3 2016 SPM 2018
- batchsmskb1418
Batch Ke-7
- 2015-2019: XTrovia
PT3 2017 SPM 2019
- batchsmskb1519
Batch Ke-8
- 2016-2020: Exprintz (Excellence-Perfect-Intelligence)
PT3 2018 SPM 2020
- batchsmskb1620
Batch Ke-9
- 2017-2021: Legend
PT3 2019 SPM 2021
- batchsmskb1721
Batch Ke-10
- 2018-2022: Elite
SPM 2022
- batchsmskb1822
Batch Ke-11
- 2019-2023:Erudite
SPM 2023
- batch smskb 1923
Batch Ke-12
- 2020-2024:Leofex (Legacy Of Excellent)
SPM 2024
- batch smskb 2024
Batch Ke-13
- 2021-2025:Zeonix
SPM 2025
- batch smskb 2125
Batch Ke-14
- 2022-2026:Endeavour
SPM 2026
- batch smskb 2226
Batch ke-15
- 2023-2027:Kaizen
SPM 2027
- batch smskb 2327
Batch ke-16
• 2024-2028:Stellar
SPM 2028
- batch smskb 2428
Rujukan
sunting- ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018
Hubungi Kami
sunting- Tel: (604)5751592
- Faks: (604)5754145
- Laman Web: www.smskb.edu.my
- Instagram: smskepalabatas
- Twitter: smskepalabatas
- Telegram: smskepalabatas
- Channel Telegram: smskb2091
- Youtube: ava smskb