Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana
Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana atau nama ringkasnya SMK Tok Perdana, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tok Perdana.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana | |
---|---|
Lokasi | |
Manjung,Perak Malaysia | |
Maklumat | |
Moto | USAHA UNTUK BERJAYA |
Nombor sekolah | +6056911154 |
Kod sekolah | AEE1030 |
Pengerusi PIBG | En.Sathivel |
Pengetua | Puan Rosiah Binti Mohamed Ariff (sekarang) |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Abdul Hakim Bin Mohd Isa |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Hasimah Binti Mohamed Noordin |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Suzana Binti Abu Bakar |
Faks | +6056901165 |
Laman sesawang | https://www.facebook.com/pages/category/High-School/Sekolah-Menengah-Kebangsaan-Tok-Perdana-Sitiawan-349719221710518/ |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana memiliki 393 orang pelajar lelaki dan 448 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 841 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sitiawan atau dengan nama ringkasnya SMR. Kumpulan pertama pelajarnya terdiri daripada 153 orang pelajar yang terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa kerana ketiadaan bangunan sendiri.
Pada bulan Ogos tahun 1965, sekolah ini mendapat bangunan sendiri dan mula diduduki dengan bilangan pelajar seramai 397 orang yang menggunakan dua bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Methodist (ACS). Pada 7 Januari 1966, Mesyuarat Lembaga Tadbir Sekolah yang pertama diadakan. Pada tahun 1967, pelajar-pelajar kumpulan pertama telah menduduki peperiksaan SRP atau LCG. Pada 20 Jun 1968, YB En. Mohd Khir Johari Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan pembukaan sekolah ini.
Apabila tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sitiawan, sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ahmad Boestamam, pelajar-pelajar aliran Bahasa Melayu Sekolah Menengah Rendah ini dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
Pada tahun 1975, dua blok bangunan tambahan SMR telah siap dibina dan diduduki pada 1 Januari 1976. Kelas-kelas menengah atas mula dibuka dan pengambilan pelajar-pelajar tingkatan 4 mula dijalankan. Pada tahun 1981, pelajar-pelajar sekolah ini mula menduduki peperiksaan SPM buat kali pertamanya.
Tarikh yang paling bersejarah bagi sekolah ini adalah pada tahun 1983 apabila sekolah ini ditukarkan namanya daripada Sekolah Menengah Rendah kepada Sekolah Menengah Tok Perdana. Nama ini diambil sempena mengenang jasa dan bakti seorang bekas penghulu yang berkhidmat di bandar Sitiawan pada awal abad ke-20.
Sekolah ini terus berkembang maju sehingga mampu mengadakan kelas Tingkatan 4 Sains mulai tahun 1988. Manakala jumlah pelajarnya meningkat sehingga kepada 1051 orang (496 orang pelajar lelaki dan 555 orang pelajar perempuan). Masa terus berlalu, pengetua dan guru-guru juga silih berganti namun sekolah ini tetap berkembang maju terutamanya dalam bidang ko-kurikulum.
Pengetua
sunting1. En. K. Baskaran( 1965-1980 )
2. En. Ismail b. Zakaria ( 1980-1982 )
3. Tn. Hj. Yusra b. Abdul Haddad ( 1982-1984 )
4. Tn. Hj. Adnan b. Mohammad ( 1984-1987 )
5. Tn. Hj. Samsuddin b. Hj. Abdul Hamid ( 1987-1988 )
6. En Yaacob b. Abdul Hamid ( 1988-1989 )
7. Tn. Hj. Hussain b. Hj. Harun PPT ( 1990-1995 )
8. Tn. Hj. Othman b. Mahmud ( 1996-1.7.1996 )
9. En. Mohd Shukor b. Shariff ( 1996-1997 )
10. Pn. Kasthooribai a/p Ramanathan ( 1997-1998 )
11. En. Sukhdev a/l Jeswant Rai ( 1998-4.9.1998 )
12. En. Ahmad Murad b. Abdul Manaf ( 1998-2001 )
13. Tn. Hj. Mohd Arshad AMP b. Hj, Ghazali ( 2001-2005 )
14 Tn. Hj. Shaifuddin bin Hj. Masduki ( 2006 - 2010 )
15. Pn. Hjh. Robiah binti Yaakob ( 2011 hingga 2015 )
16. En. Ibrahim bin Abdullah Thani ( 2015 hingga sekarang )
17. Pn. Sahila binti Shukor ( 2019 )
18. Pn. Rosiah Binti Mohamed Ariff ( 2020 Hingga Sekarang )
Visi sekolah
suntingPendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi sekolah
suntingMelestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Piagam Pelanggan
suntingLencana sekolah
sunting- Warna biru, merah dan kuning ialah warna bendera kebangsaan.
- Warna biru melambangkan perpaduan kaum yang menjadi komposisi utama dalam sekolah ini.
- Warna merah melambangkan keberanian – iaitu murid-muridnya berani menempuh segala halangan dan rintangan untuk mencapai kejayaan. Di samping itu, berani mempertahankan maruah diri serta sekolah daripada tercemar.
- Warna kuning melambangkan kepatuhan dan sentiasa bersiap sedia. Patuh kepada undang-undang, agama, negara dan peraturan-peraturan sekolah. Bersedia untuk menerima didikan dan pengajaran mematuhi disiplin diri sebagai seorang murid.
- MOTO – Usaha Untuk Berjaya: Hanya dengan berusaha sahaja murid-murid akan berjaya dalam kehidupan sebagai seorang insan yang bertanggungjawab kepada masyarakat, agama dan negara.
Guru
suntingPada tahun 2017,SMK Tok Perdana memiliki seramai 47 orang pendidik pada sesi pagi.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Perdana
- Jalan Tok Perdana
- 32000, Sitiawan
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6056911154
- Faks = 6056901165
Pautan luar
sunting