Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif
Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Peel, Kuala Lumpur. Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif lebih dikenali sebagai SMKYL. Manakala para pelajarnya dikenali sebagai Yaacobians.
Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif | |
---|---|
Lencana SMK Yaacob Latif | |
Alamat | Malaysia Jalan Peel, Kuala Lumpur |
Telefon | 03 9284 8870 |
Faksimili | 03 9285 9870 |
Pengelasan | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Khidmat Rajin Amanah |
Slogan | SMKYL Melahirkan Juara |
Kod Sekolah | WEB0237 |
Pengetua | Pn Hajah Zuraida Hamsiah binti Mohamed Nasir |
Penolong Kanan Pentadbiran | Pn Ramlah Aini binti Idris |
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar | Pn Faizah binti Husin |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn Noriyah binti Hashim |
Penolong Kanan Pendidikan Khas | En Mohd Yusaini bin Yaakob |
Tahun dirasmikan | 14 April 1993 |
Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif memiliki 360 pelajar lelaki dan 273 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 633 orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru.2009
Sejarah
suntingTapak yang dahulu merupakan sebuah bekas lombong bijih timah, kini bertukar wajah. Di atasnya berdiri sebuah sekolah yang dikenali Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif. Terletak di Lorong Peel kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasannya kira-kira 2.63 hektar. Kira-kira 40 tahun dahulu, kawasan ini dikenali sebagai kawasan Hitam. Semasa pemerintahan British kawasan ini dinamai sebagai kawasan haram.
Dahulu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah La Salle, sempena memperingati seorang mubaligh Kristian iaitu Brother St. John baptist De La Salle. Sekolah ini diasaskan oleh Brother Lawrence Spitzig, Pengetua St. John Institution dengan bantuan En. Ho Ying Chue, seorang guru di St. John Institution dan En. Lee Thean Onn, seorang komprado di bank Hong Kong dan Shanghai. Sekolah ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz iaitu Raja Muda Selangor pada masa itu.
Sekolah ini dibina untuk menampung lebihan pelajar di St. John Institution. Selepas 28 tahun dikenali sebagai Sekolah Menengah La Salle, namanya telah ditukar kepada Sekolah Menengah Yaacob Latiff setelah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Nama Yaacob Latiff dipilih sempena memperingati jasa Datuk Bandar Kuala Lumpur kedua iaitu Tan Sri Yaacob Latif. Pada tahun 1997, Sekolah Menengah Yaacob Latiff sekali lagi bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latiff.
Maklumat hubungan
sunting- Pengetua
- Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif
- Jalan Peel,
- 55100 Kuala Lumpur,
- Wilayah Persekutuan (KL)
Tel: 03-9284 8870 Fax: 03-9285 9870
E-mail: pengetua@smkyl.netii.net
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif
- Jalan Peel, Kuala Lumpur
- Telefon = 392848870
- Fax = 392859870