Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri


Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri atau nama ringkasnya SMK Warisan Puteri, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bandar Warisan Puteri, Seremban Negeri Sembilan, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri
Lokasi
Bandar Warisan Puteri, 70400, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerdisiplin,Berilmu,&Berbakti
Nombor sekolah6067616476
Kod sekolahNEA4115
PengetuaPn. Poziah binti Ab. Jalil
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Zulkifli 𝖡in Alwi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTuan 𝖧𝖺𝗃𝗂 𝖠𝖻𝖽𝗎𝗅𝗅𝖺𝗁 𝖡𝗂𝗇 𝖬𝖺𝗆𝖺𝗍
Penolong Kanan KokurikulumPuan Junainah Binti Harun
Faks6067616476
Laman sesawang
Map

Sejarah

sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri merupakan sebuah sekolah baru yang dirancang oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Pada asalnya Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri tiada dalam senarai sekolah baru dibuka untuk sesi 2007. Sekolah yang dirancang sebelum ini adalah SMK Rasah Kemayan yang akan menumpang di SMK Bukit Kepayang.

Namun oleh sebab pemaju Rasah Kemayan tidak dapat membekal tapak untuk pembinaan sekolah, maka SMK Rasah Kemayan terpaksa dipindahkan ke Bandar Warisan Puteri yang sudah sedia mempunyai tapak. SMK Warisan Puteri mula beroperasi di SMK Dato’ Haji Mohd Redza pada 3 Januari 2007 sehingga 10 November 2010. Pada masa itu, persekolahan bermula pada sesi petang bermula dari jam 1.25 petang sehingga 6.35 petang.

Pada hari pendaftaran pelajar seramai 104 pelajar telah mendaftar. Muhammad Shafiq bin Azman adalah pelajar pertama yang didaftarkan di sekolah ini. Pada hari tersebut YB Dato’ Mohd Yusof bin Harmain Shah, ADUN Sikamat ketika itu telah melakukan lawatan kerja. Encik Cheah Lef Ngan telah dilantik sebagai Pengetua pertama pada 15 Januari 2007.


Alamat

sunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri
Bandar Warisan Puteri,
70400, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067616451
Fax = 6067616476

Pautan luar

sunting