Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13 atau nama ringkasnya SMK USJ 13, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Usj 13/1.
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13 | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan USJ 13/1, 47630, UEP SUBANG JAYA, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berusaha, Berilmu, Beramal |
Nombor sekolah | 356317642 |
Kod sekolah | BEA8633 |
Pengetua | Wan Noraini binti Wan Yaakub |
Kelas | 54 |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Ros Nita binti Tajuddin |
Penolong Kanan Kokurikulum | Azura binti Ahamed Hambal |
Faks | 356214163 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13 memiliki 805 pelajar lelaki dan 738 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1543 orang. Ia mempunyai seramai 95 orang guru.2009
Sejarah
suntingPenyerahan bangunan sekolah SMK USJ13 oleh wakil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, En Kamaruzaman bin Yahya daripada Unit Pembangunan kepada Pengetua pertama sekolah ini, Datin Hajah Robiah binti Haji Abd Hamid pada 23 Mei 2000 merupakan titik permulaan kepada pembukaan sekolah ini. Penyerahan ini amat penting untuk membolehkan Pengetua membuat pelbagai persediaan dan perancangan sebelum sekolah mula beroperasi. Sekolah ini mempunyai keluasan 10 ekar dan lokasinya terletak di Selatan Subang Jaya. Kedudukannya yang strategik di kawasan bandar yang terancang dan dikelilingi kawasan perumahan menjadikan sekolah ini sebagai tempat menimba ilmu.
Tanggal 7 Jun 2000, sekolah telah menerima senarai nama guru dan murid daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Untuk memastikan semua urusan penerimaan murid, urusan pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran berjalan dengan lancar sebelum sekolah mula beroperasi, Pengetua telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Pertama pada 21 JUn 2000 yang dihadiri oleh semua guru.
Penerimaaan murid kumpulan pertama pada 30 Jun 2000 merupakan hari yang amat bersejarah bagi warga sekolah ini. Hari ini bukan sahaja menandakan sekolah sudah bersedia untuk beroperasi sepenuhnya tetapi juga menandakan hari Pembukaan Sekolah SMK USJ13.
Dari segi pendaftaran, jumlah murid yang diterima ialah 386 orang, jumlah guru 25 orang dan staf sokongan 2 orang. Murid-murid tersebut terdiri daripada murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua dari sekolah-sekolah berhampiran seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan SS 17 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield. Pembangunan pesat kawasan perumahan disekitar kawasan ini telah membawa kepada peningkatan enrolmen murid, guru dan staf sokongan. Setakat Oktober 2011, jumlah murid sekolah ini mencecah 1511 orang,jumlah guru 91 orang dan staf sokongan seramai 12 orang. Jumlah kelas yang dibuka ialah 42 kelas. Peningkatan enrolmen murid telah membawa kepada pengenalan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang mulai tahun 2006. Pengetua telah menetapkan hala tuju SMK USJ13 bersama-sama guru-guru Penolong Kanan untuk membina visi dan misi, dan objektif sekolah. Visi pertama ialah Kecemerlangan Insan Yang Seimbang dan Keharmonian Warga Sekolah bagi menyatukan semua warga SMK USJ13 yang mempunyai kepelbagaian latar belakang, sikap, cara dan budaya kerja serta persekitaran yang berbeza.
Pengetua juga menetapkan prinsip kerja SMK USJ13 iaitu Ketekunan serta Pemuafakatan Asas Kecemerlangan dan Keharmonian sebagai panduan kepada semua warga. Dari masa ke masa keharmonian tercipta, warga sekolah menghayati dan melaksanakan tanggungjawab untuk mewujudkan kecemerlangan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).
Pada tahun 2006, visi sekolah ditukar kepada "SMK USJ13 Sekolah Cemerlang Pada Tahun 2010". Perancangan strategik juga digubal berdasarkan Lapan Fokus Kecemerlangan yang merangkumi aspek Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid, Modal Insan, Fizikal dan Persekitaran, Pembangunan ICT dan Hubungan Luar. Bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah pada 2008, SMK USJ13 mewakili negeri Selangor dalam Anugerah Sekolah Lonjakan Saujana Kokurikulum dalam kategori Sukan dan Permainan.
Kini SMK USJ 13 dengan jolokan THIRTEENIANS menampilkan identiti warga SMK USJ 13 yang bakal memantapkan lagi prestasi sekolah pada masa akan datang.
Pencapaian
suntingJohan dalam Pertandingan Taylor's Business School 10th Accounting Quiz di Taylor's Lakeside Campus
Pada tahun 2023, Pasukan St John Ambulans Malaysia SMK USJ 13 memenangi Johan dalam pertandingan pertolongan cemas peringkat Daerah dan peringkat Negeri
Lagu Sekolah
suntingUsaha tangga kejayaan
Menuju cita-cita bangsa
Kami mengamalkan budaya berdisiplin
USJ 13 sekolah kita
Ilmulah kami utamakan
Menyahut segala cabaran
Hormat pada guru, harmoni setia kawan
Sekolah kita tanggungjawab kita
Ilmu jadi amalan
Itulah panduan kami
Muafakat, tekun dan ikhlas
Asas cemerlang sekolah kita
Usaha, ilmu dan amalan
Membentuk peribadi mulia
Taat pada tuhan, raja dan negara
USJ 13 kebanggaan kita
Sekolah kebanggaan kita
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13
- Jalan USJ 13/1
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 356317642
- Fax = 356214163