Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 (dibuka Tahun Ogos 10 1938)(Tulisan Jawi: سکوله منڠه کبڠساءن يو ايس جيئي 12) atau nama ringkasnya SMK USJ 12, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Persiaran Setia, USJ 12, Subang Jaya, Selangor.
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 | |
---|---|
Lokasi | |
Persiaran Setia, USJ 12, UEP Subang Jaya, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berilmu Ke Puncak Bestari |
Ditubuhkan | 10 Ogos 1938 |
Nombor sekolah | 03-80233236 |
Kod sekolah | BEA8635 |
Pengerusi PIBG | Puan Madina Bee binti Abdul Majid |
Pengetua | Encik Ismawi bin Muhammad |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Nor Zaini binti Ibrahim |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Radziah binti Hj Mohd Sidek |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Azman bin Arifin |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 |
Sekolah Kluster Kecemerlangan dalam kebitaraan Matematik dan Olahraga |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 memiliki 1068 pelajar lelaki dan 1053 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2121 orang. Ia mempunyai seramai 113 orang guru.2009 Pada 2011, SMK USJ 12 mempunyai 120 guru-guru, 10 staf sokongan dan bilangan murid seramai 2235.2011 EO.09.D.BRSM/ARKL.
Sejarah
suntingSMK USJ 12 dibina pada akhir tahun 1998 di atas 16.12 ekar tanah di Persiaran Setia, USJ 12, Subang Jaya dan bermula beroperasi pada 2 Januari 2001 di bawah pimpinan pengetua pertama SMK USJ 12, iaitu Pn. Maizan bt. Mohd. Nor. Enrolmen pelajar pertama pada 2001 seramai 253 pelajar. Kini, SMK USJ 12 mempunyai 2235 pelajar, serta 58 kelas.
Sekolah ini terdiri daripada 4 blok, iaitu Blok Aulia, Blok Bitara, Blok Cemerlang serta Blok Dinamik. Sekolah ini mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap, seperti makmal sains, bengkel, studio seni dan sebagainya.
Pada hari ini, SMK USJ 12 mempunyai 120 guru-guru dan 10 staf sokongan yang penuh dedikasi terhadap tugas-tugas mereka yang tertentu. Setiap orang guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sekolah ini untuk masa depan sekolah ini.
Slogan ‘Twelveans to be the best’ mendorong warga sekolah sebagai warga Twelveans untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan.
Pencapaian
suntingNaib Johan bola sepak MSSD bawah 15 tahun. Keputusan SPM 2011 mencapai 99.7% kelulusan, GPS 2.86, pencapaian semua A+ seramai 7 orang dan semua A seramai 68 orang.
Lagu Sekolah
suntingBertekad menambahkan ilmu
Bina insan berjiwa maju
Berganding bersama bersatu
Kejayaan kita tuju
Dengan bimbingan tulus ikhlas
Mengasuh minda yang cerdas
SMK USJ 12
Progresif bergerak cergas
Didik putra putri bangsa
Membentuk peribadi mulia
Tekun gigih berusaha
Cemerlang hidup sejahtera
Berdisiplin dan berharmoni
Bersemangat jati diri
Berilmu ke puncak bestari
Wawasan cita yang murni
Berilmu ke puncak bestari
Wawasan cita yang murni
Lagu sekolah ini diciptakan oleh En. Ramlan bin Harun, PPN, Guru Besar SK Seksyen 18, Shah Alam. Beliau seorang yang berpengalaman dalam mencipta dan mengubah lagu bercorak patriotisme dan perpaduan.
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12
- Persiaran Setia, USJ 12,
- 47600 Subang Jaya,
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 03-80233236