Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Sarikei

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Sarikei atau nama ringkasnya SMJK Tinggi Sarikei (juga dikenali sebagai 泗里街高级国民型华文中学), merupakan sebuah Sekolah menengah jenis kebangsaan yang terletak di Peti Surat 78. SMJK Tinggi Sarikei telah mencapai sekolah kluster kecemerlangan di bawah kepimpinan mantan Pengetua, Encik Vincent Liong Shou Chuan.

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Sarikei
泗里街高级国民型华文中学
Lokasi
Peti Surat 78, 96100, Sarikei, Sarawak
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah jenis kebangsaan
Nombor sekolah6084651467
Kod sekolahYFB6101[1]
PengetuaTing Sing Teck
Faks6084655516
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Sarikei terdapat 544 pelajar lelaki dan 563 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1107 orang dan juga seramai 66 orang guru.

Sejarah

sunting

SMJK Tinggi Sarikei ditubuhkan pada tahun 1939 dengan nama Hwa Chiew High School (华侨中学). Pengasas-pengasasnya terdiri daripada para peneroka yang berhijrah dari Negeri China pada awal abad ke-20.

Sekolah ini bermula dengan sebuah bangunan papan yang mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Bahasa Cina digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah terpaksa ditutup di antara tahun 1942 – 1945 semasa pendudukan Jepun.

Pada tahun 1956, sekolah ini menjadi sebuah sekolah jenis bantuan kerajaan. Mulai 1962, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar utama. Pada tahun 1971 pula, nama sekolah ditukar kepada SMJK Tinggi Sarikei (Sarikei High School). Pada tahun 1983, Bahasa Malaysia menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama, bermula dengan Tingkatan 1.

Pencapaian

sunting

Alamat

sunting
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Sarikei
Peti Surat 78
96100, Sarikei
Sarawak, Malaysia
Telefon - +6084651467
Fax - +6084655516

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting