Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas

sekolah menengah kebangsaan di Melaka, Malaysia

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (dikenali sebagai SMKTM atau SYSTEM) merupakan sebuah sekolah menengah asrama harian yang dibina pada sebidang tanah seluas 6.32 hektar di kawasan Telok Mas, Melaka. SMKTM merupakan antara sekolah Rancangan Khas dan Rancangan Biasa yang dikhaskan untuk pelajar Bumiputera di daerah Melaka Tengah, Melaka.

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas
Lokasi
KM 9, Telok Mas, Melaka
Telok Mas, Alai, Melaka Tengah, Melaka
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Asrama Harian
Moto"Menjana Kecemerlangan Pendidikan Sejagat"
DitubuhkanJun 2000
Nombor sekolah(+6)06-2615292
Pengerusi PIBGTuan Haji Azman bin Mohamad Noor
PengetuaPuan Zamnah Binti Hj Hashim
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Ruzalee bin Jailani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Sutinah binti Sidan
Penolong Kanan KokurikulumEncik Azmadi Bin Ibrahim
Faks(+6)06-2619422
Laman sesawang

Sejarah sekolah

sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM) mula dibina pada bulan Jun 2000 di atas sebidang tanah seluas 6.32 hektar dalam kawasan Telok Mas di bawah DUN Alai. Sekolah ini terdiri daripada 4 blok utama iaitu Blok A (pentadbiran), Blok B (bilik darjah), Blok C (makmal sains) dan Blok D (bengkel dan pusat sumber). SMK Telok Mas juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dengan kapasiti maksimum 400 orang pelajar.

Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) pada 28 Februari 2001 dan disahkan pada 14 Mac 2001, keputusan telah dibuat untuk menjadikan SMK Telok Mas sebagai sekolah berasrama kerajaan negeri Melaka. Hal ini telah membuka mata pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri untuk menjadikan SMK Telok Mas sebagai sebuah Sekolah Rancangan Khas (Sekolah Asrama Harian Kerajaan Negeri). Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Melaka telah meluluskan permohonan untuk membiayai yuran makan dan minum pelajar-pelajar Rancangan Khas yang ditempatkan di asrama sebanyak RM1.00 seorang (sehari) bermula pada tahun 2002 sehinggalah 2007.

Namun begitu, hasrat untuk merealisasikan SMK Telok Mas menjadi Sekolah Rancangan Khas (Sekolah Asrama Harian Kerajaan Negeri Sepenuhnya) tidak menjadi kenyataan kerana desakan dan permintaan masyarakat tempatan untuk menjadikan SMK Telok Mas sebagai sekolah harian biasa. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk memberhentikan yuran makan dan minum pelajar-pelajar Rancangan Khas yang ditempatkan di asrama sebanyak RM1.00 seorang (sehari) mulai tahun 2007.

Bermula dengan 8 buah kelas Tingkatan 1 dan 3 buah kelas Tingkatan 2. Pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada kumpulan pertama pelajar Rancangan Khas (RK) seramai 160 orang dan selebihnya pelajar Rancangan Biasa (RB). Pelajar Tingkatan 2 pula terdiri daripada pelajar-pelajar dari SMK Seri Mahkota dan SMK Air Molek. Jabatan Pendidikan Negeri Melaka [2] juga telah menempatkan seramai 5 orang pelajar Rancangan Khas Sukan (RKS).

Pelajar Rancangan Khas (RK) terdiri daripada pelajar yang mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cemerlang dan memuaskan tetapi gagal untuk mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Pelajar-pelajar ini, diwajibkan untuk tinggal di asrama. Manakala pelajar Rancangan Biasa (RB) terdiri daripada pelajar yang disalurkan daripada sekolah berhampiran.

SMK Telok Mas telah mendapat perhatian yang jitu daripada kerajaan negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah dan masyarakat setempat atas kecemerlangan yang dicapai bertahun-tahun lamanya. Buat kali pertama, berita tentang SMK Telok Mas telah dipaparkan di akhbar Berita Harian pada 20 Mei 2001.

Pada tahun 2016, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah bersetuju untuk membuka satu lagi kelas iaitu Kelas Aliran Agama (KAA) dan kini terdapat dua buah Kelas Aliran Agama iaitu tingkatan 1KAA dan tingkatan 2KAA. SMK Telok Mas juga telah mengorak langkah dengan memperkenalkan Bahasa Jerman untuk dua Kelas Rancangan Khas tingkatan 1 sebagai tambahan mata pelajaran baharu. Kelas tersebut ialah kelas tingkatan 1KRK1 dan tingkatan 1KRK2.

Secara umumnya, SMK Telok Mas kini memiliki 15 buah Kelas Rancangan Khas bagi tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3. Seterusnya, 2 buah Kelas Aliran Agama bagi tingkatan 1 dan tingkatan 2. Manakala, 7 buah kelas bagi Kelas Rancangan Biasa. Bagi tingkatan empat dan lima SMK Telok Mas menawarkan kelas sains tulen, sains teknikal dan sastera ikhtisas meliputi 7 buah kelas tingkatan empat dan 6 buah kelas tingkatan 5.

Sejarah Perpustakaan SMK Telok Mas

sunting

Pusat Sumber Sekolah SMK Telok Mas mempunyai sejarah perkembangannya tersendiri.[3] Perkembangannya seiring dengan perkembangan sekolah ini yang memulakan sesi persekolahan pada tahun 2002. PSS SMK Telok Mas terletak di tingkat tiga bangunan Blok D. Pada awal penubuhannya, koleksi bahan bacaan dan buku-buku yang ada adalah sangat terhad jumlahnya. Namun, hasil sumbangan individu seperti guru-guru dan tuan pengetua sendiri telah dapat menambahkan koleksi buku dan bahan bacaan yang ada.

Fungsi PSS dalam merangsang aktiviti pdpc semakin menonjol. Pada tahun 2003, guru-guru mula menggunakan kemudahan BBM sepeti televisyen, OHP dan bilik tayang untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, PSS digunakan untuk aktiviti Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)[4] yang wajib bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Walaupun masih dalam usia yang terlalu muda, PSS SMK Telok Mas semakin matang dalam memenuhi keperluan warga SMK Telok Mas dan pelajar-pelajar khususnya. Pada tahun 2004, PSS terus mengorak langkah untuk mempertingkatkan fungsinya bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti. Dua unit ditubuhkan iaitu Bilik Warisan dan unit ‘Red Spot’ sebagai tambahan unit yang sedia ada.

Profil Sekolah

sunting

Nama Sekolah  : SMK Telok Mas

Tahun Digunakan  : Jun 2001

Daerah  : Melaka Tengah

Status  : Sekolah Menengah Harian Berasrama

Bilangan Guru  : 87 orang

Bil. Staf Sokongan  : 15 orang

Bilangan Enrolmen  : 1052 orang murid

Bil. Bilik Darjah  : 37 kelas

Sesi Persekolahan  : Pagi

Lokasi  : Pinggir Bandar

Senarai Pengetua sekolah

sunting

Pengetua pertama: Tuan Hj Abd.Karim bin Hj.Daud (5 Disember 2001- hingga 23 Februari 2003


Pengetua kedua: Puan Hajah Che' Gayah bte Ariffin ( 1 Mac 2003- hingga 2005)

 
Pengetua kedua smk telok mas

Pengetua ketiga:Datin Hjh Norliah bte Adam( 16 Disember 2005- 31 Mei 2007)


Pengetua keempat: Cik Hajah Jamilah bte Ismail( 1 Jun 2007- hingga 30 Disember 2011)


Pengetua kelima: Tn Hj Daud bin Abdul( 1 Januari 2012- hingga Disember 2012)

 
pengetua keenam

Pengetua keenam: Tuan Hj. Yusof bin Othman( Januari 2013- hingga Ogos 2016)

 
Puan Hajah Kamariah bt othman

Pengetua ketujuh: Puan Hjh Kamariah bt Hj Othman( Ogos 2016- 18 Mei 2020)


Lagu rasmi sekolah

sunting

Berjuang beramal amalanku
Ceria mesra selalu prinsip hidupku
SMKTM jadikan pusat ilmu
Putera puteri SMKTM terus majuSMKTM sekolah kebanggaan kita
Menjadi sekolah tercinta
Gigih cekal berjuang pasti jaya
Kecemerlangan menjadi visi kitaAyuhlah wahai rakan semua
Bersatu teguhkan perjuangan kita
SMKTM jadikan gedung ilmu

SMKTM terus maju jaya

Visi dan misi sekolah

sunting

Visi: SMK Telok Mas ialah sebuah sekolah berasrama terbaik di Melaka dan berpotensi mencapai keputusan cemerlang, sekaligus menarik minat dan keyakinan masyarakat setempat. Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas menjadi sebuah sekolah yang ideal di negeri Melaka menjelang tahun 2015.

Misi: SMK Telok Mas berhasrat untuk menghasilkan pelajar berkualiti dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dan sahsiah terpuji, di samping menghasilkan jaguh sukan di peringkat zon mahupun negeri. Demi merealisasikan Visi, kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas akan:

  • Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
  • Mengoptimumkan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif.
  • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

Maklumat sekolah

sunting
  • Alamat: Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas KM 9, Telok Mas 75450 Melaka Kod Sekolah: MEA 2098
  • No. telefon : (+6)06-2615292
  • No. faksimili : (+6)06-2619422

Pautan luar

sunting


Templat:Sekolah di Melaka