Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion
Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion atau nama ringkasnya SMK Tambulion, ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Wdt 86, Kota Belud, Sabah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion | |
---|---|
Lokasi | |
Wdt 86,, 89158 Kota Belud,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ilmu, Amal, Budi |
Ditubuhkan | 1999 |
Nombor sekolah | 088-973313 |
Kod sekolah | XEA5354 |
Pengetua | Nasdin Pumpunga |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Azuraemi Sudin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Rose Alsie Asah |
Penolong Kanan Kokurikulum | Salmah Loh |
Faks | 088-976587 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion memiliki 414 pelajar lelaki dan 401 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 815 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Tambulion bermula pada 1995 sebagai cawangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi di Kampung Tambulion, 9 km dari pekan Kota Belud dan 12 km dari sekolah induknya. Ketika itu, ia menumpang di Sekolah Kebangsaan Tambulion. Pada 1999, cawangan ini akhirnya telah dipisahkan dari induknya dan mempunyai pengetuanya sendiri.[1]
Pengasas pertama sekolah ini ialah En. Said bin Andong yang merupakan anak watan Kota Belud.[perlu rujukan]
Pada 5 Mac 2014, akronim SMK Tambulion yang asal, SEMESTA diganti dengan STALION. Idea ini diilhamkan oleh penolong kanan HEM sekolah pada tahun ini, Encik Zamri Ahmad ketika majlis Penjenamaan Semula Akronim SMK Tambulion. Tagline STALION ialah "Nintonodon Imaimanon" atau "Di Sini Impian Bermula".
- Encik Said bin Andong (1999 - 2006)
- Encik Mad Amin bin Mad Yusof (2006 - 2011)
- Puan Hajah Sharina bt. Haji Mohd Majimin (5.9.2011 - 24.7.2012)
- Puan Solingkoi Sidi (25.7.2012- Feb 2014)
- Encik Matlan bin Datu Ujong (10.2.2014 - 2015)
- Encik Jackson Siga (22.5.2015 - 18.12.2017)
- Encik Shaiful Ridhuan Mahali (19.12.2017- 25.6.2020)
- Encik Nasdin Pumpunga (26.6.2020 - kini)
Lagu sekolah
suntingKami putera dan puteri
SMK Tambulion
Ilmu amal budi
Cogan kata kami
Kami ikhlas berbakti
Guru kami hormati
Berdisiplin jaya diri
Ibu dan bapa, agama dan bangsa
kami sanjung, pelihara
Korus:
Ayuhlah putra dan putri semua
Tingkatkanlah usaha
Julang maruah ke seantero
Kebanggaan negara
Akan kami capai kejayaan
Cita-cita dan harapan
Akademik dan bidang sukan
Kami tetap cemerlang
(ulang korus)
Akan kami capai kejayaan
Cita-cita dan harapan
Akademik dan bidang sukan
Kami tetap gemilang
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion
- Wdt 86
- 89158, Kota Belud
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 088-973313 / 010-2674050
- Faks = 088-976587
Rujukan
sunting- ^ "Latar Belakang Sejarah". Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi. Dicapai pada 20 Mac 2014.