Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2 atau nama ringkasnya STAND2, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Country Homes.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2 | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Bandar Country Homes, RAWANG, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Disiplin, Kualiti, Cemerlang |
Autoriti pendidikan | Gombak |
Nombor sekolah | 03-60911775 |
Kod sekolah | BEA7621 |
Pengerusi PIBG | Encik Izat Amer Bin Fadzilah |
Pengetua | 1.Puan Hajah Naaimah Binti Ismail (2008-2011)
2.Puan Hajah Jamaliah Binti Abu (2012-2019) 3.Datin Hajah Aliza Binti Mohd Ali (2019-2023) 4.Tn Hj Kamarudin Bin Kudong (2023 hingga kini) |
GPK Pentadbiran dan Akademik | 1.Puan Hajah Rosita Binti Sabli (2017-2024) 2.Puan Hajah Zunainun binti Che Pa (2024-kini) |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Mimi Linda Binti Isa |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Nur Asfarina Ng Binti Abdullah |
Sejarah
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2 (SMKTD2) mula beroperasi pada 1 Januari 2008 dengan jumlah murid seramai 551 orang dan 37 orang guru. Pada ketika itu, sekolah ini hanya menawarkan kelas Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 4 sahaja yang berjumlah 16 buah kelas. Bangunan sekolah ini terdiri daripada Blok A, Blok B, Blok Bengkel Kemahiran Hidup, dua buah Blok Makmal, Blok Pentadbiran, Kantin dan surau.
Bilangan murid telah bertambah dari setahun ke setahun dan mulai tahun 2020 bilangan kelas bertambah kepada 78 kelas. Ini termasuk 1 kelas Peralihan, 3 kelas KAA (Kelas Aliran Agama), 13 kelas Tingkatan 1, 13 kelas Tingkatan 2, 12 kelas bagi Tingkatan 3, 4, dan 11 kelas Tingkatan 5 serta 12 kelas PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi). Jumlah murid menjangkau hampir 2100 orang dan bilangan guru seramai 141 dan 18 orang kakitangan sokongan.
Pada awal penubuhan SMKTD2 diterajui oleh Pn Hjh Naaimah Bt. Ismail sehingga Disember 2011 selaku Pengetua. Pada Januari 2012 sehingga April 2019, jawatan Pengetua digalas oleh Pn. Hjh. Jamaliah Bt. Abu. Pada 1 April 2019 sehingga 14 Januari 2024, SMKTD2 diterajui oleh Pengetua Datin Hajah Aliza Bt. Mohd Ali. Seterusnya disambung oleh Tn. Hj. Kamarudin Bin Kudong selaku pengetua ke-4 diamanahkan untuk membawa pembangunan sekolah ini selaras dengan dasar-dasar PPPM dan bergerak lebih cemerlang sesuai dengan moto sekolah ‘DISIPLIN, KUALITI, CEMERLANG’ serta kata-kata pembakar semangat iaitu ‘STAND2-The Best!’.
Sekolah ini juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti Pusat Sumber, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, padang, Surau Solat Jumaat dan lain-lain. Sekolah amat bertuah pada tahun 2015 kerana mendapat sebuah Dewan Terbuka. Sekolah ini juga telah melakar beberapa kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pada tahun 2011 dan 2012 sekolah ini telah berjaya mendapat Tawaran Baharu Pengetua (BAIAH).
Objektif Kualiti
sunting- Memastikan sistem pengurusan sekolah berada pada tahap kualiti yang tinggi.
- Memastikan sumber kewangan yang teratur dan sentiasa dikemas kini.
- Melahirkan sumber manusia yang lebih berkualiti.
- Memberikan komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.
- Menghasilkan budaya kerja yang cemerlang.
- Mencapai matlamat yang disasarkan.
- Memberikan perkhidmatan yang efisyen dan memenuhi piagam pelanggan.
Lagu Sekolah
sunting- Kami penuntut putera dan puteri
- SMK Taman Desa 2
- Bersatu hati dengan satu tujuan
- Ilmu dan amal asas kemajuan
- Bersumpah taat setia dan tekun
- Menjadi modal insan yang berkualiti
- Ke arah kecemerlangan masa depan
- Berusaha mencapai wawasan
- Oh Tuhan berilah rahmatMu
- Yakin berusaha berilmu
- Menjadi insan yang berguna
- Disiplin Kualiti Cemerlang
Piagam Pelanggan
sunting- Mewujudkan sistem pengurusan yang mampan dan berkepimpinan yang dinamik bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan Negara.
- Menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi dan berusaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang kurikulum.
- Mendidik dan mendorong murid untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum seterusnya membina jati diri dan sahsiah pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
- Menyediakan prasarana yang lengkap dan selesa di samping persekitaran yang bersih, ceria, harmoni dan selamat.
- Memantapkan hubungan kekeluargaan yang erat dalam kalangan pihak pengurusan, guru, staf sokongan, murid, ibu bapa dan masyarakat setempa
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2
- Bandar Country Homes
- 48000 Rawang
- Selangor
- Telefon = 03 - 6091 1775