Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes

Sekolah Menengah Kebangsaan di Selangor, Malaysia


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa atau nama ringkasnya SMK Taman Desa, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Selangor.

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes
Lokasi
Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto“Berdisiplin, Berwawasan, Dedikasi”
Nombor sekolah03-60917935
Kod sekolahBEA7617[1]
Pengerusi PIBGEn. Johari Bin. Mustafa
PengetuaPn. Hjh Nen Fadzilah Bt Hashim
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Roszaina Bt Rodzi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Nur Ratna
Penolong Kanan KokurikulumPn. Umi Hani
Faks03-60917930
Laman sesawang

Pada 2009, SMK Taman Desa memiliki 768 pelajar lelaki dan 759 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1527 orang. Ia mempunyai seramai 97 orang guru.2009

Sejarah

SMK Taman Desa mula ditubuhkan pada Oktober 2001. Namun demikian, sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 2002. Bilangan warga pendidik pada tahun 2002 ialah seramai 20 orang dan dibantu oleh 4 orang kakitangan. Bilangan pelajar pula hanya seramai 251 orang. Pelajar-pelajar terdiri daripada pelajar Peralihan dan Tingkatan 1 sahaja.

Pada tahun 2003, bilangan pelajar bertambah kepada 660 orang. Pelajar-pelajar terdiri daripada kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 4.

Menjelang tahun 2004, bilangan pelajar SMK Taman Desa mencecah ke angka 1219 orang.  Pertambahan ini merangkumi pelajar-pelajar daripada Peralihan hingga Tingkatan 5. Manakala bilangan guru puala seramai 65 orang dan 8 orang kakitangan.

Pada hari ini, bilangan pelajar SMK Taman Desa berjumlah 1762 orang dengan tenaga pengajar seramai 106 orang, 12 orang kakitangan sekolah dan kelas pula sebanyak 46 buah. Sesi persekolahan dalam 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Pada tahun 2009, SMK Taman Desa telah diberi tanggungjawab untuk menerima pelajar-pelajar STPM. Seramai 58 orang pelajar yang merupakan pelajar pertama Tingkatan Enam Rendah memulakan sesi pengajian pada Jun 2009.

Dari segi infrustruktur pula, beberapa kemudahan telah ditambah khusus untuk pelajar beriadah dan menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum antaranya Balai Ilmu, Gelanggang bola keranjang, pondok-pondok bacaan serta tempat letak basikal. Segala kemudahan tambahan merupakan hasil insiatif pihak Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG).

Pengetua dan Kakitangan

Senarai Pengetua

  • Pn. Zakiah Bt. Isa
  • Pn. Naimah Bt. Ismail
  • Pn. Siti Aida Bt. Joned
  • En. Mohd Fauzi Bin Zailan
  • Pn. Wan Khadtijah Bt. Wan Abdullah
  • Pn Hjh Shireen Bt Ahmad Sapiuddin
  • Pn Hjh Nen Fadzilah Bt Hashim

Senarai Penolong Kanan Pentadbiran

  • Pn. Maimunah Bt. Ghani
  • En. Pazir Bin. Zainuddin
  • Pn Harrison
  • Pn Hjh Roszaina Rodhi

Senarai Penolong Kanan Tingkatan 6

  • Pn. Nora bt. Mohamed

Senarai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

  • En. Yusof b. Hussein
  • Pn. Tee Sew Hua
  • Pn Salinah Abd Rahim
  • Pn Ratna

Pencapaian

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa,
Bandar Country Homes,
48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Telefon = 03-60917935
Faks = 03-60917935
Emel = smktamandesa09@yahoo.com.my

Rujukan

Pautan luar